Archive for February 2012

Jiwa yang Mati



PRANGG!! Pecah berkecai gelas itu apabila tubuhnya dihempas ke dinding keras. Aku menarik nafas dalam. Jantung terasa dicucuk. Hati terasa dirobek. Hilang arah kehidupan. Sudah kabur jalan di hadapan.

Argggh!!!

Damn it! Why this is happening?? Kenapa dengan aku? Kenapa aku rasa macam tak nak hidup? Kenapa dengan aku ni?

Aku benar-benar hilang arah malam itu. Aku benar-benar tidak tahu apa yang merasuk diriku. Tapi aku tahu, jiwaku semakin mati.



Handphone di atas meja lekas aku gapai. Sakit hati semakin dalam, aku tak mahu mati. Aku perlukan seseorang untuk beritahu aku sesuatu yang dapat melegakan aku.

"Adik, kakak perlu bercakap," lekas bibir menutur kata.

"Assalamualaikum.. Kenapa?"

"Tak tau. Rasa sakit hati, kosong semacam. Damn it!" buku di meja dicapai lalu dibaling ke dinding. Bilik yang kemas kini mula bersepah dengan deraian kaca dan buku di lantai.

Wo..! Kakak aku ni sah tengah masuk phase depression ni.

"Kakak hempas barang lagi?" suara adik bergetar.

Tiada jawapan. Aku tahu adik risau dan bukan hanya adik, aku sendiri juga risau dengan keadaan diri sendiri.

"Pergi ambik wudhu' lepas tu buat solat sunat," tenang, suara adik bertutur.

"Hah?" apa pulak adik aku ni??

"Try la. Percayalah cakap aku ni. Kalau rumah ni bergegar dengan suara Daddy and Mummy, itulah yang aku buat. And sis, trust me, can you?" perlahan suara adik memujuk.

"Try dengar lagu ni, Lukisan Alam by Hijjaz. Serius best. Give it a try."

"I will." akhirnya, aku mengalah.



Seketika, tangan kiri longlai mematikan talian. Kaki diatur ke bilik air untuk berwudhu'. Sebaik sahaja selesai berwudhu', aku berdiri kaku di bilik sendiri.

"Nak buat solat sunat apa ni?"

Dan pada ketika itu jugalah phone di atas meja berbunyi menandakan ada mesej diterima.

"Hidup tak selalunya indah.. 
Langit tak selalu cerah.. 
Suram malam tak berbintang..
Itulah lukisan alam..
 Begitu aturan Tuhan..
Try solat sunat taubat. Dua rakaat macam biasa. Aku sayang kakak." 





Posted in , | Leave a comment

Kepada Lelaki yang Aku Suka..dan..Lelaki yang Aku Cinta..

Assalamualaikum..




Kepada lelaki yang aku suka...

Aku pernah mendengar namamu diucapkan oleh temanku. Katanya, kamu begitu ingin mengenaliku. Kamu malahan pernah bertanya mengenaiku kepada dia, meminta dirimu dikenalkan kepadaku. 

Dan pada ketika itu, aku tidak pernah ambil peduli mengenainya. Aku juga tidak pernah ingin mengenali siapa kamu kerana bagiku, ini hanya mainan perasaan. 

Tanpa kusangka, kamu benar-benar serius ingin mengenali diriku. Kamu sanggup 'add' adikku di Facebook untuk mengenaliku dengan lebih mendalam. Adik sering mengomel,katanya dia sering diganggu oleh seorang lelaki yang begitu ingin tahu mengenaiku. 

Dan, akhirnya, aku membuat keputusan untuk menghadapi kamu. Aku ingin tahu siapa kamu dan apa yang kamu mahukan sebenarnya. Lantas, aku menyamar menjadi adikku dan berbual denganmu di Facebook. Aku benarkan kamu untuk bertanya sebanyak mana yang kamu mahu tanpa memberi sebarang jawapan kepada soalan-soalan itu. 

Ketika itulah, aku memberitahu kamu tentang diriku yang sebenar dan apa yang sedia terkandung di dalam hatiku. Ketika itu jugalah, aku benarkan kamu mendedahkan blog ini kepada kamu. Aku perkenalkan kamu kepada blog ini, agar ia menjadi medium perhubungan antara kita. 

Sebenarnya, niatku memperkenalkan kamu dengan blog ini adalah tidak lain tidak bukan untuk menyelidiki kesungguhan yang kamu ada untuk mengenaliku. Maafkan aku kerana tidak pernah memberi nombor telefon kepada kamu atau membenarkan kamu untuk bertanya khabar di Facebook. Ini kerana, aku tidak mahu perasaanku 'terbabas'. Cukuplah sekadar di laman blog ini kerana aku yakin, di sini, aku lebih kuat untuk mengawal perasaanku. 

Di blog ini, kamu dibenarkan mengenaliku dengan lebih dekat, menyelami jiwa dan perasaanku serta dibenarkan untuk meluahkan pandangan kamu mengenaiku. 

Tidak pernah aku sangka bahawa lelaki sepeti kamu, begitu ikhlas ingin mengenaliku. Hampir 4 bulan sejak perbualan kita di Facebook tempoh hari dan kamu masih lagi mengikuti perkembanganku di laman blog ini walaupun dalam keadaan yang begitu sibuk.

Perasaan suka ini tidak lagi dapat dibendung, ada ketikanya, aku tertunggu-tunggu kamu untuk memberi komen di laman ini. Dan ada kalanya, aku bimbang perasaanku semakin sukar dikawal kelak. 

Aku luahkan pada temanku. Aku ceritakan tentang kamu kepada temanku itu. Ceritanya pula, kamu begitu bersungguh-sungguh ingin mengenaliku sejak kali pertama kamu memasuki kelasku. Kamu mula bertanya dan katanya, hampir kesemua kawan-kawan kamu mengenaliku dan mengetahui perasaan kamu itu. Sejauh mana kebenarannya, wallahu a'lam. 

Hari demi hari, aku semakin bimbang dengan perasaanku yang sangat mudah goyah. 

Dan hari ini, aku memutuskan untuk menulis surat ini kepada kamu. 

Kamu, lelaki yang aku suka...

Terima kasih kerana ingin mengenali diri ini. Aku sebenarnya sangat-sangatlah terharu dengan cara serta kesungguhan kamu. Aku sudah mula menghargai kamu dan menyukai kamu. Terima kasih.

Namun, cukup setakat inilah perkenalan kita. Ya.. Sudah tentu aku tidak akan melarang kamu untuk menjengah ke laman ini. Namun, aku meminta agar kamu berhenti dari cuba untuk mendekatiku. Biarkan perasaan itu berlalu buat seketika.

Aku tidak mahu kamu menaruh harapan yang tinggi dan aku sendiri tidak mahu terlalu leka dengan perasaan yang berkemungkinan akan wujud untuk kamu. Seperti yang aku katakan dahulu, aku ingin mencipta Yang Maha Pencipta terlebih dahulu kemudian barulah aku belajar untuk mencintai yang dicipta pula.

Kepada lelaki yang aku suka...

Bukalah hatimu untuk mencintai DIA terlebih dahulu. Aku yakin kamu lelaki baik yang sangat setia. Pasti kamu akan mudah disayangi oleh mana-mana gadis yang mendekati kamu.

Aku sendiri sangat suka kepada kamu kerana kesungguhan kamu itu. Insyaallah..lelaki yang baik akan dikurniakan wanita yang baik juga. Percayalah..kamu berhak mendapat seseorang yang lebih baik setelah kamu belajar mengenaliNya.

Maka dengan ini, janganlah kamu cuba untuk mendekatiku lagi melainkan di atas kehendak Yang Maha Kuasa.
















Kepada lelaki yang aku cinta...

Semakin hari perasaan ini semakin kuat. Perasaan cinta ini tidak pernah dapat dibendung lagi. Perkenalan selama hampir 6 tahun menjadikan aku tidak mampu untuk mencintai lelaki lain melainkan kamu.

6 tahun yang mencabar, 6 tahun yang menduga. Alhamdulillah..aku masih mencintaimu dan begitu juga kamu. Pengenalan antara kita terasa begitu indah dan persefahaman di antara kita bukanlah lagi sebuah keraguan.

Sudah hampir lima tahun bersama, aku nekad untuk memutuskan hubungan cinta antara kita. Bukan kerana benci ataupun persengketaan namun kerana ada alasan yang lebih baik dari itu.

Sudah hampir setahun, kita berhubung atas tiket ‘kawan’. Kita masih saling bertanya khabar dan aku juga masih menghubungi kamu sekiranya resah di hati tidak dapat dibendung lagi.

Namun, bukanlah kerana kamu, aku menolak salam perkenalan lelaki yang di atas. Bukan kerana kamu jugalah, aku putuskan hubungan antara kita.

Aku menolak lelaki di atas kerana DIA. Aku putuskan hubungan antara kita juga kerana DIA. Kerana DIA, Yang Maha Kuasa.

Kamu semakin matang dan bijak dalam meniti kehidupan yang mencabar dan aku sendiri, semakin kagum dengan diri kamu.

Sekiranya dulu aku mencintai kamu kerana kau berjaya mencuri hatiku dan sangat-sangatlah memahamiku, kini tidak lagi. Aku tidak lagi mencintai kamu kerana itu, aku kini benar-benar mencintai kamu kerana DIA. Kamu dekatkan aku dengan DIA. Tanpa kamu sedari, kamu sebenarnya telah menyentuh hatiku dengan dakwah-dakwah kamu di Facebook. Kamu menjadikan aku terasa sangat kerdil. Kamu beritahu aku bahawa aku perlu untuk menjadi lebih baik sekiranya aku ingin menjadi suri hidupmu.

Terima kasih aku ucapkan.

Kamu, lelaki yang aku cinta...jangan pernah mengatakan bahawa dirimu itu tiada tempat lagi di hatiku. Hampir setiap ketika, aku berdoa kepadaNya agar DIA menemukan jodoh kita.
Aku akan menjaga diriku untukmu bagi menggapai redhaNya kelak. Kekallah dengan pendirianmu dan teruslah menantiku. Insyaallah..aku di sini juga akan terus menanti dan memperbaiki diri supaya kelak kita dapat bersama dengan cara yang halal bagi menggapai redhaNya.

Namun begitu, sekiranya hatimu telah berubah, maka janganlah nantikan diriku lagi. Benarkanlah hatimu untuk mencintai mana-mana sahaja gadis yang kamu rasakan lebih baik dariku. Aku tidak pernah akan marah atau menuntut apa-apa.

Dan..insyaallah..aku akan terus berdoa supaya kita dipertemukan.

Sekiranya benar kita memang ditakdirkan bersama, maka pintaku hanya satu, jadikan dirimu itu teguh dan bertambah teguh dari masa ke masa.

Semoga dipertemukan dalam perhubungan yang halal.

Buat kamu..lelaki yang aku cinta.. MAHAR CINTA.. 






[+] Entri khas buat mereka yang tahu siapa yang saya maksudkan di sini.. 





Posted in | 7 Comments

Nak Travel Satu Dunia..

Assalamualaikum..

Salah satu impian MJ adalah merantau ke seluruh dunia.. Insyaallah.. Kalau diizinkan Allah.. Terasa bebas hidup..merasa seronok berada di tempat orang dan bertemu dengan pelbagai rahsia ciptaan Allah di muka bumi ini..

MJ selalu tengok gambar-gambar orang pergi overseas.. Terasa cemburu dalam hati..

Baru-baru ni..Pak Zaid pergi London dan Paris..kawan MJ pula baru je balik dari Korea..

Memang jealous.. Tapi dalam masa yang sama..semua tu jadi pendorong MJ untuk belajar sungguh-sungguh supaya impian MJ yang satu ni tercapai..

Insyaallah.. Hikmah kembara ni besar dan MJ nak merasa apa yang MJ belum rasa.. :)


Hadiah dari Pak Zaid.. Jazakallah.. :) 


Letak kat meja studi supaya terinspire.. :) 

Posted in | 2 Comments

DIA Tak Pernah Jauh

Assalamualaikum..



Sangat sibuk.. Maaf..

Memang ada benda nak update tapi dah lupa (sebab terlalu lama dok dalam kepala agaknya..benda lain pun nak masuk jugak so semua benda yg nak diupdate kt sini terpaksa ditolak tepi lalu hilang dari kotak memori)..

Baiklah.. Baru-baru ni..berlaku satu perbualan yang MJ terdengar..

A : Apa khabar iman?

B : Tak berani nak cakap.

A : Awak rasa DIA jauh dari awak ke dekat dengan awak??

B : DIA tak pernah jauh..saya yang biasanya jauh dari DIA..


Then..MJ realise..DIA tak pernah jauh..kita yang sebenarnya menjauhkan diri dari DIA..

[+] sekadar pengisian biasa2.. :) sebenarnya tengah tandus ni (tandus idea)..

Posted in , , | 6 Comments

Tak Pernah Mudah...

Assalamualaikum..

Dakwah..sebenarnya..tak pernah mudah.. Apa tah lagi dekat keluarga sendiri..

Kenapa begitu??

Entah..

Mungkin kerana mereka lebih mengenali kita dan susah untuk menghormati kita..terutamanya sekiranya kita ni seorang yang kelihatan masih mentah..

:)

Memang tak mudah..tapi..itu bukan bermakna kita boleh berputus asa.. Sekiranya Rasulullah saw berputus asa dari berdakwah..Islam tidak akan pernah sampai kepada kita..

Rasulullah saw telahpun membuktikan hakikat perjuangan Islam yang perit tetapi cukup indah untuk terus ditempuhi.. :)

Posted in , | 1 Comment

She Needs...

That was a night

When she became totally horrified by all the things she had done before the moon came out 
She was shivering and decided to call me up
Then..glad..I was there..

When I arrived at her place
And she came and hug me in the first place
A terrible tears rolled down her pale cheeks
So am I

Then..I took her home..
To give her the warm she never had at others.. 

Mum told me.."She needs you more than she know she is."

And I nodded..
She need me..all the time..and of course..I know that.. 

Allah..help her..
Make her close to you..
She needs You..actually.. 


Posted in , , | 4 Comments

Lau Kana Bainana..

Assalamualaikum..

Bersempena bulan kelahiran baginda Rasulullah saw ni..MJ rasa teringin sangat nak tulis sesuatu yang berkaitan dengan baginda..

Buat masa ini, memang hati MJ rasa lain macam sikit so kalau entri kali ni terasa kering tak berjiwa, MJ mohon kemaafan yang teramat.



Lau Kana Bainana.. 

Mula-mula, MJ pun tak berapa faham sangat dengan ayat ni.. MJ ingat ianya sekadar program televisyen.. Itu je la..

Then, masa dekat sekolahlah, ada kawan bagitau MJ yang LAU KANA BAINANA ni bermaksud..sekiranya baginda bersama kita.. 



Hari ni, banyak benda berlaku..

Contohnya, berkaitan dengan ayat Imam Muda Asyraf yang MJ terbaca dekat FB hari tu..bunyi dia lebih kurang macam ni..


"Agak-agak Rasulullah saw kagum tak dengan 'dakwah2' yang kita lakukan di FB dan twitter ni?" 

Lepas tu, MJ terfikir pulak cara dakwah kita zaman sekarang ni.. Semuanya main nak 'ngam' dengan jiwa aje.. Jarang orang fikir tentang cara kita ni 'ngam' dengan sunnah tak?? 





Banyak benda yang kita buat..nampak memang tak salah..tapi kalau baginda Rasulullah saw bersama dengan kita..adakah baginda akan merasa bangga dengan kita dan mengatakan bahawa apa yang kita lakukan pada hari ini adalah hikmah yang baginda ajarkan??

Memang tengok tv tu tak jadi masalah..tentunya.. Tapi kalau fikir balik..kalau baginda bersama kita..sanggupkah kita menonton perkara-perkara lagha di tv..??

Sanggupkah kita dengar lagu Bruno Mars sedangkan baginda sentiasa ingin mendengar Al-Quran..? 

Banyak persoalan..tapi tak banyak pula jawapan..



Ramai orang hari ini..mengajar anak-anak mereka begini..

"Belajar pandai-pandai,rajin-rajin. Esok dah besar, boleh kerja besar, dapat gaji besar. Hidup senang." And so on..

Kalau baginda bersama kita..adakah baginda akan berbangga dengan apa yang kita ajarkan pada anak-anak itu?? Baginda telah memberitahu kita..mengajar kita bahawa hidup hanya untuk Allah..segala yang dilakukan hanya untuk Allah.. Tapi, tetap je kita terapkan dalam hati anak-anak kecil ini dengan matlamat dunia.

MJ tak cakap orang..MJ pun macam tu..

Kadang-kadang..kalau ada sepupu-sepupu yang masih kecik buat nakal..MJ marah dengan,

"Ha! Buat la! Nanti mak cik marah." dan lain-lain. 

Begitukah Rasulullah saw mendidik?? Begitukah Rasulullah saw mendidik puterinya, Fatimah?? Begitukah Rasulullah saw mendidik cucu-cucunya, Hasan dan Husin??

Bagi pelajar macam MJ pulak.. Belajar tu bagus tapi ada benda yang menjadikan belajar tu tak bagus untuk MJ.. Contohnya..MJ belajar bab zakat..puasa..dan banyak lagi tentang hukum Islam..tapi kalau mama atau baba tanya..atok ka tanya MJ..MJ tak rasa MJ boleh jawab..

Dan adakah itu dipanggil menuntut ilmu?? Adakah Rasulullah saw berbangga dengan MJ kalau begitulah cara MJ belajar..??

Tidak..



Banyak persoalan bermain di minda..dan soalan induknya di sini adalah..

"Sekiranya baginda Rasulullah saw bersama kita.....???"

Posted in , , | 2 Comments

Maafkan Kami sebab Terpaksa Membunuh Kamu...

Assalamualaikum..

Baru-baru ni, telah berlaku pembunuhan secara besar-besaran oleh kami, satu kelas 5 Irsyad.

Sebenarnya, kami tiada pilihan lain selain dari melakukan pembunuhan tersebut.

Memang agak menakutkan dan kebanyakan daripada kami juga sebenarnya tidak sanggup untuk melakukan pembunuhan tersebut.

Moga kematian kamu ada gunanya buat kami..

Maafkan kami..














Wahai katak-katak sekalian... 

























Insyaallah..katak-katak ini tidak mati dengan sia-sia.. :) 

Posted in , | 3 Comments

Sshhh..

Awak..jangan nangis!! Ini cuma ujian untuk awak.. Allah sayang awak.. Jangan risau.. ^-^

Posted in | 3 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.