Today is a Family Day

Salam.. 

Hari ni,MJ langsung tak sentuh buku. MJ sentuh sikit tapi tak baca sangat pun. Niat di hati nak siapkan latihan Chemistry yang MJ baru dapat dari Mr.See tapi rasa malas menyelubungi. Bila semua ahli keluarga berkumpul macam ni,MJ rasakan masa-masa ni perlu digunakan sebaik mungkin. Lagipun,Baba selalu balik lambat sejak kebelakangan ni sebab sibuk dengan kerja.

Jadi,hari ni,MJ cuba manfaatkan masa yang ada bersama keluarga. Dan ya..hari ini merupakan hari yang indah. 

Mula dari pagi,MJ dengan Baba awal-awal lagi dah bangun dan kami tengok cerita The Partner bersama. Rasa seronok dapat menonton bersama Baba sebab dah lama kami tak macam tu. 



Kemudian,MJ menghabiskan berjam-jam di hadapan internet dan Baba pula tertidur. Sejak kebelakangan ni,Baba selalu sibuk dengan audit dekat tempat kerja. Sebab tu la Baba selalu balik lambat dan kurang tidur. 

Petang sikit,MJ lepak dengan adik,main game PS2. Main game racing. Menarik! MJ berjaya kalahkan racer computer tu tapi at the end,MJ kena tangkap dengan polis sebanyak 3 kali dan ya..game over. Huh.. Penat mencuba,akhirnya semuanya menjadi sia-sia sahaja. Baba ambil alih tempat MJ. 



Kemudian,MJ spent masa dengan Mama dekat kebun. Kemudian,Baba pulak turun dan join kami yang sedang sibuk bercucuk tanam dekat kebun tu. Dah maghrib,baru kami bertiga masuk dan sekali lagi,kami sambung game yang tergendala sementara tunggu peluh kering. 

Lepas maghrib,MJ, Mama dan Adik bersama-sama masak maggi sementara Baba pulak makan roti cecah kari ikan. Masing-masing dah tak mampu nak makan nasi sebab siang dah makan banyak sangat. Masakan Mama pulak terasa luar biasa sedapnya hari ni.

Lepas tu,kami lepak di ruang tamu,tiba-tiba MJ tergerak hati nak bukak channel 615 (Disney). Favourite channel MJ masa MJ budak-budak dulu. 

Waktu tu,ada cerita Hannah Montana : The Movie. Memang MJ dah lama nak tengok cerita ni sebab sebelum ni MJ tak pernah berpeluang nak tengok. 

Hannah Montana : The Movie.. Memang sangat best. Er.. Sebenarnya,tak adalah best sangat tapi MJ rasa seronok sebab menonton bersama keluarga. 



Cerita dia agak lawak so memang gempaklah! Kami masing-masing ketawa dan rasa terharu sedikit dengan ikatan kekeluargaan yang dipamerkan melalui cerita tersebut. 

Dan sekarang, Baba dah pergi jumpa kawan dia untuk main badminton. MJ pula dekat rumah dengan ibu dan adik dan kami akan menonton drama sekejap lagi.

Today is a family day. 

Allah give you a family..they might be acting like strangers sometimes yet the strong bond still can’t be denied somehow..

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

5 Responses to Today is a Family Day

sang pencari cinta said...

Semalam pun family day buat ana :), but without parents. Both had classes over in KK. We had our fav dinner, mashed potato, coleslaw, chips n sausages. Watched the movie together too. Lets cherish what we have now, and smile to whatever awaits :) insyaAllah..

Mimi Jazman said...

sang pencari cinta ... ittakes times to make precious time..isnt it?? insyaAllah..apa sahaja yang datang selepas ini,moga diberi kekuatan olehNya untuk terus bernafas dengan tenang..

__pEncAri caHayA keiManan__ said...

best nyer.. :DDD

__pEncAri caHayA keiManan__ said...

the partner..??akq tg0k kat ner..??

Mimi Jazman said...

__pEncAri caHayA keiManan__ ... tv8.. pukul 7 pg sampai 8 pg.. tp bru habis je..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.