Hanya kepada Allah.. :)

Salam..

Entah kenapa sejak-sejak ni MJ selalu terserempak dengan manusia yang 100% bergantung pada manusia..

Lupakah kita bahawa hidup kita ini..saat kita ini..nyawa kita ini..sebenarnya adalah dalam genggamanNya?

Kita manusia biasa..mereka juga manusia biasa.. Apalah yang boleh mereka lakukan melainkan ianya adalah kehendak Allah Yang Maha Kuasa??



Wahai manusia yang sedang membaca..jadikan ini iktibar.. Sebab MJ pun jadikan ini sebagai iktibar dalam hidup.. Hidup adalah proses pembelajaran tanpa henti.. 


Jangan asyik harapkan parents bagi apa yang kita mahukan..sebaliknya..berdoa pada Allah agar Allah beri pada kita apa yang kita mahukan..

Jangan asyik harap orang pedulikan kita..sebaliknya..minta Allah untuk pedulikan kita..sebab dengan kasih sayang Allah..orang lain boleh sayangkan kita..

Jangan asyik harapkan orang faham kita..sebaliknya..minta Allah untuk permudahkan urusan kita dengan membuatkan orang sekeliling fahami kita..



MJ pernah dengar satu kisah tentang seorang imam.. MJ tak pasti dengan nama imam tu tapi ceritanya sangat menyentuh..

Imam ni belajar dari seorang guru.. Dan guru beliau menyatakan bahawa rezeki itu adalah milik Allah dan dengan meyakini Allah akan berikan rezeki kepada kita..pasti rezeki itu akan sampai pada kita..dengan apa cara sekalipun..

Oleh itu..imam tersebut pun pergilah ke tengah padang pasir tanpa sebarang bekalan makanan..minuman mahupun apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya..

Bila dah sampai kat tengah pasir..memang imam tu terasa dahaga..jadi dia berdoa pada Allah dan dia yakin..Allah akan memberikan rezekiNya kepada hamba-hambaNya yang berharap hanya kepadaNya..

Jadi..imam tadi pun berbaringlah kat tengah-tengah padang pasir yang gersang lagi tandus itu.. Seketika kemudian..lalulah sekumpulan pedagang (mungkin..MJ pun tak pasti..).

Pedagang tu menyangka bahawa imam tu dah hampir mati sebab dahaga jadi dia cuba masukkan air ke dalam mulut imam tersebut.. Malangnya..imam tersebut tak membuka mulutnya.. Jadi..pedagang tersebut bertekad untuk membelah sedikit perut imam tersebut untuk dimasukkan air ke dalamnya..

So..konklusinya..betullah rezeki itu milik Allah..



Jadi..sekalipun kita dah tak terdaya..rasa macam dah nak pengsan..nak mati..atau apa-apa sahaja..ingatlah Allah yang memiliki jiwa kita jadi Dialah satu-satunya pelindung kita..

Tanpa rahmat Allah..kita takkan ada ibu bapa..
Tanpa rahmat Allah..kita takkan ada tempat perlindungan..
Tanpa rahmat Allah..kita takkan jumpa dengan kawan-kawan kita yang sekarang ni..
Tanpa rahmat Allah..kita takkan lagi boleh bergerak di muka bumi ini..



Semuanya atas kehendak Allah..jadi perlukah lagi kita bergantung harap pada manusia??

MJ tak cakap sebab MJ b a j e t  ke... m e n c a - p u b  ke... tapi sebab MJ berpegang pada falsafah baru hidup MJ.. heee.. Hidup perlu belajar.. 


Anda belajar.. MJ pun belajar.. 


wassalam..

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.