Atas Nama Cinta



"Ana suka anti," Aashiq dengan begitu berani mengaku.

Aku yang tengah menaip entri untuk update di blog jadi ternganga membaca apa yang tertulis di chat box di FBku. Gila apa mamat ni? Ura-ura samseng dah mula menjalar. Seketika,aku benar-benar tak keruan. Biar benar kot ye pun terlebih berani. 


Dia memang baik,handsome, bertanggungjawab dan suara pun sedap. Kalau buat imam memang khusyuklah sembahyang aku. Ye ke? Mungkin. Tapi takkan la? Haish!


Dari khusyuk menaip, aku mula hilang khusyuk. Hati jadi tak tenang. Tangan lekas klik pada button 'log out' bagi kedua-dua akaun tersebut, Facebook dan Blogspot. Tubuhku lantas dilempar ke atas katil. Earphone di atas meja study dicapai. Jangan fikir.. Jangan bayang.. Tidurla... Tidurla... 






Malam itu...muka Aashiq muncul dalam mimpi.

"Ana suka anti dan berniat nak jadikan anti sebagai isteri," Aashiq meluahkan perasaannya di hadapanku.

Kami berpakaian sekolah menjadikan aku yakin yang kami berada di sekolah. Aku jadi terkejut tetapi dalam hati, aku bersorak ceria.

Secara logiknya, mana boleh aku tidak suka pada pengakuan Aashiq itu. Dia seorang yang cukup pakej. Dari menjadi seorang artis nasyid sehinggalah menjadi seorang imam muda, aku yakin dia terlebih baik untukku.

"Sudikah.....?"

Tiba-tiba bunyi hentakan kaki berkawat menghentam gegendang telingaku, diikuti dengan bunyi gitar yang berniat nak memecahkan otakku.

All I wanna say is that
They don't really care about us
All I wanna say is that 
They don't really care about us

Aku yang tadinya seronok melayan sweet dream jadi terjaga dengan bunyi yang boleh tahan kuat itu. Earphone ditarik keluar dari telinga. Skrin pada handphoneku dipandang. They Don't Really Care About Us Michael Jackson. 

Patutlah bingit semacam. Bukan dah out-of-list ke lagu ni? Apasal ada lagi ni? Tangan lekas menekan button 'delete'. Kepala dikembalikan ke bantal.

Apa aku akan jawab dekat Aashiq ni? Takkan nak tolak dia mentah-mentah kot? Buatnya dia tanya aku suka dia ke tak, takkan nak tipu kot. Memanglah aku suka dia tapi sebab dia baik. Itu sahaja. Mimpi nak buat imam tu ada jugak tapi bukan sekaranglah. Lagipun,bab couple-couple ni, ish! Tak kuasa aku.






Malam tu, memang mata tak dapat nak dilelapkan sebab feeling aku yang tak dapat nak dicontrol. Aku mengaku, aku sangat-sangat suka bila Aashiq mengaku dia sukakan aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku tahu aku tak patut impikan benda-benda macam tu. Romance is one of the satan's temptation. Kakak pernah cakap tu pada aku.

Selepas berpusing-pusing di katil, aku tetap tak boleh tidur. Handphone lekas dicapai.

"Assalamualaikum," aku memulakan bicara.

"Waalaikummussalam warahmatullah," suara itu menjawab, tenang.

"Kenapa?" setelah beberapa ketika berdiam, suara itu kembali bersuara.

"Ada masalah," aku cepat menjawab dalam masa yang sama, otak ligat memikirkan apakah ini tindakan terbaik.

"Apa?"

"Ada orang mengaku yang dia......," aku tak jadi meneruskan kata-kata. Marah tak dia nanti?

"Suka adik?" cepat dan tepat dia meneka.

"Em," pendek aku menjawab. Hilang kata-kata.

"Then, you can't sleep thinking of this dashing guy?"

"Who can? Not even you," aku membalas pedas. Bila seseorang mengaku dia sukakan aku, memang secara logiknya, aku takkan dapat tidur memikirkan dia. Ala.. Kakak pun dulu macam tu jugak. 

"Em.. Pandai  melawan ek?!! Sape?"

"Kawan kelas."

"Biar benar!! Berani betullah tu. Member sekelas pun boleh syok, beragaklah sikit!" kedengaran ketawa mesra di hujung talian. Aku mula tersenyum. Tak marahlah tu. 

"So....?" aku mula bertanya.

"Apa yang so?"

"Kakak....!" suaraku mula meninggi. Di saat aku tengah kusut, dia pula buat endah tak endah. Memang bertuahlah akak aku sorang ni. 

"You know my answer la dik. Hm...," suaranya kembali tegas, mengingatkan aku pada wajahnya yang serius.

"Perlukan ketetapan hati ni. Tolonglah..," aku mula merayu di hujung talian. Aku tahu dia faham.

"First, buat istikharah. Mohon pada Allah. Ingat, apa pun yang terjadi, kembali pada Dia. Second, dengar lagu ni, Atas Nama Cinta," kakak mula memberi nasihat gaya pro.

"Heh?? Rossa tu?" apa benda kakak ni??

"Bukanlah.. UNIC la. Tak de benda akak nak dengar lagu Rossa tu." Lega!

"Tak de dalam list rasanya," aku mengimbas semula playlist dalam handphoneku. Memang tak ada. Tajuk lagu pun tak pernah dengar.

"Akak pun baru dengar. Pi la check youtube. Takkan nak suruh akak bluetooth dari sini kot mak cik?"

"Yela.. Yela.. By the way, jangan panggil orang mak cik la!" aku memutuskan talian.

Sebaik sahaja tangan sudah mahu mencapai laptop, tiba-tiba handphoneku bervibrate menandakan ada mesej yang masuk.

"Pergi amek wudhu' and sembahyang dulu ye adikku sayang.. Allah always in the first place. First thing first."

Amaran keras. Aku menggeleng-geleng. Kakak sudah terlalu faham dengan aku, perangai aku. Tak mungkin ada orang yang lebih faham aku dari kakak. Thanks kakak.

Perlahan-lahan, kaki ditalakan ke bilik air. Seketika kemudian, aku mula mengangkat takbir.

Esoknya...
Aku harus berhadapan dengan dia dan beritahu dia apa yang sepatutnya.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam kelas, aku lihat Aashiq sudah duduk di tempatnya. Hati berdebar kuat.

"We need to talk," aku memberitahunya, lebih kepada berbentuk arahan. Aku kemudiannya keluar dari kelas dan berdiri di koridor.

"Serius ke main-main?" aku menyoalnya sebaik sahaja dia terpacak di hadapanku. Mataku merenung ke bilik guru di tingkat bawah. Nak tengok muka dia?? Tak sanggup!

"Serius...," dia menjawab tenang. Gaya suara kakak semalam. Ok.. Macam cakap dengan kakak aje.

"Then, this will explain everything," aku menyuakan sepucuk surat padanya. Surat..surat di mana, segala-galanya tentang perasaanku bakal terjawab.

Apabila tangannya sudah mula bergerak untuk membuka sampul putih itu, aku lantas menahan. "Tolong baca di rumah." Dan, aku beredar.

Sepanjang minggu itu, dia langsung tidak menegurku. Memandang ke arahku pun tidak. Setiap kali kami perlu berbincang, dia akan bercakap dengan gaya tergesa-gesa macam ada orang kejar dari belakang. Kalau berjalan, dia lagi suka berjalan di tempat yang tak ada orang, yang aku tak gunakan. Nampak sangat dia mengelak 100% dari aku. Mula-mula, aku takut jugak dan of course, ada rasa janggal.

Tapi...kata kakak, "Biarkan je. Kalau adik tanya kang dia ingat adik syok kat dia pulak. Lagilah dia nak buat muka kesian. I know the tactics la."

Dan..memang aku buat tak peduli. Lagipun, seminggu je lagi kami akan mengadakan majlis meraikan kami sebagai pelajar di sekolah itu. Meraikan penutup kepada sesi persekolahan tahun itu. Aku telah dilantik menjadi salah seorang daripada ahli jawatankuasa sementara Aashiq pula sibuk dengan latihan nasyidnya. Jadi, kedua-dua kami tak langsung mempedulikan apa yang telah berlaku. Dan sungguh..aku lega! Allah permudahkan.

Hari penutup tersebut..

Semuanya berjalan dengan lancar. Kehadiran cikgu juga nampaknya hampir penuh. Pelajar pun ramai. Pentas dah dihias cantik. Makanan pun dah siap. Performers pun semuanya tak banyak kerenah dan komited sepanjang latihan berjalan. Alhamdulillah..

Dimulakan dengan ucapan Pengetua dan sedikit anugerah khas yang kami wujudkan khas buat guru-guru. Dan kemudian, satu demi satu persembahan dilangsungkan.

"Ya.. Akhirnya berakhir sudah semua persembahan dari para pelajar kita....." kata pengerusi majlis.

Ramai yang memandang sesama sendiri. Aku pula bersoal dalam hati. Eh?

"Tapi..sebelum itu, kita ada lagi sebuah persembahan dari kumpulan nasyid sekolah, Qasid!!" kedengaran tangan bertepuk kuat. Persoalan terjawab.

Ya.. Kumpulan nasyid sekolah.. Kumpulan terbaik yang tak pernah aku ragui bakatnya. Keinginan hendak menonton persembahan mereka membuak-buak dalam jiwa. Tetapi, ahli-ahli jawatankuasa makanan kelihatan seperti memerlukan pertolongan. Aku lantas menghayun kaki ke luar dewan.

Dan belum sempat aku nak melangkah melepasi pintu besar, muzik yang sudah terlalu biasa aku dengar, terdengar bergema di dalam dewan tersebut. Sesuatu yang sangat biasa aku dengar ini adalah...


Dan..kemudian..mata ditalakan ke hadapan semula..langkah diatur kembali melepasi pintu besar. Bibir mengukir senyuman.

Biar sendiri hingga hujung nyawa asal tak sepi dari kasihNya. Ya.. Aku rela bersendiri asalkan keindahan cinta padaNya tak hilang dari jiwa.









Posted in , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

17 Responses to Atas Nama Cinta

gadisBunga said...

:)

cinta Allah akan menyatukan kita sesama manusia. jangan pernah lali untuk menagih cintaNya.:)

Mimi Jazman said...

gadisBunga ... insyaallah.. :)

♪♫_i'm miSs sTeRe0_♪♫ said...

nice st0ry..
bler bace st0ry nie..t'igt plak dkt bf lame..hakhak...

(~_^)0110(^_~) said...

oUhh..ini ke yg mimi kate kalau ade masa nak cerita tu..BEST ! terbaikk ! :D hehe..lagu tu best en ? salah satu nasyid fav kite..huhu..mimi.delete twitter ke ? nape tak balas mcg ? tanak kawan kite eh ? :<

ಠ_ಠ said...

mungkin cinta manusia dipandang indah di mata kita, tapi sbnrnya.. di mata yg beriman, ada lgi yg terindah menantikannya di sana.. subhanallah, semoga Dia sentiasa berada di hati kita semua.. smga cinta kita pulang kpd pmilik hati & pencipta perasaan ini.. amiin <3




terigt lgu ni.. lma dh xdgr.. kakak ana ska sgt dgr UNIC dlu :> skrg bru prsan lirik dia cmtu.. thanks for rminding my old times C:

Mimi Jazman said...

♪♫_i'm miSs sTeRe0_♪♫ ... hehehe.. xyh la egt.. :)

(~_^)0110(^_~) ... aten.. ni bukan cite yg kite kate nk cite tu.. ni cite lain.. sgt2 lain dr tujuan asalnye.. hehehe.. kite dh delete twitter dan ade sbb lain dan sebabnye..bkanlah sbb kite xnk kwn dgn aten.. psal msg tu..wt mase skrg..klau ade bnde nk ckp..kt cni je la.. :)

ಠ_ಠ ... thi is reminding me..my future.. the true is la..

i'm not a story teller :) said...

mimi, i have read this. syok banget kih3 , simple tapi padat . hantar kat majalah :P

Mimi Jazman said...

i'm not a story teller :) ... nurin..kite pnye cite mmg keje masuk majalah je.. hehehe.. thun dpan cite bru la plak..

(~_^)0110(^_~) said...

Haha..okay sayang :)

setuju sgt dgn komen ಠ_ಠ ! hehe :D

Mimi Jazman said...

(~_^)0110(^_~) ... :)

aiNAA kHOdOri said...

rsanya, better lyn cita2 cmnih lg klau nk dibndingkn bca nvel2 cinta tuh... syok sgt...

ಠ_ಠ said...

ur future? xphm xD

♪♫_i'm miSs sTeRe0_♪♫ said...

yup..da buang jauh2 da..he and his l0ve n0t imp0rtant t0 me..I WANT HIS L0VE N0T THE MAN'S LOVE :)

Mimi Jazman said...

aiNAA kHOdOri ... heee... btul jgak tu.. insyaallah..cite2 cm ni bleh dekatkn diri kita dgn Allah.. kita asyik fikir nk syg manusia je.. bab syg Allah susah nk fikir..betul x??

ಠ_ಠ ... nnt tau la.. insyaallah.. :)

♪♫_i'm miSs sTeRe0_♪♫ ... cintai PENCIPTA..kamu pasti temui cinta yang dicipta.. :)

♪♫_i'm miSs sTeRe0_♪♫ said...

haha..ai2..mcm familiar je ayt yg last uh...haha

Mimi Jazman said...

♪♫_i'm miSs sTeRe0_♪♫ ... dlm nasyid tu kan ade..

aiNAA kHOdOri said...

btol2.. btol sgt2... klau kita syg Allah, kasih syg Allah melimpah ruah utk kita...

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.