Archive for November 2011

Kecantikan.. It is Up to You..

Salam..



Hari ini mari berbicara tentang kecantikan.. Bukan nak puji sesiapa tapi ini cerita sendiri..

Kecantikan itu datangnya dari Allah Yang Maha Menciptakan.. Kita semua diciptakan dengan ukuran kecantikan tersendiri..

Walaupun kita tak setinggi model..kita masih kelihatan cantik..
Walaupun hidung kita kemek atau kembang sedikit..ada orang berpendapat hidung kita comel..
Walaupun rambut kita kerinting..orang Malaysia memang tak gemar sangat tapi mat saleh suka apa..
Hehe..

Conclusionnya..kita tetap cantik walaupun kita tiada ciri-ciri seorang model.. Kita cantik dengan ukuran kecantikan masing-masing..

Kenapa MJ boleh bercerita tentang bab cantik ni??

Heee..



Sebenarnya..dulu masa MJ form1 form2 dulu..MJ sangat suka make-up.. Betul..! MJ gemar make-up.. MJ suka pakai blusher..celak..eye shadow dan sebagainya.. Sapa ajar?? Entahlah.. Datang dari sendiri..

Bila tengok adik MJ yang tersayang..MJ akui MJ cemburu sebab dia memang cantik.. Kulit dia putih bersih..licin.. Tak gelap..dan tak ada jerawat.. While me..MJ tak ada kulit sehebat tu.. Kulit MJ agak gelap dan sangat-sangat tak licin..

Sebab tu la..MJ mula pakai make-up.. Kononnya..nak bagi setanding dengan adik.. Haha!!

Tapi..masa masuk form3 dah jarang pakai make-up sebab sibuk sangat sampai tak ada masa nak peduli dengan tu semua.. Lagipun..MJ fikir jugak..nak solat dengan make-up ni tak tentu lagi sah ke tidak sebab tak tentu air wudhu' tu sampai ke tidak ke kulit so MJ pun dah mula buang make-up sikit demi sikit.

Naik form4..memang tak make-up langsung! Memang tinggal..

Mata yang dulu suka tonyoh celak dah kosong.. Yang ada hanyalah lingkaran gelap semulajadi bawah mata.. Hehehe..
Pipi yang asyik dok calit bedak dengan krim pun dah bersih dari tu semua.. Tinggal kulit asli je..
Blusher dengan eye shadow tu lagi wassalam la..
Muka nak berminyak ke apa ke..MJ dah tak berapa nak kisah sangat..

Asalkan MJ selalu cuci muka dengan facial cleanser yang biasa tu sahaja dah mencukupi.. Tak payah dah nak boh benda lain dekat muka..

Tapi..tadi..setelah sekian lama tak main dengan barang-barang make-up..tangan ni sangatlah gatal nak make-up.. So..MJ pun cubalah.. Cara dan skil yang sama digunakan..

Pakai krim dulu..
Sapu bedak compact..
Pakai blusher guna tangan..
Then..last sekali baru sapu celak..

Muka nampak sangat berbeza bila dimake-up.. Rasa macam pelik bila tengok muka putih semacam kat cermin tapi bantai je la.. Kemudian..MJ pun pergilah menyelesaikan beberapa urusan di luar..

Bila balik..MJ tengok semula muka MJ di cermin.. "Awat putih sangat?"

MJ buat cubaan yang seterusnya.. MJ tambah sedikit bedak dan pekatkan celak.. Dan..MJ perhatikan diri dalam cermin..




"Cantik je.."
"Putih sangatla.."
"Nampak ketara sangat yang aku ni pakai make-up.."
"Muka nampak tak real.."
"Macam opera cina.."

Dan last sekali....

"BURUK AH!!"

Muka cepat-cepat dicuci dan dilap.. Then..tengok semula pada cermin..

"This would be even better.."



Ya.. Natural itu lebih mudah.. Tak perlu nak ikut sesiapa.. Kita selesa dengan apa adanya kita.. MJ begitu.. Kalau dulu..nak sangat bermake-up make-up bagai..sekarang diri lagi selesa dengan muka yang tak sapu apa-apa..

It is me.. Selagi mana Baba dengan Mama tak kata muka MJ ni kritikal sangat so maknanya..muka MJ bukanlah buruk sangat pun..

Siapa kisah dengan muka kita?? Nak pandang atau tak..itu hak mereka.. MJ tak perlu nak make-up sebab menjadi diri sendiri itu lebih seronok.. Tak perlu fikir untuk kelihatan cantik depan orang kalau hati sendiri rasa rimas..

Lagipun..dalam Islam..kecantikan itu ada pada kesederhanaan..dan kebersihan.. Bagi mana-mana perempuan (yang sedang memikirkan cara terbaik untuk buat lelaki terpikat kepada mereka) di luar sana yang mungkin tersinggah di ruangan ni..MJ nak pesan sesuatu..

"Tak perlukan make-up untuk tarik perhatian seorang lelaki kerana lelaki yang ikhlas dan baik hanya akan mencintai kamu dengan melihat pada kecantikan asli dan keimanan dalam diri kamu.."

So..actually..it is up to you.. :)

Posted in | 12 Comments

Dua Kem..

Salam..

Tarik nafas dan lepas.. Perlahan-lahan.. Tangan mula menari di atas keyboard.. (mengikut skema sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu).

Apa cerita terbaru? Sang Pencari Cinta dah mula bersoal. Katanya, dia mahu tahu kisah hidup MJ. Katanya, kisah MJ penting untuknya.

Banyak benda yang dah berlaku sebenarnya. Sebelum bearkhirnya cuti sekolah ni, MJ dah sertai DUA kem yang huh...........sangat memenatkan!!

Yet..terlalu banyak pengalaman yang MJ kutip..



Kem pertama ialah..BENGKEL PERANCANGAN ORGANISASI.. (BPO)

well..ini untuk BADAR..

alhamdulillah..di sini..MJ belajar mengenali ahli-ahli kepimpinan yang lain yang selama ni memang MJ tak rapat and tak kenal sangat. Belajar untuk menerima tekanan and think creative.. Itu yang penting.. MJ sangat suka camp ni sebab tak banyak sangat pressure dan semua programnya menyeronokkan dan sistematik.



Kem kedua ialah..NADWAH KEPIMPINAN..

ini pulak kem pengawas..

bolehlah tahan tapi banyak sangat pressure dan kali ni..pressurenya bukan setakat pada mental tapi juga pada fizikal dan emosi..

sejujurnya..tekanan mental tu tak berapa terasa sangat sebab tak perlu banyak fikir macam dalam BPO.. fizikal pun ok je.. alhamdulillah.. MJ sangat sihat dalam melalui semua outdoor activities dan sangat bersemangat jugak.. tapi bab EMOSI..MJ tak sangka MJ FAILED!!



Memang tak sangka sebab selama ni..ingatkan diri dah ada ketahanan.. Rupa-rupanya..masih lagi gagal.. MJ ingat..bila MJ dah jadi spesies ala-ala kering tak berperasaan ni..MJ akan jadi lebih kuat..

Memang hampeh betullah sebab MJ menangis dan naik darah.. Bab naik darah tu perkara biasa.. MJ memang cepat sikit sensitif tapi biasanya MJ mudah lupa.. MJ marah then 10 minit lepas tu confirm lupa..

Tapi kem kali ni lain benar.. MJ marah dan MJ boleh rasa getaran marah tu sampai sekarang.. Melampau kan??

Menangis tu yang buat MJ paling rasa nak marah sekali tu.. Ade ke pergi kem tiba-tiba nangis sebab kena pressure emosi.. For me..benda tu agak melampau.. MJ sepatutnya tak boleh menangis sampai macam tu..



Dalam hati berdetik..MJ masih di situ.. Hati MJ masih belum berubah sepenuhnya.. MJ masih tak kuat untuk serahkan segalanya hanya padaNya.. MJ tak kuatkan hati dengan bertawakal hanya kepadaNya.. MJ terlupa dan MJ biarkan syaitan menguasai hati yang sedang marah.. MJ ini masih MJ yang dulu.. MJ yang tak boleh lupa akan masa silam yang pahit..

Well.. Buang yang keruh ambil yang jernih..

Hidup..sesusah mana pun ia.. TO DIE IS HARDER..

Jadi..belajarlah.. Kita kena bijak kawal diri dan emosi.. Jangan tewas..

Orang yang hatinya hanya untuk Sang Pencipta t a k k a n m e n a n g i s kerana teringatkan masa silam dan marah.. Orang yang hatinya hanya untuk Sang Pencipta hanya m e n a n g i s kerana takutkan azabNya.. 



Posted in , , | 4 Comments

Ceria Selalu!! :)

Banyak cerita nak cerita tapi hati tak tahu nak mula dengan yang mana satu.. Buat masa sekarang..MJ lebih senang berdiam sekejap.. Ada beberapa orang kawan yang baik hati bertanya kenapa lama berdiam..er.. 


Sebenarnya..internet dan jiwa sama-sama problem jadi izinkan MJ ambil ruang sedikit.. :) 

Ceria selalu!! :) 


Posted in | 2 Comments

Semua orang tengah sibuk nak beraya.. Bersiap itu ini.. MJ pula dengan senang dan lapang hatinya menatap blog ni.. Honestly.. tak tau nak buat apa..

Jadi..di sini..MJ ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat seluruh umat ISLAM yang membaca blog ni..

Moga raya kali ini menyuntik hati kita dengan rasa ingin berkorban yang lebih besar di jalanNya..

5 Comments

3T.. Perkongsian 1

Salam.. Peringatan kedua buat hari ini..

Sekadar berkongsi apa yang MJ rasa patut dikongsi.. Lagipun..ramai je lagi orang yang tak tau pasal hal ni..

MJ terjumpa satu buku ni..tajuknya..3T..TAUBAT..TASBIH..TAHAJUD.. tulisan ZAINI ALI AKBAR..

Ayat dia bagus dan menyerap..

Baiklah.. Berikut adalah perkongsian pertama MJ mengenai kandungan buku ni.. Bagi sesiapa yang terjumpa buku ni dekat kedai buku..MJ sarankan supaya beli sebab INSYAALLAH..tak rugi kot kalau beli.. ^-^

Nabi Muhammad bertanya kepada iblis, "Siapakah orang yang paling engkau benci?"

Iblis menjawab, "Dirimu, wahai Muhammad."

Nabi muhammad kemudian bertanya, "Lalu siapa lagi?"

Iblis menjawab :

  • Pemuda muslim yang bertakwa dan mencurahkan waktu serta perhatiannya hanya kepada Allah.
  • Orang alim yang warak iaitu orang yang menjaga dirinya daripada hal-hal yang haram dan hal-hal yang subahat serta sentiasa bersabar.
  • Orang yang sentiasa menjaga kesuciannya daripada tiga jenis kotoran iaitu hadas besar, hadas kecil dan najis dengan berwuduk.
  • Orang fakir yang sentiasa bersabar iaitu mereka yang tidak mengeluh tentang kefakiran dan penderitaannya kepada orang lain selama tiga hari.
  • Orang kaya yang bersyukur iaitu orang yang mengambil kekayaan daripada apa yang dihalalkan Allah dan membelanjakan serta menyalurkannya sesuai dengan ketentuan-ketentuan syariat. 
(Hadis laporan Muadz bin Jabbal daripada Ibnu Abbas)

Ikut hati nak je tulis banyak lagi..tapi..MJ ada sebab tersendiri untuk tidak berbuat demikian. Jadi..INSYAALLAH..kalau ada rezeki..MJ akan kongsi banyak lagi benda-benda bermanfaat yang MJ jumpa dalam buku ni..


Posted in | 4 Comments

[41:34-35]

Salam..

Esok dah nak raya.. Alhamdulillah.. Dapat lagi merasa hari raya haji untuk tahun ini.. Alhamdulillah.. Umur masih dipanjangkan..

Hari ni..hati menyanyi riang.. Walau tengah bekerja keras di dapur.. Kerana..teringatkan janji Allah..

The good deed and the evil deed are not alike. Repel the evil deed with one which is better, then lo! he, between whom and thee there was enmity (will become) as though he was a bosom friend. (34) But none is granted it save those who are steadfast, and none is granted it save the owner of great happiness. (35)
 
[41:34-35] 

*maaflah sebab jumpa translation english aje.. huhu.. kalau tak faham boleh bukak tafsir Al-Quran surah Al-Fusillat ayat 34-35.. Maafla.. Mj nak cepat.. 

Jazakumullah.. :)

Posted in , | Leave a comment

Intention without Action is Useless..

Michael Jackson is brilliant...


Green Day is spectacular...


Taylor Swift is sweet... 


Zivilia is nice...


Boys Like Girls is better than one...


High School Musical is great... 



Beyonce is beautiful... 


Miley Cyrus is superb...



Bruno Mars is wonderful... 


Camp Rock is rock...


yet it never helps me with my IMAN...so now.. I put it aside.. and choose...


Memang tak salah dengar yang lain-lain tu.. Bukan tak boleh dengar langsung.. Cuma..lagu-lagu lain tu tak banyak yang membantu untuk meningkatkan keimanan diri kita.. So.. berubah untuk kebaikan itu tak salah... 

You cannot change anything in your life with intention alone, which can become a watered-down, occasional hope that you'll get to tomorrow. Intention without action is useless.
















Posted in , , , , | 5 Comments

Is It So Strange??

I’ve seen photographers get on their knees to capture an angle...



And painters lay on their backs to cover their canvas...



A lover gets on one knee with ring and heart in hand...



and farmers bow their backs as they tilth the land...



so why is it then considered so strange, for a man to fall in prostration in view plain, of all, in the middle of that street you know … Is he not an artist, or a lover, with seeds to sow?



*credit to my beloved Pak Zaid.. :) Jazakallah Pak Zaid.. 

Posted in , , | 2 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.