Archive for July 2011

Malam Ini...



Kehadirannya semakin menghampiri. Tidak sampai 12 jam lagi,dia bakal muncul..Insyaallah..

Ramadhan..kunantikan kemunculanmu itu..

Posted in | Leave a comment

Selingan..

Manusia memang cepat lupa. Percayalah...

MJ pun cepat lupa pasti kalian pun cepat lupa.

Cepat lupa yang orang pernah buat baik kat kita..

Posted in | 3 Comments

Mission Sebelum Ramadhan...

Menyambut kedatangan Ramadhan,jadi MJ bercadang hendak tukar background music untuk blog ni. Memanglah lagu Maher Zain tu tak jadi masalah pun tapi untuk menghidupkan Ramadhan,apa salahnya kalau kita pasang lagu-lagu nasyid yang dikhususkan untuk bulan Ramadhan pulak.

Menyambut kedatangan Ramadhan jugak,tadi kami sekeluarga pergi membeli-belah baju raya di Nilai 3. Alhamdulillah.. Semuanya dah pun selesai.

Tahun ni,temanya purple. Memang comellah! Hehehe..

Mission cari baju raya ni start pukul 3 sampailah pukul 7 malam. Alhamdulillah.. MJ dan adik tak bercadang nak melaram lebih tahun ni jadi kami beli baju yang biasa-biasa sahaja.

Yang kontra sikit,adik beli handbag baru. Baju raya colour ungu gelap,handbag colour kuning. Hehehe.. Tapi,adik tu..no hal. Pakai apa-apa pun nampak lawa.

Esok pulak,kami akan mulakan mission beli kasut raya pulak. Yey..... Hehehe.. Biasalah,setahun sekali je beli kasut.

Niat shopping awal-awal ni bukannya apa,bersebab sebenarnya. Biasalah,kalau dah shopping bulan Ramadhan,nanti solat pun lewat lepas tu,penat. Tilawah pun nanti mesti berselerak.

Macam tahun lepas,hujung-hujung bulan Ramadhan, baru nak beli tudung then,Al-Quran tinggal lagi dua juzuk tak habis.

Jadi,tahun ni,MJ sudah bersedia untuk khatam Al-Quran. Insyaallah..

Bersama kita menuju rahmat Ramadhan..

Posted in | Leave a comment

Lagi Sekali...

badan sudah terasa panas-panas lagi..

entah kenapa..sejak kebelakangan ni..badan asyik rasa tak sihat..

ALLAHUAKBAR..

doakan MJ cepat sembuh..

:-)

Posted in | 2 Comments

Yang ke-301......



wa... hebat.. ini sudah pun mencapai entri yg ke 301..

nak cerita apa?? hm... isu semasa yang paling hampir dengan kita sekarang apa??

ahah!!! RAMADHAN.. ini adalah fenomena terbesar setiap tahun.

bagi kalian pula macam mana?? adakah RAMADHAN merupakan EVENT terbesar dalam hidup?

bagi MJ.....................................
sebelum ni,kehadiran RAMADHAN tidak begitu terasa sangat. betul.. tak tipu.. jujur ni.. sebelum ni,tak ada azam pun nak hadapai RAMADHAN..

tapi..entah kenapa,tahun ni,RAMADHAN terasa sangatlah dinantikan oleh MJ.. betul.. RAMADHAN kali ini terasa seperti berbeza dari yang sebelumnya.

jom buat AZAM untuk bulan RAMADHAN.. tak perlu besar-besar. kecik pun dah cukup. takut nanti,kalau besar sangat,terMUNAFIK diri pulak.

tahun ni,MJ nak cuba khatam AL-QURAN walaupun sekali. selalunya RAMADHAN sebelum ni,MJ akan tertinggal 2 juzuk.. hm.. sikit je lagi tapi nafsu menjadi raja pulak.. hm...

so..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..

Posted in , | 3 Comments

Perkembangan Terbaru



kehabisan suara. tinggal sisa sengau-sengau aje kat dalam tekak ni. hehehe..

baru habis test. (hari tu ja baru habis exam. minggu ni dah ada test. aduh.......)
tp..kira ok la jugak since tak buat bulan puasa. kalau tak nanti,mengadap buku je keja. AL-QURAN entah ke mana-mana (maklumlah..last minute study.)

hari ni..paper CHEMIST dan ADD MATHS juga BM.. BM tu ok je.. tak de la problem sangat.. ADD MATHS pun ALHAMDULILLAH..not bad. kira ok jugakla. at least,tak adalah teruk macam hari tu. CHEMIST je yang macam merana sikit. almaklumlah,jadual besar tak hafal. (jadual besar tu..jadual yang kat atas ni ha..)

Ustazah SHARIFAH cakap,SYARIAH MJ dapat 75% je. tak adalah bagus macam hari tu. tapi,tu kira bagus jugak bagi MJ sebab ustazah kata ada yang tak lulus. GULP!

4 paper sehari... boleh tahan jugaklah penangan test kali ni.. hehehe.. 

tadi,ada meeting dengan seorang doktor. nak tau sape doktor tu?? tengok sini. my favourite doc forever.. hehehe.. 

meeting apa?? hm.. kalian rasa?? 

Posted in | 4 Comments

Bersediakah Kita?

Baru selesai menatap beberapa blog..

Mak la ai.. Habis idea ke nak tulis sampai dah ternonsense jadinya post tu?

NONSENSE!

Tak patut. Tak patut..

Tertanya-tanya..andai kata,saat ini kita dijemput izrail,sudah bersediakah kita?

Posted in | 2 Comments

Kita Pilih yang Kedua...

Bukan nak mengata jauh sekali mengutuk dan menghina + maki / carut-marut yang sekadar mendatangkan dosa tu.

Ini sekadar renungan buat kita semua.

Kadang-kadang,terfikirkah kita yang kita ni sangat banyak membuang masa. Jangan cakap orang lain,MJ pun sama je. Kalau renung balik sehari tu,entah apa yang dibuat pun tak tau.

Golongan 40an ke atas....

Antara MAJLIS TILAWAH AL-QURAN dengan PENTAS KILAUAN EMAS,kita lagi suka pilih yang kedua tu.

Antara IMAM MUDA dengan AKADEMI FANTASIA,kita pilih yang kedua.

Antara LAW KA NA BAINANA dengan MARI MENARI FINAL malam ni,kita tetap pilih yang kedua.

Antara TV AL-HIJRAH dengan ASTRO RIA,kita lagi suka yang kedua.

Hakikatnya,kita memang suka yang kedua dan bukan yang pertama. Bukan kata sesiapa,diri sendiri pun lebih kurang sama.  

Golongan remaja yang seusia dengan MJ....

Antara IMAM MUDA HASSAN dengan KIM HYUN JOONG,kita suka yang kedua.

Antara CITY SISTERS dengan PLAYFUL KISS,kita lagi suka yang no dua.

Antara MAHER ZAIN dengan K-POP,kita pilih no dua.

Antara ILUVISLAM dengan FACEBOOK,kita pilih yang kedua.

Antara ZAID AKHTAR dengan ANIS AYUNI,kita lagi suka yang kedua.

Antara TUDUNG BULAT LABUH dengan SHAWL,kita suka yang kedua.


MJ tak cakap kosong. MJ berada dalam khalayak manusia. MJ mendengar dan melihat. Tak nak kritik sesiapa sebab.....MJ pun kadang-kadang tak pilih yang pertama.

Moga ALLAH melindungi kita.. aminn..

Posted in | 3 Comments

Kuning..Semangat Membakar Jiwa...

Hari itu hujan membasahi bumi
Mulanya renyai
Kemudian menggila
Hujan bagai menyambut sama semangat yang membakar jiwa

Warna kuning dan putih bergabung tenaga di tengah padang
Menyahut dan menjerit melaung semangat

Ada pihak yang membenci
Ada pihak yang ingin bersaing
Dan ternyata..kuning itu sukar untuk ditewaskan

Minggu hadapan penentu keputusan
Sama ada kami tewas atau diisytihar sebagai pemenang terulung
Segalanya masih belum pasti

Namun..kami yakin
Kuning itu tidak sia-sia kebangkitannya

[+] Ha.. Apa tu? Maaf ye MJ masih belum cukup umur.. Ni bukan sajak keBERSIHan.. Hehehe.. Ni semangat kesukanan SHAMS.. MJ rumah kuning tahun ni.. Sebab tu la..

Posted in | Leave a comment

Penat!

Ha... MJ mengeluh lagi. Marah dia! 


Grrr.... Entri MJ sejak kebelakangan ni memang HANCUS. 

Kenapa? 

Entahlah. Penat kot..

Minggu sekali lagi dah ada test lagi. 
Design RAHMAT2011 masih on the way. 
Semalam,baru je selesai pertandingan kawad. Sebelum ni,tiap-tiap petang ada latihan kawad lebih kurang 3 jam. Melecet kaki dibuatnya!
Semalam jugak,ada satu kisah yang MJ tak nak cerita dah berlaku. Cerita yang baik. Khabar yang baik. Tapi,nanti dicop orang lain,takabbur pulak jadi,biarlah. 
Kerja sekolah? Haha.. Nak pi buat la ni.. 

Huh.. Memang penat bila semua benda kena siapkan dalam satu masa. Bukan tangan ja tak cukup. Kaki pun tak cukup dibuatnya kalau hari-hari dikejar buat itu ini. Huh..

Satu minggu yang meletihkan di SHAMS telah pun tamat. Lepas ni,kena focus pada exam semat-mata.. dan RAHMAT sekali.. 

Posted in | 2 Comments

?????

Rasa pelik.

Sepatutnya tak macam ni..

Tiba2 je..

Pelik.. Sunyi semacam..

Jam pukul 3 pagi..

Nak cakap apa eh?

Tak ada apa kot..

Tak ada apa??

Ok..

Daaaa........

Posted in | 4 Comments

Biology Chapter 5 Cell Divison



MJ tahu ramai yang dapat teruk dalam BIO untuk kita punya last exam hari tu. MJ pun dapat C je.

Baru-baru ni kami di 4IKHLAS SHAMS belajar CHAPTER 5 CELL DIVISION yang memang tak susah sangat tapi kena banyak bayang dan ingat turutan setiap yang berlaku.

Masa dalam LAB hari tu,TEACHER ZABEDAH ada bagi satu website untuk semua orang refer. Dan.. Alhamdulillah.. MJ dah pun tengok website tu dan bagi MJ sendiri,bagus jugaklah website tu sebab dia buat video tentang mitosis dan meiosis. jadi,try this!

http://www.cellsalive.com/

ada video..ada puzzle.. ada gambar..

Posted in | 4 Comments

JIHAD...

Di ISLAH,kalau ada sukan,mesti setiap rumah akan berkumpul sama-sama dan bagi semangat pada ahli pasukan yang sedang bertarung.

musim sukan musim yang menyeronokkan di ISLAH. masa ni la,nama ALLAH menggegar sekolah kami. setiap jaringan,gol,hadiah,kejayaan akan disambut dengan laungan nama ALLAH.

aduh! dah mula teringat.

bagi warga ISLAH,bersukan ni sebagai salah satu cara menanamkan sifat jihad dalam diri masing-masing. waktu ni la nak menang dan waktu ni la,kami banyak berdoa kerana hanya ALLAH yang boleh beri sesebuah pasukan tu kemenangan.

JIHAD...

Posted in | 3 Comments

Larian 1 MALAYSIA

tajuk macam MJ ni dah lari satu Malaysia je kan? Hehehe.. Tak de la nak lari satu Malaysia. Round satu sekolah pun tak larat.

hari ni,semua sekolah di Mlaysia diwajibkan ke sekolah dan buat larian. tak tahulah sekolah lain buat macam mana,tapi sekolah MJ buat larian round satu sekolah tu je. lepas tu dilanjutkan dengan perlawanan bola jaring dan futsal.

sebelum kami buat larian tu,kami buat senam aerobik. memang best. sebab akak-akak rumah kuning yang buat. hehehe..

ada lagu He's Beautiful,Baby dan banyak lagi la. memang agak seronok bila semua dapat buat senaman yang sangat 'memeluhkan'. cikgu-cikgu pun ramai yang sporting and join kami untuk buat senam aerobik tu.

hari ni terasa sangat menyeronokkan walaupun kepenatan. moga dengan ini,ukhuwah sesama kami lebih erat. Amin...

Posted in | 2 Comments

Burning...

Pernah dengar lagu FIRE BURNING. MJ pernah dengar tapi sekarang dah lupa siapa penyanyinya. lirik-lirik dia,semuanya dah tak ingat.

hari ni,MJ tealh diburn. bukan dengan fire. tapi dengan SUNLIGHT tu ha. hehehe..

dekat ISLAH dulu,kami semua wajib masuk KRS dan hampir tiap-tiap minggu kami berpanas dan berkawad. MJ memang rindu betul nak berkawad dengan gang lama di ISLAH. memanglah kami ni tak bagus sangat dalam kawad tapi kami suka jugak berkawad ni. semangat jihad menyerap waktu-waktu ni la.

dan bila sampai di SHAMS...kebanyakan budak SHAMS tak biasa berpanas terik bawah matahari. tapi MJ lain... bila MJ berdiri ja bawah matahari di SHAMS ni,MJ rasa bersemangat. MJ rasa rindu terubat dekat ISLAH. biar panas tak apa,MJ lagi suka.

kenapa? ntahla.. panas matahari beri nikmat pada MJ sebab MJ ni jenis yang asyik sejuk aje.

dah lari tajuk cerita ni sebenarnya.

OK... hari ni,MJ berlatih untuk masuk pertandingan kawad kaki untuk hari sukan nanti. 15 Julai kot pertandingan tu. ala.. lawan dengan rumah sukan yang lain je.

hampir tiga jam kami berlatih. dan kami semua akhirnya berhenti bila,mak Nurin datang hantar makanan. Jazakillah Nurin sebab akhirnya,kami berhenti juga dari latihan yang memenatkan tu.

kaki memang dah rasa longlai semcam. mata ni rasa macam nak tutup je rapat-rapat. lagi best kalau dapat tidur kat bilik tapi.......kerja sekolah berlambak lagi nak disiapkan. jadi,maaflah.. tak ada rehat untuk hari ni.

tapi...rasa di hati jadi lain. terasa semangat dan rajin semacam.

"Untuk menjadi rajin,kita hendaklah laksanakan aktivit yang rajin."

Posted in | 2 Comments

Pahit tapi Manis

hari ni dalam sejarah,bila MJ nak buat baik,orang gelak plus sindir and pandang semacam. hm.. apa kes?


malas nak buat kecoh sebab hati dah bulatkan niat,tahun ni,tahun transformasi. hati perlu kuat dan kental. peduli apa orang cakap. selagi MJ berada di jalan yang betul,MJ takkan berpaling lagi dah. MJ perlu untuk dekat dengan Dia. Dia lebih berhak ke atas setiap manusia termasuk MJ sendiri. 

hari ni,MJ cuba kuatkan hati,terima kenyataan hidup ni memang macam ni. jap atas jap bawah. tanpa atas bawah..kita hanya boleh duduk dekat kiri dan kanan,terumbang-ambing semacam. 

tak tahu kenapa,entri MJ makin lama,makin tak boleh nak dihadam. tulisan karut marut.. lopak sana sini.. lubang selerak.. 

tatabahasa dah macam hilang. ni gambaran jiwa manusia yang..........entahlah.. 

nak bercerita?? hm.. entahlah sejak kebelakangan ni,malas benar nak bercerita. bukan kat sini je,kat mama dengan baba pun MJ diam macam tak ada apa-apa berlaku kat sekolah sedangkan banyak betul pengalaman yang boleh diceritakan. 

hati anak remaja,memanglah macam tak stabil lagi. 

nak menulis tapi rasa otak macam dah tepu. 

rasa nak membakar je malam ni,nak mengamuk pun ada tapi kena ingat Tuhan,Dia ada. jangan buat peraturan sendiri. jalan pun asyik nak terjatuh,ada hati nak buat peraturan sendiri? manusia buat peraturan sendiri,sebenarnya boleh hidup ke? 

MJ dulu pun cam tu jugak. mencari hal dan pasal aje kerjanya. hidup buat macam lukisan. buat peraturan sendiri,sampai tak reti beza mana satu hak,mana satu batil. tapi..manusia perlu berhijrah kan?? 

tu la yang MJ tengah cuba buat sekarang. 

"kita cuma ada dua pilihan. samada SYAHID atau MENANG. pilihlah yang mana satu,kedua-duanya pahit tapi manis."

Posted in , , | 2 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.