Look Up!!

"Teruknya dekat dalam tu," aku berkata sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah kampung milik nenek saudaraku yang sangat sesak. Rumahnya agak besar sekiranya dilihat dari luar tetapi rumah itu sebenarnya sangat sempit di dalamnya, menjadikan aku sangat muak untuk terus berada di dalam.

Tapi..yang ni xde buaian.. 
"Apa yang teruk?" adik yang sedang menatap langit memandang ke arahku. Dia sedang duduk bersila di atas buaian besi yang berkarat di hadapan rumah itu. Telinganya masih bersumbat earphone, sesuatu yang aku sudah terbiasa dengannya.



"Sesak, sempit dan arghh!" aku mula bising. Aku beritahu adik betapa tertekannya aku dengan keriuhan di dalam.

"Dekat Florida bukan lagi bising ke?" adik mula bertanya. Kepalanya direhatkan di atas bahu buaian. Matanya tertancap ke langit.

"At least, takde la sesempit ni. Florida tu luas," aku merengus.



"Kakak, look up," adik menyuruh dan aku dengan pantas mendongak. Why??

"Isn't it beautiful?" 





"Hm??"

"Kat KL, tak dapat la aku nak menatap langit malam-malam macam ni. Nampak bangunan dengan lampu je. Bintang pun segan nak keluar. Bulan pun tunjuk muka mahu tak mahu je. But..here..things different," adik tersenyum.



Aku tak tahu kenapa tetapi sejak kebelakangan ini, adik dah pandai berfalsafah. Banyak sangat baca buku Sejarah ke? Tapi, setahu aku, Sejarah SPM tak de la berfalsafah sangat.

"Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda (ayat-ayat) kebesaran Kami kepada orang-orang yang mengetahui."
[6:97]

"Apa tu?"

"Surah al-An'am ayat 97," mudah adik menjawab.

Adik aku ingat ayat Al-Quran? Aku mengarah mataku ke langit.

"Tahu? Kakak tak pernah tengok atas. Dulu, dengan atok, dengan adik, selalu kita tengok bintang, sekarang, di Florida malahan di KL sekalipun, kakak macam dah lupa yang ada langit di atas."



"Aku pun tak selalu ingat," adik memberitahu dengan tenang. Matanya masih di langit dan kami terus di situ, menatap langit.

"Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya lampu dan bulan yang memberi cahaya." 
[25:61]





[+] Diilhamkan dari A True Confession of Hollywood Starlet di DIVA. Memang tak de kene-mengene langsung kan? Tapi..macam MJ cakap..tengok tv bukan sekadar hiburan..yang mana boleh buat pengajaran..amek.. Dan..kita kene jugak pandai menilai pengajaran tersebut..



ELI : Look up!

Morgan melihat ke atas.

ELI : What can you see??

MORGAN : Nothing? 

ELI : The sky. I have been to New York. And when I look up, all the thing I could see was buildings. 

MORGAN : I never look up. 

ELI : Look there! The small dot that shining over there is called STARS..! :D



[+] Yup.. MJ dah tengok cite ni banyak kali dan rasanya, dah boleh hafal pun serba-sikit dialog-dialognya.. Hehehe..

Posted in , , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

5 Responses to Look Up!!

gadisBunga said...

adik awak hebat. kirim salam kat dia ye. :)

Mimi Jazman said...

gadisBunga ...
hehehe.. cite je la kak.. :)

ಠ_ಠ said...

sukaaaaaaaaaaaaaa <3

muhd farhan said...

.... :)

Mimi Jazman said...

ಠ_ಠ ...
jazakillah ... :)

muhd farhan ...
jazakallah..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.