Dah Nak Exam...

Salam.. Selamat pagi pada sekalian hamba Allah yang berjaya membaca di pagi hari.

10/10 semakin mendekati. Persiapan haru rapi. Semua dalam keadaan cemas dan gelisah.

Mata Maisarah dah bengkak.

Nurin dan Arif pula baru sahaja pulih dari demam.

Hazimah hari tu balik rumah sebab sakit kepala.

Syaqira pulak batuk keras.

Ainur sakit tak berhenti.

Nabihah dan Aten pula dah tak tersenyum.

Sera dan Ajime pula berkejar ke sana sini selaku KU,letih jiwa hanya mereka yang tahu.

Yang mengamuk dan naik hangin tak tentu pasala pun ada jugak,MJ lah tu. Biasalah..Tak pandai kawal diri.

Yang bertenang,relax gaya tak ada apa yang bakal jadi pun ada jugak. Azeeb,Uzaid dan Farid relax je. Tak tension-tension,tak sakit-sakit,tak marah-marah pun.

Hehehe..

Cikgu semua dah kalut.

Nak habiskan silibus,dalam masa yang sama nak revision untuk sumatif.

Mulalah kelas tambahan.

Mulalah mencilup masa sana-sini.

Setiap petang ada kelas tambahan.

Huh..Ini memang fenomena belajar di SHAMS. Dah nak exam,satu sekolah macam dilanda demam. Asyik cakap pasal exam je,gaye tak de bende lain nak diceritakan.

Tapi..kali ini examnya bukan macam exam-exam sebelum ni.

Atiffah Zawani - straight A's untuk exam hari tu.
Syazwina Najwa - 8 A untuk ujian hari tu.
Ariffudin - 8 A

Huh.. MJ yang budak sederhana ni,dah macam jauh ketinggalan kat belakang.

Kalau saingan ujian dah macam ni,saingan exam macam mana pulak?

Kalau dapat result yang tak memberansangkan,mestilah sedih.

Kadang-kadang stres jugak sebab budak SHAMS pandai-pandai dan MJ pula in the medium level.

Aduh!!

Tapi kena tetap berusaha,tak boleh putus asa. Ini hidup,kita kena mencuba.

Tak pa..

INSYAALLAH.. mohon pertolongan dariNya..hanya dariNya.. Nescaya kamu tidak akan dipersiakan.

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Dah Nak Exam...

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.