Kita Pilih yang Kedua...

Bukan nak mengata jauh sekali mengutuk dan menghina + maki / carut-marut yang sekadar mendatangkan dosa tu.

Ini sekadar renungan buat kita semua.

Kadang-kadang,terfikirkah kita yang kita ni sangat banyak membuang masa. Jangan cakap orang lain,MJ pun sama je. Kalau renung balik sehari tu,entah apa yang dibuat pun tak tau.

Golongan 40an ke atas....

Antara MAJLIS TILAWAH AL-QURAN dengan PENTAS KILAUAN EMAS,kita lagi suka pilih yang kedua tu.

Antara IMAM MUDA dengan AKADEMI FANTASIA,kita pilih yang kedua.

Antara LAW KA NA BAINANA dengan MARI MENARI FINAL malam ni,kita tetap pilih yang kedua.

Antara TV AL-HIJRAH dengan ASTRO RIA,kita lagi suka yang kedua.

Hakikatnya,kita memang suka yang kedua dan bukan yang pertama. Bukan kata sesiapa,diri sendiri pun lebih kurang sama.  

Golongan remaja yang seusia dengan MJ....

Antara IMAM MUDA HASSAN dengan KIM HYUN JOONG,kita suka yang kedua.

Antara CITY SISTERS dengan PLAYFUL KISS,kita lagi suka yang no dua.

Antara MAHER ZAIN dengan K-POP,kita pilih no dua.

Antara ILUVISLAM dengan FACEBOOK,kita pilih yang kedua.

Antara ZAID AKHTAR dengan ANIS AYUNI,kita lagi suka yang kedua.

Antara TUDUNG BULAT LABUH dengan SHAWL,kita suka yang kedua.


MJ tak cakap kosong. MJ berada dalam khalayak manusia. MJ mendengar dan melihat. Tak nak kritik sesiapa sebab.....MJ pun kadang-kadang tak pilih yang pertama.

Moga ALLAH melindungi kita.. aminn..

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Kita Pilih yang Kedua...

gadisBunga said...

ini pilihan GB:

tilawah AQ, AF, al-Hijrah (siyes channel ni best), imam muda hassan, maher zain, facebook, shawl.

bukan semua yg kedua dan bukan semua pertama.

manusia.

Anonymous said...

entah byk jer jawapan cik anon yg no 1 ... bkn nak membongkak ke hape kan ? kenyataan ! XD

Mimi Jazman said...

GB and cik anon..TAHNIAH!! MJ pun xbnyk pilih yg pertama..tp..MJ x pilih yg kedua jgak.. hehehe..

MJ pilih dr.asri..
MJ pilih oprah winfrey..
MJ pilih lagu2 yg bleh motivate..
MJ pilih blogspot..
MJ pilih hlovate..
MJ pilih tudung bidang 60..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.