3T.. Perkongsian 1

Salam.. Peringatan kedua buat hari ini..

Sekadar berkongsi apa yang MJ rasa patut dikongsi.. Lagipun..ramai je lagi orang yang tak tau pasal hal ni..

MJ terjumpa satu buku ni..tajuknya..3T..TAUBAT..TASBIH..TAHAJUD.. tulisan ZAINI ALI AKBAR..

Ayat dia bagus dan menyerap..

Baiklah.. Berikut adalah perkongsian pertama MJ mengenai kandungan buku ni.. Bagi sesiapa yang terjumpa buku ni dekat kedai buku..MJ sarankan supaya beli sebab INSYAALLAH..tak rugi kot kalau beli.. ^-^

Nabi Muhammad bertanya kepada iblis, "Siapakah orang yang paling engkau benci?"

Iblis menjawab, "Dirimu, wahai Muhammad."

Nabi muhammad kemudian bertanya, "Lalu siapa lagi?"

Iblis menjawab :

  • Pemuda muslim yang bertakwa dan mencurahkan waktu serta perhatiannya hanya kepada Allah.
  • Orang alim yang warak iaitu orang yang menjaga dirinya daripada hal-hal yang haram dan hal-hal yang subahat serta sentiasa bersabar.
  • Orang yang sentiasa menjaga kesuciannya daripada tiga jenis kotoran iaitu hadas besar, hadas kecil dan najis dengan berwuduk.
  • Orang fakir yang sentiasa bersabar iaitu mereka yang tidak mengeluh tentang kefakiran dan penderitaannya kepada orang lain selama tiga hari.
  • Orang kaya yang bersyukur iaitu orang yang mengambil kekayaan daripada apa yang dihalalkan Allah dan membelanjakan serta menyalurkannya sesuai dengan ketentuan-ketentuan syariat. 
(Hadis laporan Muadz bin Jabbal daripada Ibnu Abbas)

Ikut hati nak je tulis banyak lagi..tapi..MJ ada sebab tersendiri untuk tidak berbuat demikian. Jadi..INSYAALLAH..kalau ada rezeki..MJ akan kongsi banyak lagi benda-benda bermanfaat yang MJ jumpa dalam buku ni..


Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to 3T.. Perkongsian 1

..kHAuLaH aL-aZwar.. said...

ouh..bku neyh..may i borrow this bo0k..?

Mimi Jazman said...

..kHAuLaH aL-aZwar.. insyaallah.. tp dgn syarat..awk pnjamkan akk buku u-turn awk tu..

__pEncAri caHayA keiManan__ said...

ouh..buku 2w MPI punye...but i can borrow the b0ok f0r y0u..=D

Mimi Jazman said...

u know my answer.. :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.