Kecantikan.. It is Up to You..

Salam..



Hari ini mari berbicara tentang kecantikan.. Bukan nak puji sesiapa tapi ini cerita sendiri..

Kecantikan itu datangnya dari Allah Yang Maha Menciptakan.. Kita semua diciptakan dengan ukuran kecantikan tersendiri..

Walaupun kita tak setinggi model..kita masih kelihatan cantik..
Walaupun hidung kita kemek atau kembang sedikit..ada orang berpendapat hidung kita comel..
Walaupun rambut kita kerinting..orang Malaysia memang tak gemar sangat tapi mat saleh suka apa..
Hehe..

Conclusionnya..kita tetap cantik walaupun kita tiada ciri-ciri seorang model.. Kita cantik dengan ukuran kecantikan masing-masing..

Kenapa MJ boleh bercerita tentang bab cantik ni??

Heee..



Sebenarnya..dulu masa MJ form1 form2 dulu..MJ sangat suka make-up.. Betul..! MJ gemar make-up.. MJ suka pakai blusher..celak..eye shadow dan sebagainya.. Sapa ajar?? Entahlah.. Datang dari sendiri..

Bila tengok adik MJ yang tersayang..MJ akui MJ cemburu sebab dia memang cantik.. Kulit dia putih bersih..licin.. Tak gelap..dan tak ada jerawat.. While me..MJ tak ada kulit sehebat tu.. Kulit MJ agak gelap dan sangat-sangat tak licin..

Sebab tu la..MJ mula pakai make-up.. Kononnya..nak bagi setanding dengan adik.. Haha!!

Tapi..masa masuk form3 dah jarang pakai make-up sebab sibuk sangat sampai tak ada masa nak peduli dengan tu semua.. Lagipun..MJ fikir jugak..nak solat dengan make-up ni tak tentu lagi sah ke tidak sebab tak tentu air wudhu' tu sampai ke tidak ke kulit so MJ pun dah mula buang make-up sikit demi sikit.

Naik form4..memang tak make-up langsung! Memang tinggal..

Mata yang dulu suka tonyoh celak dah kosong.. Yang ada hanyalah lingkaran gelap semulajadi bawah mata.. Hehehe..
Pipi yang asyik dok calit bedak dengan krim pun dah bersih dari tu semua.. Tinggal kulit asli je..
Blusher dengan eye shadow tu lagi wassalam la..
Muka nak berminyak ke apa ke..MJ dah tak berapa nak kisah sangat..

Asalkan MJ selalu cuci muka dengan facial cleanser yang biasa tu sahaja dah mencukupi.. Tak payah dah nak boh benda lain dekat muka..

Tapi..tadi..setelah sekian lama tak main dengan barang-barang make-up..tangan ni sangatlah gatal nak make-up.. So..MJ pun cubalah.. Cara dan skil yang sama digunakan..

Pakai krim dulu..
Sapu bedak compact..
Pakai blusher guna tangan..
Then..last sekali baru sapu celak..

Muka nampak sangat berbeza bila dimake-up.. Rasa macam pelik bila tengok muka putih semacam kat cermin tapi bantai je la.. Kemudian..MJ pun pergilah menyelesaikan beberapa urusan di luar..

Bila balik..MJ tengok semula muka MJ di cermin.. "Awat putih sangat?"

MJ buat cubaan yang seterusnya.. MJ tambah sedikit bedak dan pekatkan celak.. Dan..MJ perhatikan diri dalam cermin..




"Cantik je.."
"Putih sangatla.."
"Nampak ketara sangat yang aku ni pakai make-up.."
"Muka nampak tak real.."
"Macam opera cina.."

Dan last sekali....

"BURUK AH!!"

Muka cepat-cepat dicuci dan dilap.. Then..tengok semula pada cermin..

"This would be even better.."



Ya.. Natural itu lebih mudah.. Tak perlu nak ikut sesiapa.. Kita selesa dengan apa adanya kita.. MJ begitu.. Kalau dulu..nak sangat bermake-up make-up bagai..sekarang diri lagi selesa dengan muka yang tak sapu apa-apa..

It is me.. Selagi mana Baba dengan Mama tak kata muka MJ ni kritikal sangat so maknanya..muka MJ bukanlah buruk sangat pun..

Siapa kisah dengan muka kita?? Nak pandang atau tak..itu hak mereka.. MJ tak perlu nak make-up sebab menjadi diri sendiri itu lebih seronok.. Tak perlu fikir untuk kelihatan cantik depan orang kalau hati sendiri rasa rimas..

Lagipun..dalam Islam..kecantikan itu ada pada kesederhanaan..dan kebersihan.. Bagi mana-mana perempuan (yang sedang memikirkan cara terbaik untuk buat lelaki terpikat kepada mereka) di luar sana yang mungkin tersinggah di ruangan ni..MJ nak pesan sesuatu..

"Tak perlukan make-up untuk tarik perhatian seorang lelaki kerana lelaki yang ikhlas dan baik hanya akan mencintai kamu dengan melihat pada kecantikan asli dan keimanan dalam diri kamu.."

So..actually..it is up to you.. :)

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

12 Responses to Kecantikan.. It is Up to You..

ಠ_ಠ said...

dlu teringin gak ana nak nmpk cntik.. tpi bila fkir balik, klu dpt dh cantik tu, jadi apa? ya Allah.. lgi byk beban akn kna kt kita sbnrnya.. org laki minat, lgi byk mslh adela.. biarlah org nk kata hodoh ke hapa ke, aslkn diri selesa dan tahu.. apa yg Allah akan kata kt kita lgi bermakna..



jd konklusinya, hiasilah dgn pakaian TAQWA(takut, berhati-hati, ta'at akan ilahi), yg sebaik-baik pkaian.. beauty lies in the eyes of the beholder.. insyaAllah.. paling bermakna klu percaya akan janji-janiNya ;)

__saNg pEncAri CinTa__ said...

aLat maKe-up yg mNampakKan mUke kiTe suCi bersiH ialah wudu'..=)..hehe..kan3..??

Mimi Jazman said...

ಠ_ಠ ... tu la masalahnya.. btul kata RASULULLAH SAW.. pmpuan ni salah satu masalahnya ialah mereka sentiasa hendak menunjuk2 kecantikan pd org..

__saNg pEncAri CinTa__ ... akk egt sang pencari cinta yg sorg lg tu.. huhu.. awk ni.. hm.. wudhu' adalah the most perfect make-up.. :)

ಠ_ಠ said...

nak pujian je benornya = o=;; tapelah~ smga kita xmsk dlm glgn org mcm tu :)

sang pencari cinta said...

sang pencari cinta sorang lagi:

sucikanlah wajahmu sentiasa dengan wudhu', kerana dengan wajah itulah kamu akan berhadapan dengan Tuhan.

Mimi Jazman said...

ಠ_ಠ ... amin..

sang pencari cinta ... so..skrg ada dua orang sang pencari cinta di laman MJ.. :)

u really got to see her,zakiyah..

sang pencari cinta said...

I wish to do so, insyaAllah :)

__pEncAri caHayA keiManan__ said...

hehe..sy tukar name nnt..kang akq c0nfuse..n kpd sang pencari cinta yg lg satu uh,maaf..x berniat nk curi name..x sengaje..=)

Mimi Jazman said...

sang pencari cinta ... :)

__pEncAri caHayA keiManan__ ... :)

__pEncAri caHayA keiManan__ said...

haha.x der idea..wat loa name 2w..hehe..xsedap eh..?

Mimi Jazman said...

__pEncAri caHayA keiManan__ ... ok je la...

__pEncAri caHayA keiManan__ said...

ouh..ok..thanx..=)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.