Archive for August 2011

Already arrived in Sungai Petani,Kedah Darul Aman..

Selamat mencari lailatul qadr semua!!!

Posted in | 4 Comments

HOT HOT HOT... cepat baca.. :)

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."
Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini. "Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan  serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia  datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa  yang tak kelabu tengok duit merah, biru  berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr.  Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.
"Hoi  budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.

Budak  itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah  ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak  menjawab. Belum sempat,tiba- tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam  berjalur biru.

"Assalamualaikum. ...Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."

Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya  di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun  egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ? " Ni duit lima ratus.  Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita  selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan  ? " tanyanya angkuh.

"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun  duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu  dengan tenang. "Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak  tanya sikit, kenapa pakcik pakai  pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.

Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang  salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin.  Kasutnya hitam berkilat daripada jenis  Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia  yang kolot, dia yang ketinggalan zaman. "Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara  ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja  yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara  Islam seperti darul Taqwa."
 
Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa  dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada. "Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai  Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya  Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak  Datuk Dr. Johar.
"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi  kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..." Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang  pegawai penguatkuasa.

"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di  dunia sebelum saya  di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di  mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di  tepi-tepi jalan : 


"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia  merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"
Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia  pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya  tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."

"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki  dipisahkan daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai  yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam  ni!". Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu  adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir  Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila  masuk ke sana. Di sana  ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah  komunis sekalipun tak macam ni..."

"Masya-Allah  pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran  sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang  berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah. ..." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk  Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam  pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya?", 
"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.

Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat  orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian!  Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan.

Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang  diri bagai kera sumbang.
" Ya Allah, apa musibah yang  menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar  seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja

Bersambung...

[+] maaf.. bukan MJ yang tulis. MJ amek dari satu website.. kalau nak tau ending dia macam mana,klik sini.

^_^

Posted in | 5 Comments

Nak Score??


NAK SCORE DALAM SPM??????

RASA SUSAH??? 

YUP.. MEMANG SUSAH..TAPI..ADA CARANYA.. 

SELAMAT MEMBACA.. :) 

Posted in | 2 Comments

Announcement...

Ok.. Haritu..MJ ada sebut tentang fadhilat2 pergi tarawih kan??

Ok.. Sebenarnya..haritu..ustaz MJ dah cakap yang sebenarnya,fadhilat2 tu dtg dr hadith yg dhaif (hadis yang lemah).

Tp..MJ terlupa nak bagitau kat sini..

Then,adalah sorang hamba Allah ni,tegur MJ.. dan dia adalah seorang lg MJ.. jazakallah..

So..dengan ini,MJ mintak maaf banyak2 sebab siarkan fadhilat2 tarawih tu tanpa selidik... Maaf...

Posted in | 2 Comments

Pemergian...

Sejak kebelakangan ni,MJ selalu sangat dengar tentang kematian orang di sekeliling. Ada yang sudah dijangka,ada yang langsung tidak dijangka. Namun,haruslah diingati bahawa kematian itu tidak pernah mustahil bagi sesiapapun. Sesiapa juga boleh meninggalkan dunia yang mewah ini dalam sekelip mata.
*begitu juga kalian yang membaca dan MJ yang menulis.


  • Tok Ali
Seorang hamba Allah yang MJ baru kenal beberapa tahun yang lalu. Sangatlah baik hati,pemurah dan peramah orangnya. Dia ni sangat sayangkan Baba sebab Baba pernah tinggal dengan dia dulu. Alhamdulillah.. Mereka hidup dalam syariat,sesuatu yang MJ sangat kagumi dan puji. Melangkah je masuk ke rumah dia,MJ rasa sangat tenang walaupun rumahnya tidak terlalu besar. 

Meninggal beberapa hari sebelum Ramadhan,pemergiannya mengejutkan sebab sebelum ni,semua orang tahu Tok Ali tak ada sebarang penyakit. Walaubagaimanapun,Allah lebih mengetahui takdir hambaNya dan siapalah kita untuk menafikan kematian seseorang. 

  • Tok Lang
MJ baru jumpa dia dua bulan lepas,rasanya. Kematian Tok Lang memang ada banyak kisah di sebaliknya dan MJ sendiri terasa sedih dengan kisah-kisah pemergian Tok Lang. 

Tok Lang memangbaik. Dia suka Baba. Mama pun rapat dengan Tok Lang. Memang sebelum ni,kami dah tahu yang Tok Lang dah sakit teruk sejak balik dari KL haritu. Pemergiannya tidaklah begitu mengejutkan walaupun sebenarnya,tidak disangka secepat itu dia pergi meninggalkan kami. 

  • Nur Diyana Fatihah
Sebaya dengan adik MJ,13 tahun. Masih muda. Apa yang MJ ingat tentang budak ni adalah dia seorang yang sangat ceria,baik hati dan peramah. Dia dengan adik bestfriend masa diorang sekolah rendah. 

Baru berusia 13 tahun,sudah dijemput menghadap Illahi. MJ tak tahu banyak cerita tentang dia. Kalau nak tahu lebih lanjut,klik sini.

  • Mak Saudara GB
MJ memang tak kenal siapa mak saudara GB ni. Cuma,MJ baru sahaja buka blog GB dan dia menceritakan tentang mak saudaranya yang baru sahaja meninggal. Nak tahu lebih lanjut,klik sini


Kematian itu pasti. Bersedia atau tidak,soal semula pada diri kita. Barakallah alaikum..

Posted in | Leave a comment

Wa.. Sejak kebelakangan ni,ramai pulak yang rajin menyinggah di sini dan memberi komen.. hehehe.. Terima kasih bagi mereka yang sangat sudi membaca dan meninggalkan komen di sini.. JAZAKILLAH..

Tiba-tiba terasa bersemangat nak selalu update blog.

Ye.. Memang ada benda nak cerita pun.

Tudung pengawas dan baju pengawas MJ tak sama colour. Memang kalau MJ pakai pergi sekolah,orang ramai akan pandang-pandang MJ sebab baju dengan tudung pengawas MJ memang tak masuk. huhuhu..

Posted in | 4 Comments

Bukan MJ...

Di usia ini,logiknya seorang gadis remaja itu akan mula memasang ayat bunga-bunga yang menggambarkan lembutnya hati dia. 


Cerita romantis,kisah cinta dua kekasih pasti ingin ditonton gadis seusia kami,itu kebiasaannya. 

Lagu cinta yang menggamit perasaan juga pasti seronok dihayati gadis seusia MJ. Biasanya begitulah.

Novel cinta yang best mesti nak beli.

Tapi.........................................................................................

Sejak kebelakangan ni,jiwa MJ macam dah kering semacam je. Dah macam geli pun ada dengan cerita-cerita romantis tu. Tak tau la kenapa. 

Dulu,ayat bunga-bunga ade jugaklah publish kat sini tapi sekarang...hm.. simpan kat diri sendiri je la.

Movie cinta memang MJ tak tengok. Cerita bollywood pun dah lama tak tengok. 

Lagu cinta?? Huh... Macam tak masuk dengan jiwa je.. 

Novel cinta lagi la tak baca. Tak berkehendak pulak tu. Dulu,layanlah jugak. Sekarang,tak langsung. Baca Bahruddin Bekri je memanjang. Hehehe..

Kenapa?? MJ rasa MJ tahu jawapannya tapi simpan kat diri sendiri je la.. :) 

Apapun,MJ bersyukur Allah lindungi MJ dari perasaan-perasaan tu semua (walaupun dulu dah pernah kena) dan harapnya,selepas Ramadhan ni,jiwa MJ lebih terlindung dari perasaan-perasaan yang tak sepatutnya tu. 

[+] Disebabkan jiwa dah tak romantis,jiwa menulis pun makin lama makin berkurang.. Anyway,pergi tarawih tak malam ni?? 

Posted in | 4 Comments

Dia... Kawan Saya...

MJ kenal dia sejak kami di sekolah rendah lagi. Comel dan bijak orangnya tapi sangatlah pendiam apabila berhadapan dengan orang yang tidak dikenalinya. Seorang yang sangat merendah diri dan baik. Sentiasa mempunyai kesedaran dalam menjalani kehidupan dan sampai sekarang,MJ masih mengaguminya.

Bahasa Melayu dia memang tak sebaik Bahasa Inggerisnya jadi mungkin itulah sebabnya dia menulis blognya dalam Bahasa Inggeris. Dan apapun,MJ tetap suka sebab apa yang dia tulis tu kadang-kadang terkena dekat batang hidung MJ sendiri. Jadi,selamat berkongsi!!!

http://sshhhhh.blogspot.com/

Barakallah fi kum..

Posted in | 4 Comments

Bila Paderi Terpaksa Membuka Rahsia





Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musayaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahaldan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.


ALLAHUAKBAR!

Posted in | Leave a comment

Cubalah...

Bulan ini bulan rahmat 
Jangan dipersiakan walau sesaat 
Sebarkan salam dan senyum serta dakwah tak kira masa 
Biar letih badan,sakit sedikit tak apa 
Moga saham di akhirat..bertambah tinggi.. 

Cuba habiskan Quran 30 juzuk
Cuba hadirkan diri setiap malam ke surau
Tunaikan tarawih tanpa tertinggal
Bersederhana dalam berbuka
Mengucap zikir sepanjang masa
Hanya DIA..di jiwa dan minda.. 


Bukan RAYA yang perlu dirai
Hari ini,bulan ini
Lebih berhak mendapat sambutan hangat jiwa muslim sekaliannya

Belum pasti
Mungkin ini Ramadhan saya dan kamu
Yang terakhir

Cubalah...untuk bertemu dengan malam seribu bulan itu.. 

Posted in | 2 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.