Dakwah itu Wajib

Salam..

Entri kali ni adalah mengenai dai'e.. Ataupun secara mudahnya..pendakwah..

Manusia memang tak sempurna kan?? Buktinya..

Allah menghendaki untuk meringankan kamu kerana manusia itu diciptakan lemah. [4:28]

Banyak lagi sebenarnya bukti di dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa manusia itu memang secara naturalnya lemah..

Apa kaitannya dengan pendakwah??

Hm.. Tadi..sesuatu telah berlaku pada MJ.. Dan..MJ jadikannya satu pengajaran buat diri..

Cabaran para pendakwah hari ini..jauh lebih susah sebab orang sekarang pandai-pandai dan banyak ragamnya.. Bagaimanapun..kita kena ingat zaman Rasulullah saw dulu..lagi susah.. Kena pukullah..seksalah..sampai bermati-matian.. Kalau kita sekarang..tak de de sampai kena bunuh ke ape ke.. Setakat orang menyampah je..

Orang hari ni..suka pandang para pendakwah.. Salah sikit je terus kena attack..

Kalau kita tak ikut perkembangan terkini..orang kata.."hek ena..kolot lak ai ustaz ni."
Kalau kita ikut pulak..orang kata.."hek ena..ustaz pun sama je macam kami."


Kalau kita sekolah agama..orang akan kata.."cakap senanglah..kau sekolah agama."
Kalau kita sekolah biasa..orang akan kata.."dah dok sekolah biasa buat biasa sudahlah..nak alim-alim buat apa."

Asal pakai tudung labuh sikit aje..orang dah takut-takut.. Kalau pakai tudung labuh pastu cakap gaya MJ cakap ni..nanti orang kata hipokrit pulak.. Percayalah..MJ pernah menghadapinya..

Macam-macam pandanganlah orang lempar kat pendakwah ni..

Tapi..walauapapun yang berlaku..pendakwah sekalian tak boleh marah..tak boleh merungut.. Kita memang tak sempurna tapi kita perlu gunakan segala kekuatan yang ada..untuk berusaha ke arah itu.. At least..kalau nak buat sesuatu tu..fikirlah dalam-dalam..

Kata orang..kita tak boleh hipokrit.. Of course..tapi kita bawa nama agama di belakang kita..kita bawa nama keluarga di belakang kita.. 

Jadi diri sendiri pun..tapi merosakkan nama agama..confirm dimurkai Allah..ye dak??
Jadi baik..semata-mata nak selamatkan nama agama..insyaallah..akan ada ganjarannya.. 

Fikir-fikirkanlah..para pendakwah sekalian..

Kita memang tak sempurna..tapi paling kurang kenalah berusaha ke arah tu..

Actually..pesanan ni bukan valid kepada budak-budak sekolah agama je..tapi sebenarnya..kepada sekalian umat Islam..sebab dakwah itu adalah wajib.. 


"Barang siapa daripada kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaan), apabila ia tidak berkuasa (dengan tangan) maka dengan lidahnya (teguran atau nasihat), apabila tidak kuasa (dengan lidahnya) maka dengan hatinya dan yang demikian adalah selemah-lemah iman." 
(Riwayat Muslim)




Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Dakwah itu Wajib

ಠ_ಠ said...

alhamdulillah, mmg Allah akn uji dai'e dgn kata-kata yg menyakitkan, tpi kesakitan itulah yg membawa kita ke Jannah-Nya apabila kita sabar dan menerimanya dgn berlpg dada :) Jangan dikisah apa org kata, Allah lebih mengetahui kita siapa.. jadi, kisahlah apa yg Allah akan kata dekat kita.. di sana. smga berjaya mimi, berdakwah di sana.. ^^ Allah sentiasa uji hamba, bila merana.. pulang kpd siapa? ;D

__pEncAri caHayA keiManan__ said...

itu la dugaan sbgi s'0rg pendakwah..sy admit..bler sy try nk berdkwh..rmi org ckp sy hyp0krit..n e2 mbuatkan sy takot.haha..atleast i am trying right..??

Mimi Jazman said...

ಠ_ಠ ...
Allah.. :)

__pEncAri caHayA keiManan__ ...
em.. and.. cube awk hayati kate2 akk ಠ_ಠ kt atas tu.. she is rite..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.