Archive for January 2012

Berukhuwahkah Kita?????

Assalamualaikum..

Baru-baru ni MJ jumpa seorang kawan.. Alhamdulillah.. Dah lama tak jumpa..Allah bagi peluang juga akhirnya..

Memang mula-mula..terasa macam tak nak cakap dengan dia.. Sebab..tak tau nak cakap apa..

Ayat starting dia ja dah menusuk jiwa.. "Ana rasa macam nak gila."

Heh.. MJ pun agak terkejut.. Orang macam dia.. Sekuat dia.. Heee.. Takkan kot.. MJ yang aneh lagi tak berapa nak ketahuan ni lainlah..

Tapi..bila difikirkan balik..Allah dah atur pertemuan kami itu dengan cantik.. Sangat indah.. Dan..sebenarnya..Allah nak ingatkan MJ agar..selalu ingat pada Dia..tak kira apa pun yang terjadi.. 

And..truly..sebenarnya..berapa banyak sangatlah yang kita ingat pada Allah dalam kehidupan seharian ni..

Tak sangka..ada orang begitu rindu dengan kita.. Tak sangka ada orang sangat sayangkan kita..sampai sanggup menunggu kita..sampai termimpi-mimpikan kita..

Memang tak dapat disangka..how much important that girl is..

Kawan MJ tu tanya MJ tentang u k h u w a h . .

Dalam hati..tertanya balik..ukhuwah?? Is it real?? MJ dan ukhuwah?? MJ berukhuwah ke??

MJ tak tahu..kata orang ukhuwah itu manis..semuanya dirasa bersama.. Kita tak sendirian.. Sentiasa ada kawan dekat belakang to support.. dan persahabatan yang terjalin..hanyalah demi mencapai mardhatillah..

Dalam dok fikir-fikir tu..maka terhasillah..



Ukhuwah?? Masih hidupkah ukhuwah itu dalam hati kita..?
Atau..sekadar tertulis di kertas..terucap di bibir??

Kalau benar ukhuwah..
Kenapa tiada rasa rahmat dalam perhubungan??
Kenapa tiada rasa luar biasa dalam hati??
Kenapa tiada rasa kuasa Ilahi antara jiwa??

Berukhuwah kah kita??
Atau sekadar..berkawan sahaja??

Kerana..ukhuwah..berdiri di atas dasar kasih pada Yang Maha Kuasa..
Setiap tarikan cinta dan sayang..tertarik dengan rasa luar biasa tenang..

Rasulullah saw..dan para sahabat..
Kisah ukhuwah yang terjalin..kisah persahabatan terhebat..
Abu Bakar ra..sanggup digigit binatang berbisa..kerana tidak mahu bangunkan Rasulullah saw..
Bilal ra..menangis..tidak mahu lagi melaungkan azan sebaik sahaja Rasulullah saw meninggalkan dunia ini..
Umar ra..menghunus pedang..mengancam sesiapa sahaja yang mengatakan Rasulullah saw sudah wafat..sedangkan perkara itu benar berlaku..
Ali bin Abi Talib..sanggup menggantikan Rasulullah saw di tempat tidur baginda..sanggup menanggung risiko kehilangan nyawa dari jasad..
Rasulullah saw..mengetuk pintu rumah sahabat baginda..kerana ingin mengejutkan sahabatnya itu supaya bangun berqiamulail..

Setiap keresahan dipujuk dengan sebutan nama Allah bertalu-talu..

Kita??

Nak bagi salam pun masih terkemut-kemut..
Nak bersalaman pun fikir dua kali..
Nak cium pipi..lagilah berpuluh-puluh kali fikir..

Kalau benar kita berukhuwah..di mana ukurannya??

Adakah hanya diukur betapa 'masuk'nya kita apabila bersama?
Adakah hanya diukur apabila kita bergelak tawa bersama?
Adakah hanya diukur di saat kita stand to each other walaupun kita tahu kawan kita tu buat salah?
Adakah hanya diukur pada sesi-sesi 'spill' bersama?
Ini..berkawan namanya..
Bukan berukhuwah..

Macam mana nak tahu kita berukhuwah??
Mudah..!
Ketika meluahkan segala keluh-kesah di jiwa..
Kita akan diingatkan kepadaNya..
Hati kita akan disiram dengan tasbih kepadaNya..
Insyaallah..dengan mengingati Allah..hati menjadi tenang..

Ingatan kepadaNya??
Adakah kita ingat padaNya??

originally by MimiJazman
1711 28012012





Posted in , , , | 5 Comments

Bila Adik-Adikku Dah Besar...

Assalamualaikum..

Ni nak story pasal adik-adik MJ yang semuanya dah besar-besar belaka..

Err.. Adik MJ semua sekali ada lima orang..tapi tak terdaya la pulak nak cerita pasal kesemua sekali..

Tapi..MJ memang nak cite tentang dua orang adik MJ ni..

Dah besar sangat dah..dan..MJ pun sebenarnya dah lame sangat tak jumpe dyeorg..

Ni..Affiq Shamil..



Hensem ark?? Bagi MJ la..budak ni selekeh betul!!! Hehehe.. But..kadang-kadang..kalau dia sikat rambut..pakai elok-elok memanglah hensem..

Dan..alhamdulillah..dah jumpa dengan seseorang yang berkenan di hati.. Faizani namanya.. Dah berbulan kenal..baru nak bagitau kat MJ..


Alhamdulillah..parents pun semua cakap ok.. Tok pun ok.. Apapun..jangan lupa behave urself ye affiq.. Kak Mimi doakn korang kekal sampailah ke gerbang perkahwinan.. Then..terus mencari redha-Nya dalam kehidupan korang nanti..

Ni pulak adik MJ no 3.. Natasya Nureen..



Dulu..dia ni macam malu-malu sikit.. Sekarang..dah pandai bawak diri.. Lama dah tak jumpa dia.. Sangat-sangat lama kot.. Dah jarang spent time sekarang..

Anyway..jangan lupa Kak Mimi tau.. :)

To both of my sister and brother..Kak Mimi sayang korang dua.. :) Moga Allah rahmati korang dua.. Jangan lupa KAK MIMI tau.. :)

Posted in , | 5 Comments

Hamba??

Assalamualaikum..

MJ seriously tak tau nak update apa.. Tapi gagah nak update jugak..

Er..

Okla..

Kadang-kadang perasan tak manusia ni suka salahkan orang lain??

Bukan MJ nak tuju pada sesiapa..even MJ pun macam tu..

Just..ini sekadar tengokkan kita bersama..

Bila mana kerajaan menolak untuk melaksanakan hudud di FREE COUNTRY ni..ramai rakyat (especially yang berada dalam masyarakat beragama..eg: sekolah agama) complain..

MJ pun dulu selalu complain..

Tapi..hari tu terbaca satu artikel..

Katanya..lebih kurang macam ni.. "Kalau kerajaan tidak mahu melaksanakan hudud,itu maksudnya,kerja dakwah kita masih tak berkesan."

Bila difikirkan balik, betullah tu..

Kenapa kerajaan tidak mahu melaksanakan hudud..?
Kenapa ramai orang berani kata hudud tu zalim..?
Kenapa ramai orang buat tak peduli tentang hudud..?

Tak kenal maka tak cinta..

Bagi mereka yang mengenali Allah dan peraturanNya..pasti sudah bersedia untuk menerima hudud..

Bagi mereka yang belum kenal betul dengan Allah..pasti terasa berat..

Bukan salah mereka kalau mereka tak kenal.. Tak ada orang yang nak kenalkan..

Kalau ada pun..mereka cuma tau kenalkan dari belakang..

Then..salah siapa??

Kita asyik ulang cerita tentang hudud pada mereka yang sudah memahami dan bersedia untuk menerimanya..

Kenapa tak beritahu pada mereka yang had no idea at all about this hudud..??

MJ tak main politik tapi MJ tak berapa nak berkenan sangat dengan sikap sesetengah pihak yang asyik put the blame on others..

Com'on.. Work with Islam.. Ikhlaskan hati.. Lillahitaala..

Jangan terlalu mengukur manusia lain sampai kita terlupa nak ukur diri sendiri..

Kawan MJ pernah cakap.."Kerja menghukum itu kerja Dia..kita buat sahaja apa yang patut..selebihnya..serahkan pada Dia. Tak payah act macam kita ni orang hebat sedangkan kita sendiri adalah seorang HAMBA."

MJ tertanya sendiri..

Berapa ramai umat Islam hari ini yang berkelakuan seperti seorang hamba kepadaNya??

Posted in , , | 3 Comments

When I put my headphone on...

Assalamualaikum..

Kenangan lama sekiranya kembali diungkap..pasti hati kembali untuk merasa tidak tenang lagi..

It is me..somehow..

Sejujurnya..tak tahu nak tulis apa..

Tapi..nak jugak tulis sesuatu..


And..when I put my headphone on..please understand that I hate to hear any words from you anymore.. 

No..there is no way I can hate you.. 

Just..your words might darkened my heart with dosa and sumpah-seranah.. so..let me stand with my music.. 

By the way..I am listening to nasheeds for all the time.. So..please.. Don't mad with me..ok?? 

Because..to be honest..I have a lot of things to be mad with you.. 



[+] sesi luah perasaan?? oh no..!! MJ tidak luahkan perasaan di sini.. Just..MJ sangat suka menulis sesuatu yang MJ nampak secara fizikal..dan translatekan dia menjadi sesuatu yang lain.. Hehehe.. Enjoy reading..!! :)

Barakallahufikum..

Posted in , , | Leave a comment

Dah..! Dah..! Jangan Nangis..

Kenape nangis ni?? Sedih ek??

Kenape sedih-sedih??

Tension??

Hm.. Ape2 pun..jangan sedih! Senyum.. 



Macam mane nak senyum kalau hati tak rase macam nak senyum?? 

Kau tak tahu..


Ya.. Sememangnya aku tak tahu tapi aku tahu ada yang lebih tahu..


Dan Dialah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Dia juga mengetahui apa yang kamu usahakan. [6:3]


Kenapa kau nangis kalau kau rasa ditinggalkan oleh orang lain?? Bukankah Allah itu wujud??

Kenapa kau sedih kalau Allah uji kau dengan tiadanya orang yang pedulikan kau?? Bukankah itu bermaksud Allah nak kau bergantung hanya padaNya??

Kenapa kau nak frust kalau orang tak ambik tahu pasal kau?? Bukankah Allah dah janji akan bagi sesuatu yang jauh lebih istimewa sekiranya seseorang itu ikhlas??




Kau tak perlu sedih kerana kecewa pada manusia.. Kerana mereka juga manusia..penuh kelemahan.. Tiada yang istimewa tentang mereka.. Jadi..wajarlah mereka tak ingatkan kau.. 



Kau hanya perlu sedih kalau kau rasa kau dah engkar kepada sesuatu yang mencintai kau.. 

Kau sepatutnya nangis setiap kali kau langgar perintahNya.. 

Kau sepatutnya sedih kalau kau tak ingat padaNya.. 

Kau sepatutnya frust bila kau tak dapat khusyuk dalam solat.. 



Itu yang kau patut sedihkan.. Sebab Dia sangat cintakan kau.. Sayangkan kau.. Dia bagi kau kesempatan bernafas.. Dia bagi kau peluang untuk memperbaiki diri.. Dia dah janji untuk bagi kau syurga kalau kau benar-benar cintakan Dia.. 

"Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan."
[3:148]


Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (surga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.” (Q.S. Yunus[10]: 26).



Adakah kau masih ragu-ragu dengan janjiNya..w a h a i  h a t i ??




Posted in , , , | 6 Comments

Alhamdulillah to HIM.. Thanks to him..

Assalamualaikum..

Pertama kali berkenalan..serius MJ memang tak suka dia.. Cara dia..gaya dia..apa yang dia buat semuanya hanya menaikkan kebencian di hati..

Pernah sekali..dia simbah air kat kawan-kawan MJ.. Memang MJ menangis time dye simbahkan air ke muke kawan-kawan MJ hari tu..

Memang MJ rasa macam nak simbah balik air ke muka dia.. Memang tak suka..

Lepas kejadian hari tu..MJ sentiasa berharap untuk tak bertemu lagi dengan dia sebab muka dia yang putih bersih tu langsung tak dapat menyejukkan hati tetapi sebaliknya menyakitkan lagi hati MJ..

Tetapi..harapan MJ hancur hari ni..sebaik sahaja MJ nampak muke dye di sekolah.. Memang MJ rasa macam nak lari time tu jugak.. Tak boleh rasanya nak mengadap muke tu..

Tapi..nak tak nak..kene jugak mengadap muke tu..

Dan dye..sekali lagi buat MJ rasa macam nak hempaskan kaca ke lantai..

Lama-kelamaan..bagaimanapun..akhirnya..MJ belajar banyak tentang dia

Dia..sebenarnya seseorang yang jauh lebih baik.. Memang terasa seronok dapat menghabiskan masa mendengar segala ilmu yang dia sedia kongsi dengan kami semua.. Terasa seronok dapat puaskan hati dia yang sebelum ni terlalu asyik nak mempertikaikan kami..

Dan..MJ rase..dia cube utk mengubah keadaan.. Alhamdulillah..

Segala doa MJ didengar dan alhamdulillah..dimakbulkan Allah.. Kenapa??

Sebab..MJ berdoa banyak-banyak hati MJ ni dapat terima dia seadanya.. MJ sedapkan hati sendiri walaupun ada bad side of me yang dok kutuk-kutuk dia.. Hehehe.. Tak dapat nak mengelak dari marahkan dia..

Yet..alhamdulillah..semuanya berjalan dengan baik apabila dia bersedia untuk mengubah cara dia mengajar kami..

Alhamdulillah..MJ dapat menerima segalanya dengan baik..

Thanks to him for all good words and styles he taught me about.. All those are completely vital for me.. And..if you here..reading words I'm writing..I want you to know that I really appreciated those things.. You taught me a lot about how to change myself although it seems so hard.. (even you may not realised).

Allah..thanks for giving me the chance to know him more..and learn from him more..

:)

[+] Mesti nak tau sangat kan sape orang tu?? Kalau budak SHAMS..dyeorg mungkin kenal..dan tahu siapa yang MJ maksudkan.. Tapi..kalau selain daripada tu..memang takkan kenal dengan orang yang MJ maksudkan..

Heee.. Nak tahu ke sape orang tu?? :)

Posted in , | 7 Comments

:)

Assalamualaikum..

Nak bagitau ni..

MJ sekarang tengah sibuk mengalahkan menteri..

Hehehe..

Serius ni!

Japgi ade bengkel LAJNAH..esok ada bengkel KETUA PELAJAR.. lepas tu banyak lagi la bengkel..kem.. n so on..

Selori homework tu pun masih belum berjaya disiapkan.. Huhu..

Anyway.. BARAKALLAHUFIKUM.. :)

[+] nanti ada masa MJ update..

Posted in | 3 Comments

Inspirasi Rooftop Rant...

Assalamualaikum..
MJ baca buku ni..


Dan dalam buku ni..MJ belajar banyak perkara.. Antaranya ialah..jangan terlalu cepat salahkan budak-budak yang kita rasa bermasalah.. Sedangkan dunia yang sedang mereka hadapi adalah penyumbang masalah terbesar dalam hidup mereka.. 


There is nothing wrong with you.. But..there is something wrong about the world you live in.. 

Kita memang mudah menuduh..marah dan sebagainya yet kita tak tahu hakikat sebenar.. 


"Their life was painful.. They watched it and live it.."


Tak semudah yang kita sangka.. 



Anyway..MJ dah lama tak share any hadis kan??

Here you go.. :) 


Jangan lupa selawat.. :) 

Barakallahufikum.. 

Posted in , , , , | 7 Comments

*Tak Perlu Baca.. Hehehe..

Beg sekolah dicapai. Seketika, mata merenung diri di dalam cermin. Tiada begitu banyak perbezaan antara aku tahun ini dan aku tahun lepas. Hanya stokin sahaja yang baru.

Kaki melangkah turun dan terus menghala ke dapur. Tiada sejenis makanan pun dapat digunakan bagi mengisi perut selain daripada beberapa biji cupcake yang kakak belikan hari tu, sebelum dia balik ke Florida. Botol air diisi dengan air kosong.



Selepas sepuluh minit, aku sudah berdiri di hadapan rumah, menunggu van yang biasa aku naiki sejak tahun lepas. 

Mungkin hari ini adalah hari pertama persekolahan bagi orang lain tapi bagi aku, tiada bezanya hari ini dengan hari-hari sebelumnya atau hari-hari yang akan mendatang. Daddy dengan Mummy seperti biasa, sibuk dengan urusan mereka sampaikan tidak begitu peduli dengan hari pertamaku, jadi aku pun malas nak ambil peduli untuk menyuruh diaorang hantarkan aku ke sekolah. 

Yet..aku rindu kakak.



MP3 Player dikeluarkan dari poket baju kurung. Earphone seperti biasa, aku sumbatkan ke telinga. MP3 Player itu aku sorokkan di dalam baju sekolah. Aku bertudung ke sekolah, jadi tiada masalah untuk menyorokkan wayar earphone. 

Sejak semester dua tahun lepas aku buat begini. Bukannya apa, aku sebenarnya sudah terlalu biasakan diriku dengan melayan pelbagi jenis lagu sampaikan aku susah nak tinggal MP3 Player aku ni.



Memang kedengaran sedikit kurang ajar dan tentunya tak boleh dibuat contoh yet bagi aku sendiri, kalau tak ada MP3 Player ni, aku lebih cenderung untuk memikirkan pasal masalah Mummy dengan Daddy. So, untuk elakkan diri aku sendiri dari memikirkan tu semua, aku biasakan diri aku dengan menghayati lirik-lirik lagu yang terdapat dalam setiap lagu yang aku dengar.



Seperti biasa, van yang aku naik tu, penuh dengan pelajar. Hampir separuh daripadanya, sedang tidur. Aku dah faham sangat dengan corak pelbagai jenis manusia dalam van ni. Dan yang paling aku harus bersabar sekali adalah apabila pelajar lelaki tertidur dan diaorang tak sedar apa yang diaorang sedang buat. Kepala tersengguk-sengguk,tangan terhulur melepasi belakang aku, letak tangan dekat tempat aku sandar. Terpaksalah aku pandai-pandai mengelak. 

Aku check nama aku di senarai yang tertampal tepat di depan bangunan sekolah. 5 Sains 1. 

Ya.. Tahun ini adalah tahun senior aku di sekolah ni. Dan ya juga.. Aku seorang pelajar sains.

Aku ambil laluan yang jarang digunakan untuk kelas tersebut. Aku ni jenis invisible, tak suka bising. Hidup aku sendiri. Aku dengan kakak, kami berbeza.



Sampai je dalam kelas, aku tutup MP3 Player aku. Well..dengan kepakaran yang ada, aku tak ada masalah langsung untuk menutup MP3 Player aku tu tanpa ada sesiapa pun yang perasan. 

Apa yang boleh aku cakap adalah, hampir kesemua orang yang bakal jadi penghuni tetap 5 Sains 1 ni adalah muka-muka yang aku kenal. Dah lima tahun aku belajar dekat sini, mustahillah aku tak kenal diaorang ni semua. 

Aku ambil tempat paling belakang, sebab aku tak rasa aku berminat untuk duduk depan. Kalau aku duduk depan pun nanti cikgu asyik nak mintak tolong aku je, masalah jugak sebab aku ni jenis yang tak reti nak berbudi bahasa.



Sebelah aku diisi oleh Wahida, kawan kelas aku sejak dua tahun lepas. Macam biasa, dia tanyakan aku tentang cuti dan bila dia dah bosan dengan jawapan aku yang tak seberapa, dia berpindah ke meja lain untuk tanyakan pada mereka tentang cuti mereka. 

Aku tak kisah sangat pun. Dah memang aku tak ada cerita nak diceritakan. Takkan nak cerita Mummy dengan Daddy gaduh hari-hari kot?? Hee.. 

Kelas bermula. Sampai je waktu rehat, aku terus pergi ke pasar mini sekolah untuk beli roti. Alhamdulillah.. Waktu rehat, aku makan roti dan cupcake, cukuplah untuk tampung aku sampai petang nanti.

Selepas waktu rehat, kami dikehendaki untuk ke bilik SPBT bagi mendapatkan buku teks. Tapi, tak semua yang pergi. Aku pun tak pergi. Kebanyakan kawan sekelas aku tu loaded jadi diaorang beli buku teks sendiri. Katanya, senang nak buat revision. Aku?? Hee.. Buku teks kakak masih boleh diguna pakai.



Sementara menunggu cikgu masuk kelas, aku mula kemas loker yang disediakan untuk pelajar di belakang kelas. Aku rasa sekolah lain tak ada loker macam ni, sekolah aku je kot. Ye la.. Satu kelas dua puluh orang je, muatlah kalau nak sumbat 20 loker dalam kelas tu. Lagipun, loker tu pun bukannya besar sangat. Tinggi 1800 mm. Lebar 294 mm. 

Aku tak pernah ukur tapi kakak yang bagitau sebab dialah yang buat usul kepada sekolah untuk sediakan loker untuk pelajar ni. 

Kakak.. Dia dan aku macam langit dengan bumi. Dia sangat aktif, sangat berkepimpinan dan sangat pandai ambil hati orang sekeliling. Aku sebaliknya. Aku spesies yang pasif, berhak dipimpin dan asyik bagi orang sakit hati. Kata kakak, aku fail communication skills. Seriously, aku pun rasa macam tu. 

Tapi,aku tak kisah. Kakak pun tak sibuk-sibuk suruh aku jadi macam dia. Well.. Dia kenal aku lebih dari aku kenal diri aku rasanya.



Subjek Add Maths adalah yang paling membosankan bagi aku. Bukannya subjek tu bosan tapi memang otak aku jenis yang susah nak cerna nombor. Fizik apatah lagi. 

Kakak dan aku berbeza juga dekat sini. 

Aku lagi senang studi subjek yang perlu membaca macam Biologi dan Kimia. Kakak lagi minat subjek calculation macam Add Maths dengan Fizik. Lain kan?? 

Yet..kami tak kisah.



-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

"Assalamualaikum.. How's school?" aku memulakan bicara. 

"Waalaikummussalam.. Fine," adik membalas. 

Aku tak tahulah apa nak jadi dengan budak ni. Lifeless life?? No.. No.. Tak.. Dia benar-benar tahu macam mana nak hidup. Somehow, dia lagi bagus dari aku dalam menghayati hidup apa adanya. 

"Hey, what's wrong?" aku bertanya. Mummy dengan Daddy bergaduh lagi?

"Miss ya," adik berterus-terang. Kenapa ni?? Adik bukan jenis yang berterus-terang. Baru lepas kelas sivik ke apa? 

"Hm?" 

"Aku rindu time kakak dekat sini. Seriously, rindu gila. Mummy dengan Daddy dah tak hantar aku. You know, ni first day kot tapi masing-masing dha busy, kalah menteri," adik mula meluahkan segalanya dan aku..seperti biasa, menjadi tukang dengar yang paling setia. Lagipun, siapa lagi yang dia ada selain aku?? 



Kalau aku dekat tempat dia pun, tak tentu aku boleh tahan. 

"Hey.. Adik kakak kuat kan??" aku cuba memujuk. 

"Haha! Sangat kuat, tau tak?" dia merengus di hujung talian. 

"Tau. It's ok. Kakak tau adik kakak boleh tahan. Dia kuat. Tuhan..kuatkan aku. Lindungiku dari putus asa," aku menyanyi. 



"Dah! Dah! Gila ah kakak! Buat rosak lagu je," dia sudah mula ketawa. 

"Hey girl, we gotta go now or we will be late to the class," Joanna mencuit bahuku. Aku mengangguk. 

"Okla. Kakak kena pergi kelas ni. Jaga diri," aku mematikan talian. 

Sepanjang perjalanan ke kelas, aku diam membisu, sesuatu yang tidak menjadi kebiasaanku. Aku dan adik ternyata berbeza. Dari segi apa pun. 



Adik hanya ada aku sebagai kawan baik. Aku pulak ada ramai orang untuk dijadikan kawan baik. Aku jenis peramah, senang diajak berbual dan bla bla.. Adik pulak tak ubah macam kepala angin walaupun hati dia baik. 

Adik sangat gemar mendengar musik dan membaca. Aku pula gemar berbual dan menonton televisyen. Kami berbeza. 



Haha! 

"Are you okay?" Joanna memandang ke arahku dengan pandangan yang aneh. Memanglah aneh kalau tiba-tiba gelak sendiri. 

"I'm okay. Just, someone had crossed my mind, I guess," aku menjungkit bahu. 

"Boyfriend, ha?" Joanna mula tersenyum-senyum. Hm.. Minah salleh ni.. Itu je la yang dia tahu. Dari dulu, sibuk dok tanya pasal pakwe aku. Heh! 

"Nope.. My younger sister la," aku menerangkan. 

"Oh.. How is she?" 

"Me and her. Two different world yet still can't go without each other," aku tersenyum. Adik tanpa aku adalah mustahil. Aku tanpa adik pun adalah mustahil. 

"Owh.. What is so different?" 



"She so strong and I'm nothing like that. She loves Biology and I hate it so much. I love Physics and she hate it so much! I am so detailed and she is not. I love shopping and of course, she never like the malls. Else? She watch cartoon only while me..loving korean dramas and movies," satu persatu aku sebut. Memang berbeza. 

"Ok.. That explained a lot," Joanna tertawa.

Akhirnya, kami sampai juga ke kelas kami. 



Kadang-kala..kita mungkin terlalu berbeza. Tetapi, perbezaan itu melengkapkan kita kerana sendirian tidak akan menjadikan kita sempurna. Kita mungkin bergaduh sekali-sekala tapi selebihnya, kita banyak menghabiskan masa hidup bersama. -Adik-

Aku tak sempurna. Kau juga begitu. Tetapi, kita ditakdirkan untuk datang dan hidup di bumi ini bersama-sama. Kita ternyata terlalu berbeza namun hati aku faham hati kamu sementara hati kamu pula faham  hati aku.  -Kakak- 




[+] Kesimpulannya, sayangilah keluarga mereka. Hargai mereka. Dan sayangi mereka. :) Bila dekat memang rasa menyampah tapi bila dah jauh, insyaAllah, rindu pasti membuak. Hayatilah saat yang ada dengan keluarga kita kerana esok belum pasti mereka masih ada untuk kita. 


Posted in | Leave a comment

Dah Start Sekolah...

Assalamualaikum.. 


Hari pertama sekolah?? 

Heee.. Ok je.. Alhamdulillah.. Tak banyak kesukaran walaupun ada sedikit kesukaran.. So far..tak de la teruk sangat. Alhamdulillah.. 



Guru kelas..Ustazah Aisyah.. Ade jugak beberapa orang guru yang dah bertukar.. Yang MJ tak kenal pun ramai jugaklah.. Heee.. 

Kawan-kawan sekelas.. Kalau budak perempuan tu..insyaAllah..MJ ingat kot nama dyeorg.. Budak laki..ade beberapa orang yang MJ tak tau nama.. 

Guru kelas pun tak de buat sesi kenal diri.. So..let the time decide bila MJ akan tau nama budak-budak laki tu.. Heee.. 

Ramai yang beruniform baru.. Adik pun dah tukar kaler baju tahun ni.. (Tahun lepas adik pakai baju putih..tahun ni baju biru.)

Baju MJ masih yang sama.. Beg pun.. Kasut je lain.. (Kasut baru ni menyakitkan kaki MJ.)

Dalam kelas..MJ duduk dengan Fatin Syahirah (blogger jugak). Belakang MJ pun blogger jugak..DR.. 

Bende special?? Er.. Tak pastilah..sebab baru tiga hari sekolah.. 

Tapi..yang pasti.. 

Selori kerja sekolah sudah sedia menunggu untuk disiapkan.. (walaupun baru tiga hari start sekolah.)


Busy?? Yup..! 

Apepun..moga Allah permudahkan urusan dan tenangkan hati serta meredhai setiap apa yang dilakukan.. 

[+] Sorry sebab post kali ni macam 'aneh' sikit.. 


Posted in , , | 6 Comments

I Need Help..

Assalamualaikum..


MJ yakin..ramai yang dah bace tentang Amalina Che Bakri..


MJ agak terkejut..


Walaubagaimanapun..hati tak terasa nak kutuk-kutuk atau memaki-hamun.. Tapi..sebaliknya hati rasa risau.. 


"Mencarut adalah sejenis sikap kasar. Manakala sikap kasar balasannya ialah neraka."
(Daripada Abu Hurairah, Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

MJ teringin nak belajar dekat Glasgow,Scotland,UK.. Itupun lepas MJ baca buku kat bawah ni..




Sebelum ni..memang ada pasang angan-angan nak belajar ke Jordan sana.. Tapi..dah tengok kawan-kawan banyak nak pergi Jordan..MJ jadi nak tukar arah ke barat pulak..




Dan..MJ terfikir lagi..betul ke niat aku belajar ni?? 


Kalau niat aku hanya sebab nak ke UK..esok-esok dapat pergi UK..jadi bukan-bukan pulak.. 


Kuat ke iman aku sampai boleh aku nak claim yang aku belajar memang niat lillahitaala?? 


Dan..sebenarnya..betul ke niat aku belajar ni kerana Allah?? 


Kalau betul..apa measurementnya?? 


Macam mana aku nak tahu yang aku belajar betul-betul kerana Allah?? Nak selamatkan ummat?? Nak naikkan darjat aku di sisi Allah?? 


Dan..huh!! 

There is no answer when it just me thinking.. 

Someone..I need help here..



[+] MJ tahu mungkin ade yg berpendapat macam ni.."Belajarlah SPM tu dulu bagi habis,then barulah fikir nak ke luar negara tu semua." ataupun "SPM pun tak tau lagi macam mana,dah mimpi nak belajar jauh-jauh."

Hm.. Tahu tu.. Yet..tak salah untuk bermimpi kan?? MJ fikir siap-siap sebab manalah nak tau..kot-kot dapat peluang..Allah bagi..

Or...am I not allowed to dream selagi SPM tak habis??

Posted in , , , , , , | 13 Comments

Hadiah Tahun Baru..

Assalamualaikum..


MJ memang pemakai jam tangan yang tegar.. Sejak kecik..Baba dah ajar MJ untuk tak berenggang dengan jam tangan.. Dan..alhamdulillah..tabiat yang baik ni masih MJ kekalkan.. 


Tapi..baru-baru ni..jam kesayangan MJ..putus dua.. MJ pun tak faham kenapa dia boleh terputus dua.. Hehehe.. :D



Jam ni MJ beli mase form1..



Lepas tu..MJ beralih kepada jam percuma hadiah Baba beli helikopter (mainan je..) Itu pun putus.. 


Then..MJ pakai pulak jam adik (jam percuma jugak)..


Dan semalam..masa dekat rumah Tok Ani..Baba tanya jam pukul berapa pastu..MJ pun tengoklah jam MJ.. Hehehe.. Disebabkan MJ punya jam tu dah rosak (tak sedar pun dia rosak sebenarnya) maka MJ pun bagitau dekat Baba waktu yang salah..



*everything inspiring


Baba pun cakaplah.."Lempaq buangla jam tu." 

MJ pulak balas.."Hee... Belilah yang baru." 

Tok Ani pula masuk.."Amek jam Tok Ani la.. Tok Ani la ni dok rumah..tak pakai jam." 






*everything inspiring



Tapi..MJ ingat Tok Ani saje je cakap macam tu.. Lepas tu..MJ pun continuela tengok tv.. Kes tu pun dah tutup..



*Everything Inspiring


Tiba-tiba..Tok Ani turun dari tingkat atas sambil sua TISSOT dekat MJ.. Terkedu MJ dibuatnya.. Memang MJ tak kenal dengan jenama-jenama jam..tapi..apa yang MJ tahu..jam TISSOT ni mahal sebab bila MJ pakai..terasa beratnya.. 


Siap dapat kotaknya sekali.. Gulp! Rasa bersalah tiba-tiba..



Ni la jam yang MJ dapat dari Tok Ani.. 


Masuk aje dalam kete..MJ cakap siap-siap.."Kakak tak mintak..Tok Ani yang bagi." 


Lepas tu Baba cakap.."Nanti..bila-bila pi supermarket..tengok harga TISSOT tu berapa."






*Everything Inspiring



Dan tadi..kami satu famili pergi JJ.. MJ nampak dengan jelas jenama TISSOT ni dekat dalam kedai jam.. MJ pun pergilah try usha-usha harga seutas jam tangan berjenama TISSOT..


G u l p !!




Heee.. Ni gambar Deepika Padukone.. My favourite actress adalah duta kepada TISSOT.. :D



[+] rezeki Allah di mana-mana.. Dan terima kasih MJ ucapkan kepada Tok Ani yang sangat dengan mudahnya memberi jam milik beliau kepada MJ.. Jazakillah..


Seriously..MJ terharu.. 


Wonder..kalau MJ di tempat Tok Ani..akan semudah itukah MJ memberi sesuatu yang berharga kepada seseorang??



MASA ITU NYAWA.. 





















Posted in , , , , , | 8 Comments

2012??

Assalamualaikum..

New year??
Is it real??
Now is 2012??

Oh my..

This won't be easy..
2012..big year..

Then??

Gotta be stronger??

Yeah.. I should be..

I will..take care of myself..
I will..do anything to be a better daughter..a better prefect..a better leader..a better friend..a better student..
And..a better SLAVE..

Then..I leave it to Allah..
Anyway..HE is the ONE who controls everything..

All..I need to do is..
Just keep moving..

[+] Berita tahun baru x best.. MJ paling boring tengok berita.. Baca kat internet lain.. Tengok berita lain.. Lepas tu..bising! Lain orang lain cakap.. MJ tak tahu mana nak percaya..

Yang paling cuak..yang bergaduh..melenting..bertabuh bagai tu bukannya orang Islam dengan orang bukan Islam.. Tetapi sesama Islam..

For once..people!!

Itu saudara kamu yang kamu hina.. Fikirlah sikit..betul ke tak ape yang kamu cakap tu.. Kalau salah..tak ke namanya menyebarkan fitnah dan kebencian..

MJ bukan nak marah sesiapa.. MJ tak fikir pasal politik..

MJ cuma nak keamanan sebab dah  boring hidup dengan masyarakat Islam yang mengutuk sesama sendiri..

MJ tak baca berita sebab berita boleh buat kemarahan MJ meluap-luap.. So..dari baca berita..baik baca blog orang yang aman dan damai je jiwanya..

7 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.