Kita Tak Tahu...

Kalau aku balik kali ni, adik ada kat rumah. Sekarang bulan 12 kan? Dia confirm cuti. Tahun depan adik dah  nak SPM, bolehlah tolong dia kalau aku balik. Lagipun, kalau tak balik kali ni, bila lagi nak dapat peluang balik. Kata senior-senior, lepas ni busy aje memanjang. Takut tak sempat pulak nak balik.


-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

Sejak aku sampai ke rumah ni, aku tak pernah lagilah tengok adik berenggang dengan MP3 Player dia. Memanjang dengan MP3 tu. Dari bangun tidur sampailah tidur balik. Kalau tinggal pun time solat dengan masuk bilik air je. Hairan aku! Makan pun dengan MP3. Apa yang dia dengar pun aku tak tau

Memanglah MP3 tu aku yang belikan. Kot ye pun nak manfaatkan bendalah tu janganlah sampai tak boleh berenggang langsung. 

Ha..! Satu lagi, time study pun telinga tengah tersumbat. Boleh ke belajar dengan lagu dekat telinga? Masuk apa kalau belajar dengan lagu? Kang ingat lagu je.


-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

Hari ni, Daddy bagi duit dekat aku suruh aku bawa adik pergi barang sekolah dia. Lagi seminggu sekolah nak bukak, barang sekolah apa pun tak beli lagi. Mummy dengan Daddy macam tak sempat je, adik pun tak bising. 

Tak pe la.. Biar aku je yang bawa adik pergi beli barang sekolah dia.



-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

Dalam kereta, adik langsung tak tanggalkan earphone dia. Aku yang tengok ni panas je. Yela.. Aku ni macam driver dia pulak! 

Gambar kete dye agak overla.. Hehehe.. Tapi yang ni je ade.. 

"Would you mind to take those out?" aku mengetuk telinga kanan adik. 

"I don't really mind," adik keluarkan earphone dari dalam tudung dan tutup MP3 Playernya. 

Seketika, ruang antara kami diisi sepi. Aku dan adik masing-masing diam, tak tahu nak berbual tentang apa. 

"Kenapa adik selalu melekat dengan MP3 adik eh?" aku memulakan soalan, memandangkan perkara itu sangat-sangatlah aneh di mataku. 

"Kenapa?" adik bertanya semula. 

"Taklah. Adik bukan jenis yang suka dengar lagu sangat pun. Adik biasanya dengar dekat youtube je. Bukti yang adik tak suka lagu tu jangan tanya kakak. Kakak ni kakak dan kakak tahu tu," aku tahu dia nak membantah. Aku jeling sebelah, adik terus merenung keluar tingkap.



"Kakak betul-betul nak tahu ke?" adik bertanya lagi, soalannya tidak langsung menjawab soalanku. 

"Dying for answer," aku membalas. 

"Lepas kakak pergi Florida, kakak pun tahu yang Mummy dah start kerja balik. Dia dapat tawaran bagus dari datin mangkuk mana entah," muka adik tak berubah riak tapi aku dapat rasa yang dia tengah sakit hati dengan datin tu. 

"Daddy pulak sejak naik pangkat ni, selalu sangat busy. Dah tak ada masa sangat nak luang dengan family. Mummy pun sama je. Dua-dua busy," adik tetap dengan wajah tak berperasaannya. 

"Lepas kakak pergi, Mummy ada upah bibik sebab dia kata nanti dia tak sempat nak buat kerja rumah sorang-sorang. Aku pun tak kisah sangat sebab memang Mummy pun tak sempat. Dan aku fikir jugak, kan bagus kalau ada bibik? At least, aku tak adalah keseorangan sangat," tetap dengan wajah tenang. 

"Alih-alih, bibik tu macam apa je. Kerja dia tidur je. Kalau tak pun, bergayut. Aku report dekat Mummy. Mummy kata dia letih sangat kot. So Mummy suruh aku buat sendiri mana yang aku boleh buat."

"Sejak hari tu, baju aku, aku gosok sendiri. Balik sekolah, instant noodle je yang masuk perut aku. Yela.. Aku mana tau masak yang lain pun. Mummy dengan Daddy biasanya balik lepas makan malam dan diorang biasanya dah makan malam pun. Aku pun dah malas nak suruh bibik penyegan tu masak so makan malam memang aku tak makan."

"Kakak tahu, berat aku turun banyak sangat sejak kakak pergi Florida," dia ketawa hambar. Aku pula terkedu. 

"Lastly, bibik tu blah dengan pakwe dia, posmen yang dok hantar surat kat rumah kita tu," dia tersenyum sambil menggeleng. 

"Dah falling in love sangatlah kot gamaknya."

"Sejak tu jugak, Mummy dah tak ambil orang gaji lagi dah. Aku pun tak tau kenapa tapi aku malas cakap banyak. Tapi sejak bibik tu pergi, aku dah pandai goreng telur dengan ikan sebab aku tengok dekat internet," dia tersenyum lagi. 

"Kakak, sebenarnya, aku dah pandai masak dah sekarang," nada bangga kedengaran. 

"Mummy dengan Daddy lama-lama semakin busy dan semakin kerap bergaduh. Bukan sebab duit. Duit tu bukan masalah bagi kita satu family. Mummy bergaduh dengan Daddy sebab Daddy ada perempuan lain. Daddy pulak claim yang Mummy tak pernah ada kat rumah, asyik sibuk. So, tiap-tiap malam, kerja bergaduh je diorang tu." 

"Sebab tu aku mintak kakak belikan MP3 sempena birthday aku. Nak mintak kat diorang? Hm.. Aku tak tau diorang ingat lagi ke tak birthday aku. Nak beli sendiri? Aku mana tau keluar sendiri. Kalau aku nak keluar, biasanya aku keluar dengan kakak atau aku keluar dengan Mummy and Daddy. Sekarang, kakak tak ada. Tu yang aku minta kakak belikan tu," dah adik mula mendiamkan diri balik. 

Aku juga turut terpaku mendengar cerita adik. Sejak aku sampai ke rumah, Mummy dengan Daddy memang kelihatan agak dingin tapi aku tak nak cakap apa-apa. Sebab, Mummy dengan Daddy biasanya akan baik dengan sendiri. Aku dah faham sangat dah tu

Bab makan tu pulak, memang akulah tukang masak dekat rumah sekarang. No wonderlah adik makan bukan main lagi. Orang tak makan rupanya. 

"Habis, belajar macam mana? Belajar pun dengar lagu, adik rasa boleh belajar ke?" aku menyoal. Walau apa pun yang terjadi dengan Mummy dan Daddy, aku tak nak adik abaikan pelajaran. 

"Boleh je. Last semester aku dapat anugerah pelajar terbaik kot. Tempat pertama dalam batch dengan 7A+ 2A- 1B. Aku rasa kakak pun tau yang B tu apa," dia tersenyum bangga.



"Bahasa Melayu?" aku mengagak. 

Dia menggeleng, "Sejarah."

Kami sama-sama ketawa. Sejarah..seingat aku, sejarah SPM adalah nightmare untuk aku. Nasib baik aku kuatkan juga hati, at last, aku score jugak A- dalam SPM.



"Sebenarnya, apa yang adik dengar?" aku jadi curious. Kalau sambil dengar lagu pun masih boleh belajar malahan semakin baik, lagu apa yang dia dengar? Yang aku tahulah, taste adik aku ni bukan boleh pakai sangat. Kalau tak bingit gaya nak pecah kepala, memang dia tak dengar. 

"Kakak ingat apa yang atuk selalu pesan dekat kita dulu?" adik bertanya padaku.



-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

"Atuk, adik takut gelaplah," aku masih ingat gaya adik masa atuk nak tutup lampu sewaktu kami nak tidur. Masa tu cuti sekolah, Mummy dengan Daddy biasanya akan tinggalkan aku dengan adik dekat atuk time tu. Kami memang agak rapat dengan atuk masa arwah masih hidup. 

"Kakak takut guruhlah," kebetulan, waktu tu pulak hujan lebat. 

"Kenapa nak takut?" atuk bertanya pada kami. Kami diam, tak tau nak jawab apa. 

"Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang," atuk memberitahu kami dengan riak tenang. Kemudian, dia mendekati kami.



"Ingat tak zikir yang atuk ajar dulu tu?" atuk bertanya. Kami berdua mengangguk. 

"Baca yang tu sampailah tertidur. Jangan lepas. Baca sentiasa," atuk berpesan.

Atuk kemudian menambah lagi, "Allah sahaja yang boleh jaga kita dari segala ketakutan. Allah kan kuat? Tak ada yang lagi kuat dari Allah. Jadi, kita kena selalu mintak tolong dari Allah. Kalau mintak tolong atuk, atuk pun tak boleh tolong. Mintak tolong manusia, manusia pun tak boleh tolong. Allah sahaja yang boleh membantu."

Dan memang malam itu..aku dan adik asyik mengulang zikir tersebut.

لا حول ولا قوة إلا الله

-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

"Banyak sangat yang atuk pesan. Yang mana satu?" aku bertanya walaupun di dalam hati, aku rasa seperti sudah tahu jawapannya.

"Yang dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang," dia cuba mengingatkan aku. Aku mengangguk.

"Sebab tu la........," adik mengeluarkan MP3nya dari poket seluar. Satu butang ditekan dan...



Wahai..Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Sebuah lagu yang sangat sedap bergema di dalam seluruh kereta. Musiknya lembut. Liriknya menyentap. Aku hayati setiap patah perkataan yang terdapat dalam lirik lagu tersebut.

Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sehari itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan padaMu

Pergantungan dia hanya pada Allah. Selama ini, adik menghadapinya sendiri. Semuanya sendiri. Dia yang dulu tak mungkin sekuat ini tetapi dia yang sekarang, lebih kuat dari apa yang aku sangkakan. Bersyukur... Kalau aku di tempat adik, akan bersyukurkah aku dengan hidup aku sekarang?

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi... 
Muhasabah cintaku

Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku? Jadi, adik rela segala masalah terus membebani dia sebab dia anggap semua ni untuk menghapuskan dosanya. Butir-butir cinta air mataku? Dah berapa lama aku tak menangis untuk Dia?

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Tangisan mula mengalir dari pipi. Aku jeling adik di sebelah. Pipinya dibiarkan dibasahi air mata. Seketika, aku juga jadi tak keruan. Otakku mula mencerna segalanya. Pahit... Sukar untuk ditelan.

"Kakak rindu atuk."

"Sama."

"Ingat lagi jalan balik kampung?"

"Ingat."

"Jom ziarah kubur atuk esok." aku mengajak dan adik hanya mengangguk sambil tersenyum.

-=-=-=-=-=-TAMAT-=-=-=-=-=-

Kadang-kadang kita tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Kita dengan mudahnya mempersalahkan mereka dan memandang serong pada mereka. Tanpa kita sedari, insan-insan sebegini, yang kelihatan seperti bermasalah ini adalah insan-insan yang telah menghadapi satu fasa berat dalam hidup. 

Ok.. Kesimpulannya..er..MJ tak tahu.. Tapi MJ tahulah cerita ni ada pengajaran.. MJ cuma tak tahu nak terangkan tu macam mana..

Kalau ada yang sudi membantu, MJ alu-alukan.. :)

Barakallahufikum..







Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

12 Responses to Kita Tak Tahu...

muhd farhan said...

maaflah psl komen td tu ye.....bgus la cerita ni...MJ reka sendiri ker??...

♪♫_i'm miSs sTeRe0_♪♫ said...

nice st0ry..

muhasabah cintaku..yup..

lagu 2w sangat best and menenangkan..

bagi sy la..even kita berada dalam kepayahan yang amat sulit or masalah yang sangat m'bebankan urat saraf.hanya Allah tempat kita mencari ktenangan...

bukan dalam masa susah shj..masa senang pun kene igt Allah..

"sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akn menjadi tenang"

harap dapat mbantu..=)

♪♫_i'm miSs sTeRe0_♪♫ said...

btw..sy nak email akq bole..coz sy ade wat cerpen aw..tp ntah la..mcm ade yang xkene..s0..klu akq free..bole tlong tgok2 kan..klu akq sudi membantu lah.=)..
akq an pr0 bab2 wat cerita nie..=)

Mimi Jazman said...

muhd farhan ...
xpe.. yup.. cite sendiri tapi bukan berdasarkan atas cerita sebenarlah..

♪♫_i'm miSs sTeRe0_♪♫ ...
sure dapat membantu.. hehehe.. Insyaallah.. akak akn tolong apa terdaya.. berserah pd Allah..

emel akak.. fariellafayra2209@yahoo.com

nurul nabihah said...

salam angah....
crite yg angah buat ni wp hny rekaan smata2 tp, mcm real la.. rse tsentuh plak... dtmbh pula, mse bce ni, adik su bkk lgu tu..

crite ni bleh dijdkn iktibr utk kte smue sbb skrg ni, kte sringkali mlupaiNya... hny igt ble kte dlm kssushn... jd, kte knelah sntiasa bmuhasbh ... wasalam

Mimi Jazman said...

nurul nabihah ...
wassalam.. rase real?? hehehe.. ditulis dr hati gamaknya.. :)

em.. btul tu.. kite hnye tau egt Tuhan time kite susah je.. :(

moga dapat dijadikan iktibar..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

ms mula baca sy ingt ini kisah mimi dgn adik..tp makin lama baca mungkin ini cerpen kan?

Mimi Jazman said...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty ...
ia hanya sekadar cerita.. hehehe.. :)

aiNAA kHOdOri said...

kak MIMIwat ceta nih ka??? uniq sgt...:)

Mimi Jazman said...

aiNAA kHOdOri ...
hehehe.. perli ek?? akk x pandai buat cite la.. :)

aiNAA kHOdOri said...

mana da perli..btol la.. cek tak tipu...sugguh aih... best...hehehe!!!

Mimi Jazman said...

aiNAA kHOdOri ...
:) terima kasih..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.