Mission Sebelum Ramadhan...

Menyambut kedatangan Ramadhan,jadi MJ bercadang hendak tukar background music untuk blog ni. Memanglah lagu Maher Zain tu tak jadi masalah pun tapi untuk menghidupkan Ramadhan,apa salahnya kalau kita pasang lagu-lagu nasyid yang dikhususkan untuk bulan Ramadhan pulak.

Menyambut kedatangan Ramadhan jugak,tadi kami sekeluarga pergi membeli-belah baju raya di Nilai 3. Alhamdulillah.. Semuanya dah pun selesai.

Tahun ni,temanya purple. Memang comellah! Hehehe..

Mission cari baju raya ni start pukul 3 sampailah pukul 7 malam. Alhamdulillah.. MJ dan adik tak bercadang nak melaram lebih tahun ni jadi kami beli baju yang biasa-biasa sahaja.

Yang kontra sikit,adik beli handbag baru. Baju raya colour ungu gelap,handbag colour kuning. Hehehe.. Tapi,adik tu..no hal. Pakai apa-apa pun nampak lawa.

Esok pulak,kami akan mulakan mission beli kasut raya pulak. Yey..... Hehehe.. Biasalah,setahun sekali je beli kasut.

Niat shopping awal-awal ni bukannya apa,bersebab sebenarnya. Biasalah,kalau dah shopping bulan Ramadhan,nanti solat pun lewat lepas tu,penat. Tilawah pun nanti mesti berselerak.

Macam tahun lepas,hujung-hujung bulan Ramadhan, baru nak beli tudung then,Al-Quran tinggal lagi dua juzuk tak habis.

Jadi,tahun ni,MJ sudah bersedia untuk khatam Al-Quran. Insyaallah..

Bersama kita menuju rahmat Ramadhan..

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.