Pahit tapi Manis

hari ni dalam sejarah,bila MJ nak buat baik,orang gelak plus sindir and pandang semacam. hm.. apa kes?


malas nak buat kecoh sebab hati dah bulatkan niat,tahun ni,tahun transformasi. hati perlu kuat dan kental. peduli apa orang cakap. selagi MJ berada di jalan yang betul,MJ takkan berpaling lagi dah. MJ perlu untuk dekat dengan Dia. Dia lebih berhak ke atas setiap manusia termasuk MJ sendiri. 

hari ni,MJ cuba kuatkan hati,terima kenyataan hidup ni memang macam ni. jap atas jap bawah. tanpa atas bawah..kita hanya boleh duduk dekat kiri dan kanan,terumbang-ambing semacam. 

tak tahu kenapa,entri MJ makin lama,makin tak boleh nak dihadam. tulisan karut marut.. lopak sana sini.. lubang selerak.. 

tatabahasa dah macam hilang. ni gambaran jiwa manusia yang..........entahlah.. 

nak bercerita?? hm.. entahlah sejak kebelakangan ni,malas benar nak bercerita. bukan kat sini je,kat mama dengan baba pun MJ diam macam tak ada apa-apa berlaku kat sekolah sedangkan banyak betul pengalaman yang boleh diceritakan. 

hati anak remaja,memanglah macam tak stabil lagi. 

nak menulis tapi rasa otak macam dah tepu. 

rasa nak membakar je malam ni,nak mengamuk pun ada tapi kena ingat Tuhan,Dia ada. jangan buat peraturan sendiri. jalan pun asyik nak terjatuh,ada hati nak buat peraturan sendiri? manusia buat peraturan sendiri,sebenarnya boleh hidup ke? 

MJ dulu pun cam tu jugak. mencari hal dan pasal aje kerjanya. hidup buat macam lukisan. buat peraturan sendiri,sampai tak reti beza mana satu hak,mana satu batil. tapi..manusia perlu berhijrah kan?? 

tu la yang MJ tengah cuba buat sekarang. 

"kita cuma ada dua pilihan. samada SYAHID atau MENANG. pilihlah yang mana satu,kedua-duanya pahit tapi manis."

Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Pahit tapi Manis

ಠ_ಠ said...

break a leg, MJ. in this stage where your the lead, and their the actors. HE's the director, may you succeed in here&hereafter :)

Mimi Jazman said...

ಠ_ಠ... jazakillah ukhti..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.