"Tawakal je la."

Salam,

jam sekarang 1.59 am. Kenapa MJ masih belum tidur? Jangan tanya!

Dah dua bulan,masa tidur MJ lintang pukang. Kadang-kadang,lepas maghrib,MJ dah terlentang atas lantai,tidur. Kadang-kadang,letih study,pagi tengok kat lantai sebab tertidur masa study atas lantai. Lampu bilik tu kadang-kadang,mama terpaksa tutupkan. Kadang-kadang jugak,MJ tak boleh tidur sampai 2 3 pagi. Terjaga tengah malam tu macam dah jadi lumrah. Kaki cramp tengah-tengah malam,tu pun dah lumrah. Atas kereta? Masa nak pergi sekolah pun MJ sempat tidur. Jalan jauh tak tidur pulak. Aneh kan?

Tapi,tu la sedikit sebanyak tentang masa tidur MJ . Jadi,kalau ada kawan-kawan tanya bila waktu nak telefon MJ,MJ memang tak ada jawapan sebab,MJ tak pasti pun pukul berapa MJ akan tidur.

Kawan-kawan pernah tanya,bila MJ tidur.

Sebelum dua bulan yang lepas,jawapan MJ,"11 malam."

hari ni,kalau ada yang bertanya,mungkin jawapannya,

"tawakal je la." hehehe..

Selamat malam,semua.

Published with Blogger-droid v1.7.1

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to "Tawakal je la."

Anonymous said...

MJ.... nasihat saya... bagus kerana MJ sngat berusaha keras untuk mndptkan yg terbaek.... tp kesihatan perlu jga d jga.... jgn d sebabkan terlalu asyik 'study' hingga waktu tido MJ terjejas... itu bknlah cra yg btol untuk study ! walauapapon... tahniah MJ.. dri hati yg tulus saya sgt mengagumi MJ .....

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.