Kepada seorang hamba Allah yang baru sahaja rasanya membaca blog MJ sebelum MJ tukarkan themenya...

Hidup perlu kepada peraturan. Menulis itu hak semua manusia tapi dalam masa yang sama,kita kena ingat apakah perkara yang kita buat itu menjurus kepada dosa atau sebaliknya.

Manusia memang bebas memilih jalan. Sebab tu,MJ beri pilihan kepada sekalian pembaca samada mahu berfikir atau terus berubah setelah membaca. Kalau tak setuju,terpulanglah. Itu urusan anda dengan Dia.

Bukanlah nak cakap MJ ni bagus atau apa-apa. Tapi,andai kata matahari dan bumi tu boleh bergerak sesuka hati tanpa mengikut orbitnya,awak dan saya mungkin dah lama musnah. Begitu juga manusia.

Menayangkan gambar yang penuh dengan keghairahan dan syahwat itu untuk apa sebenarnya?

Dan persoalan paling utama...adakah semua manusia sebenarnya berfikir sebelum melakukan sesuatu? Ada faedah ke tak. Kenapa nak buat sesuatu yang sia-sia. Sudahlah tidak dapat apa-apa di dunia,nak topup dosa kat akhirat boleh jadi tu.

Jadi,bermuhasabahlah. MJ bukannya betul sangat. Harap ada yang sudi menegur.

Assalamualaikum.

Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.