*Tak Perlu Baca.. Hehehe..

Beg sekolah dicapai. Seketika, mata merenung diri di dalam cermin. Tiada begitu banyak perbezaan antara aku tahun ini dan aku tahun lepas. Hanya stokin sahaja yang baru.

Kaki melangkah turun dan terus menghala ke dapur. Tiada sejenis makanan pun dapat digunakan bagi mengisi perut selain daripada beberapa biji cupcake yang kakak belikan hari tu, sebelum dia balik ke Florida. Botol air diisi dengan air kosong.



Selepas sepuluh minit, aku sudah berdiri di hadapan rumah, menunggu van yang biasa aku naiki sejak tahun lepas. 

Mungkin hari ini adalah hari pertama persekolahan bagi orang lain tapi bagi aku, tiada bezanya hari ini dengan hari-hari sebelumnya atau hari-hari yang akan mendatang. Daddy dengan Mummy seperti biasa, sibuk dengan urusan mereka sampaikan tidak begitu peduli dengan hari pertamaku, jadi aku pun malas nak ambil peduli untuk menyuruh diaorang hantarkan aku ke sekolah. 

Yet..aku rindu kakak.



MP3 Player dikeluarkan dari poket baju kurung. Earphone seperti biasa, aku sumbatkan ke telinga. MP3 Player itu aku sorokkan di dalam baju sekolah. Aku bertudung ke sekolah, jadi tiada masalah untuk menyorokkan wayar earphone. 

Sejak semester dua tahun lepas aku buat begini. Bukannya apa, aku sebenarnya sudah terlalu biasakan diriku dengan melayan pelbagi jenis lagu sampaikan aku susah nak tinggal MP3 Player aku ni.



Memang kedengaran sedikit kurang ajar dan tentunya tak boleh dibuat contoh yet bagi aku sendiri, kalau tak ada MP3 Player ni, aku lebih cenderung untuk memikirkan pasal masalah Mummy dengan Daddy. So, untuk elakkan diri aku sendiri dari memikirkan tu semua, aku biasakan diri aku dengan menghayati lirik-lirik lagu yang terdapat dalam setiap lagu yang aku dengar.



Seperti biasa, van yang aku naik tu, penuh dengan pelajar. Hampir separuh daripadanya, sedang tidur. Aku dah faham sangat dengan corak pelbagai jenis manusia dalam van ni. Dan yang paling aku harus bersabar sekali adalah apabila pelajar lelaki tertidur dan diaorang tak sedar apa yang diaorang sedang buat. Kepala tersengguk-sengguk,tangan terhulur melepasi belakang aku, letak tangan dekat tempat aku sandar. Terpaksalah aku pandai-pandai mengelak. 

Aku check nama aku di senarai yang tertampal tepat di depan bangunan sekolah. 5 Sains 1. 

Ya.. Tahun ini adalah tahun senior aku di sekolah ni. Dan ya juga.. Aku seorang pelajar sains.

Aku ambil laluan yang jarang digunakan untuk kelas tersebut. Aku ni jenis invisible, tak suka bising. Hidup aku sendiri. Aku dengan kakak, kami berbeza.



Sampai je dalam kelas, aku tutup MP3 Player aku. Well..dengan kepakaran yang ada, aku tak ada masalah langsung untuk menutup MP3 Player aku tu tanpa ada sesiapa pun yang perasan. 

Apa yang boleh aku cakap adalah, hampir kesemua orang yang bakal jadi penghuni tetap 5 Sains 1 ni adalah muka-muka yang aku kenal. Dah lima tahun aku belajar dekat sini, mustahillah aku tak kenal diaorang ni semua. 

Aku ambil tempat paling belakang, sebab aku tak rasa aku berminat untuk duduk depan. Kalau aku duduk depan pun nanti cikgu asyik nak mintak tolong aku je, masalah jugak sebab aku ni jenis yang tak reti nak berbudi bahasa.



Sebelah aku diisi oleh Wahida, kawan kelas aku sejak dua tahun lepas. Macam biasa, dia tanyakan aku tentang cuti dan bila dia dah bosan dengan jawapan aku yang tak seberapa, dia berpindah ke meja lain untuk tanyakan pada mereka tentang cuti mereka. 

Aku tak kisah sangat pun. Dah memang aku tak ada cerita nak diceritakan. Takkan nak cerita Mummy dengan Daddy gaduh hari-hari kot?? Hee.. 

Kelas bermula. Sampai je waktu rehat, aku terus pergi ke pasar mini sekolah untuk beli roti. Alhamdulillah.. Waktu rehat, aku makan roti dan cupcake, cukuplah untuk tampung aku sampai petang nanti.

Selepas waktu rehat, kami dikehendaki untuk ke bilik SPBT bagi mendapatkan buku teks. Tapi, tak semua yang pergi. Aku pun tak pergi. Kebanyakan kawan sekelas aku tu loaded jadi diaorang beli buku teks sendiri. Katanya, senang nak buat revision. Aku?? Hee.. Buku teks kakak masih boleh diguna pakai.



Sementara menunggu cikgu masuk kelas, aku mula kemas loker yang disediakan untuk pelajar di belakang kelas. Aku rasa sekolah lain tak ada loker macam ni, sekolah aku je kot. Ye la.. Satu kelas dua puluh orang je, muatlah kalau nak sumbat 20 loker dalam kelas tu. Lagipun, loker tu pun bukannya besar sangat. Tinggi 1800 mm. Lebar 294 mm. 

Aku tak pernah ukur tapi kakak yang bagitau sebab dialah yang buat usul kepada sekolah untuk sediakan loker untuk pelajar ni. 

Kakak.. Dia dan aku macam langit dengan bumi. Dia sangat aktif, sangat berkepimpinan dan sangat pandai ambil hati orang sekeliling. Aku sebaliknya. Aku spesies yang pasif, berhak dipimpin dan asyik bagi orang sakit hati. Kata kakak, aku fail communication skills. Seriously, aku pun rasa macam tu. 

Tapi,aku tak kisah. Kakak pun tak sibuk-sibuk suruh aku jadi macam dia. Well.. Dia kenal aku lebih dari aku kenal diri aku rasanya.



Subjek Add Maths adalah yang paling membosankan bagi aku. Bukannya subjek tu bosan tapi memang otak aku jenis yang susah nak cerna nombor. Fizik apatah lagi. 

Kakak dan aku berbeza juga dekat sini. 

Aku lagi senang studi subjek yang perlu membaca macam Biologi dan Kimia. Kakak lagi minat subjek calculation macam Add Maths dengan Fizik. Lain kan?? 

Yet..kami tak kisah.



-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

"Assalamualaikum.. How's school?" aku memulakan bicara. 

"Waalaikummussalam.. Fine," adik membalas. 

Aku tak tahulah apa nak jadi dengan budak ni. Lifeless life?? No.. No.. Tak.. Dia benar-benar tahu macam mana nak hidup. Somehow, dia lagi bagus dari aku dalam menghayati hidup apa adanya. 

"Hey, what's wrong?" aku bertanya. Mummy dengan Daddy bergaduh lagi?

"Miss ya," adik berterus-terang. Kenapa ni?? Adik bukan jenis yang berterus-terang. Baru lepas kelas sivik ke apa? 

"Hm?" 

"Aku rindu time kakak dekat sini. Seriously, rindu gila. Mummy dengan Daddy dah tak hantar aku. You know, ni first day kot tapi masing-masing dha busy, kalah menteri," adik mula meluahkan segalanya dan aku..seperti biasa, menjadi tukang dengar yang paling setia. Lagipun, siapa lagi yang dia ada selain aku?? 



Kalau aku dekat tempat dia pun, tak tentu aku boleh tahan. 

"Hey.. Adik kakak kuat kan??" aku cuba memujuk. 

"Haha! Sangat kuat, tau tak?" dia merengus di hujung talian. 

"Tau. It's ok. Kakak tau adik kakak boleh tahan. Dia kuat. Tuhan..kuatkan aku. Lindungiku dari putus asa," aku menyanyi. 



"Dah! Dah! Gila ah kakak! Buat rosak lagu je," dia sudah mula ketawa. 

"Hey girl, we gotta go now or we will be late to the class," Joanna mencuit bahuku. Aku mengangguk. 

"Okla. Kakak kena pergi kelas ni. Jaga diri," aku mematikan talian. 

Sepanjang perjalanan ke kelas, aku diam membisu, sesuatu yang tidak menjadi kebiasaanku. Aku dan adik ternyata berbeza. Dari segi apa pun. 



Adik hanya ada aku sebagai kawan baik. Aku pulak ada ramai orang untuk dijadikan kawan baik. Aku jenis peramah, senang diajak berbual dan bla bla.. Adik pulak tak ubah macam kepala angin walaupun hati dia baik. 

Adik sangat gemar mendengar musik dan membaca. Aku pula gemar berbual dan menonton televisyen. Kami berbeza. 



Haha! 

"Are you okay?" Joanna memandang ke arahku dengan pandangan yang aneh. Memanglah aneh kalau tiba-tiba gelak sendiri. 

"I'm okay. Just, someone had crossed my mind, I guess," aku menjungkit bahu. 

"Boyfriend, ha?" Joanna mula tersenyum-senyum. Hm.. Minah salleh ni.. Itu je la yang dia tahu. Dari dulu, sibuk dok tanya pasal pakwe aku. Heh! 

"Nope.. My younger sister la," aku menerangkan. 

"Oh.. How is she?" 

"Me and her. Two different world yet still can't go without each other," aku tersenyum. Adik tanpa aku adalah mustahil. Aku tanpa adik pun adalah mustahil. 

"Owh.. What is so different?" 



"She so strong and I'm nothing like that. She loves Biology and I hate it so much. I love Physics and she hate it so much! I am so detailed and she is not. I love shopping and of course, she never like the malls. Else? She watch cartoon only while me..loving korean dramas and movies," satu persatu aku sebut. Memang berbeza. 

"Ok.. That explained a lot," Joanna tertawa.

Akhirnya, kami sampai juga ke kelas kami. 



Kadang-kala..kita mungkin terlalu berbeza. Tetapi, perbezaan itu melengkapkan kita kerana sendirian tidak akan menjadikan kita sempurna. Kita mungkin bergaduh sekali-sekala tapi selebihnya, kita banyak menghabiskan masa hidup bersama. -Adik-

Aku tak sempurna. Kau juga begitu. Tetapi, kita ditakdirkan untuk datang dan hidup di bumi ini bersama-sama. Kita ternyata terlalu berbeza namun hati aku faham hati kamu sementara hati kamu pula faham  hati aku.  -Kakak- 




[+] Kesimpulannya, sayangilah keluarga mereka. Hargai mereka. Dan sayangi mereka. :) Bila dekat memang rasa menyampah tapi bila dah jauh, insyaAllah, rindu pasti membuak. Hayatilah saat yang ada dengan keluarga kita kerana esok belum pasti mereka masih ada untuk kita. 


Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.