Ini Hakikatnya..

Hidup sebagai seorang hamba..
Bernafas sebagai seorang hamba..
Bergerak sebagai seorang hamba..
Kerana..memang hakikatnya..aku dan kamu adalah seorang hamba..

Kata orang..jadi hamba akan membuatkan hidup terseksa..
Kata orang..jadi hamba takkan bebas..
Kata orang..jadi hamba menyusahkan..
Tapi..hakikatnya..hamba ini banyak kisahnya..

Hamba manusia pasti terseksa..
Hamba harta apatah lagi menyeksa..
Hamba nafsu merana seluruh nafas..
Tapi..hakikatnya..hamba Dia jiwa lapang damai dada sempurna hati..

Hiduplah sebagai hamba..
Kerana dengan menjadi hamba..
Jiwa tenang selamanya..

Ini yang aku rasa..
Ini yang aku damba..
Tenang tanpa paksa..

Hamba..hidup sebagai seorang hamba..
Tidak langsung seperti yang dikatakan orang..
Itu hanya tipuan belaka..

Kerana Tuan aku..
Dia Maha Pengasih..
Dia Maha Penyayang..
Dia Maha Pemurah..
Dia Maha Pemberi Rezeki..
Dia Maha Sempurna..

Apakah harus lagi aku pertikaikan kekuasaanNya?

Dengan menjadi hambaNya..
Aku tenang..
Menyedari tentang suatu hakikat..
Hakikat bahawa Dia bersama dengan hamba-hambaNya yang patuh dan taat hanya kepadaNya..

Cuma..
Aku menjadi kacau seketika..
Menyedari tentang satu lagi hakikat..
Hakikat yang aku sebenarnya hamba yang pelupa..

Ya..Dia hebat dengan sifat sempurnaNya..
Sementara aku hina dengan sifat pelupaku..

Ini hakikat..yang seorang hamba tak harus lupa..

Originally by Mimi Farah Mohamad Jazman
07122011 1329

Posted in , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Ini Hakikatnya..

h4ni3 said...

semoga kita sentiasa menjadi hamba yg diredhaiNya

Mimi Jazman said...

h4ni3 ...
:)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.