Archive for June 2011

Kalau Boleh Terbang...

Hati terkedu sepi. Risau dan tak keruan bergabung menjadi satu. Rasa lemah tak berdaya menguasai hati,jiwa dan perasaan. Ini entri seorang manusia yang mula diserang rasa rindu yang menggunung.

Sekiranya anda boleh terbang,ke mana anda akan pergi?? Sekiranya anda sepantas Clark Kent,ke mana hendak anda tuju di muka bumi ni?

Kalau tanya pada MJ,MJ cuma ada satu jawapan. MJ mahu ke Kedah. Mahu terbang ke ISLAH sekarang jugak! Tapi,MJ tak nak dekat dengan ISLAH,MJ nak tengok aje dari atas. MJ nak tengok Gie,Nurul,Zakiyah dan ramai lagi.

MJ tak mampu nak gerak lebih dekat. MJ cuma nak tengok dari jauh,cukup sekadar mengubati hati yang kerinduan.

Pesanan buat budak-budak ISLAH yang berkemungkinan besar menyinggah di ruangan ni especially BANAT KELAS 3 US 2010,MJ nak antuna bukak blog MGNZ. ada lagu dekat sidebar.. and semua lagu tu ana dedikasikan khas untuk antuna..

MJ rindu ISLAH!!

Posted in | 5 Comments

468 km Tau Tak??

memanglah sejak kebelakangan ni,MJ asyik kerinduan. tapi..tak de la semudah tu nak balik KEDAH. KL-KEDAH tu berganda-ganda jauh dari KL-SEREMBAN tau.

tadi..sempat check google jarak SP dengan SEREMBAN.

468 km TAU?? jauh betul! pagi bertolak,dekat maghrib baru sampai kot. :(

Posted in | 7 Comments

Jawapan Summary Exam Hari Tu...

entri ni khas ditujukan kepada pelajar-pelajar SHAMS yang memerlukan.. jawapan ni tak pastilah betul atau tidak tapi harapnya mencukupi piawai yang ditetapkan oleh Teacher Zalia.

In the story,a professor filled a mayonnaise jar of life with golf balls,pebbles and sand. This time,he asked the student if the jar was full. The students responded in the positive. Then,the professor poured two cups of coffee into the jar effectively filling the empty spaces in between. The golf balls constituted important and constant things in life. The pebbles represented our belongings. The sand stood for the unimportant stuff in life. In life,we should set our priorities and pay attention to important things,that affect our happiness. Have time off with friends. The writer's teacher said he hated teaching so much yet he never stop teaching. He was ruthlessly direct yet creative in the teaching methods. For his students,he is the golf balls. 


Ok.. Siap.. Nurin..next time la kite wat review Contengan Jalanan ok? Letih sangat dah ni.. :)

Posted in | 8 Comments

Monolog...

Salam..

Hati terasa rindukan ISLAH tiba-tiba. teringin nak balik ke Kedah. Kadang-kadang ada jugak perasaan tak nak balik.

"Kenapa?"

"Entah."

"Takut?"

"Sikit."

"Kenapa?"

"Cuba nak berubah tapi macam tak pernah berjaya. Silap-silap orang dah menyampah dengan aku."

Itulah di antara monolog yang terbit dalam hati MJ. sejak kebelakangan ni,tidur pun dah rasa kurang nikmatnya. mimpinya menakutkan,walaupun tak ada muka seram dalam mimpi tu.

kenapa?

mimpi balik Kedah. dah tu..... baru teringat betapa MJ sangat rindukan Kedah. asyik mimpikan kawan-kawan lama. macam nak meraung pun ada. rindu.. tapi tak sanggup betul nak hadapi kenyataan!

Aduh!! Tak nak la macam ni. Cuba pujuk hati,tapi nampak gaya macam tak menjadi.

kesian Nabihah dengan Nurin yang terpaksa tahan telinga dengar MJ cerita pasal kedah. sorryla Nabihah dan Nurin.

Bukannya sengaja. tapi hati tak tahan sangat dengan rindu yang menggila ni. aduh!!

ya Allah,di mana jua mereka,rahmatilah mereka. Jadikan aku hambaMu yang mampu bertahan dalam menuju ke arah kebaikan. jadikan aku manuia istiqamah.

Amin...

[+] sorila.. entri ni memang tunggang terbalik sikit. lebih kurang sama dengan penulisnya.

Posted in , | 5 Comments

Kata Keju!!

Salam..

Terkejut dengan tajuk di atas? MJ pun. Hehehe...

Semalam,ada penggambaran untuk majalah sekolah. Jadi,pukul 1130 macam tu,kami sekelas pun turunlah ke dewan sebab katanya lokasi penggambaran dekat situ.

sewaktu nak ambik gambar tu,ada la terjadi sebuah kejadian yang agak lucu.

Ada seorang budak laki ni,namanya Uzaid. Seorang budak yang agak nakal tapi bukanlah jahat pun. Kuat mengusik je lebih.

Waktu nak ambil gambar tu,tau dia cakap apa?

"kata keju!!!"

semua orang tergelak. Termasuklah MJ sendiri. Jadi,MJ tak tau la macam mana bentuk gambar kelas kami nanti. Hehehe..

Oh ya! 'kata keju' tu maksudnya 'say cheese'.

Kreatif betul Uzaid kan? MJ pun rasa cam nak tergelak je kalau diimbas balik kejadian semalam.

Published with Blogger-droid v1.7.1

Posted in | 2 Comments

Hlovate

Ya. Nampaknya,hari ni MJ banyak betul menulis kan? Tak pa la. Lagipun,memang dah lama MJ tak menulis di sini.

Hlovate,seorang penulis berbakat. Dan,semuanya penulisannya berunsurkan Islamik. MJ puji penulis ni. Dia cuba membawa satu ideologi berbeza tentang Islam berbanding penulis-penulis Islam yang lain. Kebanyakan penulis Islam yang lain,biasanya akan menulis dengan berlatarkan suasana di Timur Tengah yang sememangnya suasananya Islamik.

Berbeza dengan Hlovate yang mendedahkan pembaca kepada suasana Islamik di negara barat yang sebenarnya lebih baik dari di Malaysia sendiri. Hlovate juga sebenarnya menjadikan 'TRANSFORMASI DIRI' sebagai tema utama. Di mana watak major biasanya seorang yang berpendidikan tinggi tetapi kurang jiwa Islam kemudian bertemu dengan hidayah.

novel Hlovate biasanya ada hadis dan tafsir sekali. Memang berjiwa Islamik generasi baru penulis ni. Jadi,kepada kalian yang nak beli buku. MJ cadangkan novel Hlovate ni.



Published with Blogger-droid v1.7.1

Posted in | 2 Comments

Cuti Dah Nak Habis

Salam. Ya. Cuti dah nak habis pun. Aduh.

seram sejuk je nk pergi sekolah balik. Mesti dapat result exam hari tu.

Yang MJ tau,result MJ takkan jadi 'memuaskan'. Jadi,sekali lagi,

'Tawakal je la.'

MJ pun tak tau apa yang dah terjadi sebenarnya untuk semester kali ni. Kecewa? Ya. Sangat sangat sebenarnya. Tapi,apa nak buat,benda dah lepas. Jadi,mungkin untuk semester dua ni,MJ perlu berubah sikit. Perlu untuk lebih fleksibel rasanya.

Apapun,doakan MJ.

Jadi,cuti kalian macam mana?

MJ punya cuti sangatlah simple.

Minggu pertama ke KL dan Putrajaya. Kemudian,habiskan pakej percutian,pergi tuisyen,baca novel dan tengok movie.

Malas betul rasanya nak kembali ke sekolah. Huh. . . . .

Published with Blogger-droid v1.7.1

Posted in | 3 Comments

Thanks Cik Anon

Salam.

Sejak kebelakangan ni,ada seorang hamba Allah asyik membaca blog ni. Dia tinggalkan komen jugak. Tapi,dia tak tinggalkan nama betul dia. Walaupun MJ rasa MJ boleh agak siapa dia,MJ jugak sebenarnya tak begitu yakin dan tak nak serkap jarang. Buatnya tanggapan MJ tu salah,kan malu? Hehehe

apapun,hamba Allah yang seorang ni sangat ambil berat tentang MJ dan MJ ucapkan sangat-sangat terima kasih.

Dan terima kasih jugak sebab jujur dengan MJ. Jazakillah.

Published with Blogger-droid v1.7.1

Posted in | 1 Comment

Tukar Lagi

MJ mintak maaf lagi? Ya. Rasanya perlu. Sebenarnya MJ buat macam ni,bersebab.

Ok. Macam yang semua dah maklum,MJ memang tak ada FB. Kawan-kawan MJ kebanyakannya cuba nak contact MJ dan page ni je yang boleh pastikan kawan-kawan lama MJ terus mengikuti perkembangan. (er.. Sebenarnya,MJ sendiri tak pasti kepentingan page ni. Tapi memang confirm la dua tiga orang yang jadi pembaca setia kat sini)

dan,tak semua kawan MJ sehebat Ardzmarn dan Cik Anon yang boleh bagi comment kat page ni walaupun ruangan komennya di'hidden'.

Jadi,mungkin lepas ni MJ akan tukar lagi template ni. Er.. Mungkin ada yang dah menyampah tengok MJ asyik tukar template jadi,once again MJ mintak maaf ye.. Kalian bebas meras menyampah dengan MJ. Terima kasih. :-)

wassalam..

Published with Blogger-droid v1.7.1

Posted in | 1 Comment

"Tawakal je la."

Salam,

jam sekarang 1.59 am. Kenapa MJ masih belum tidur? Jangan tanya!

Dah dua bulan,masa tidur MJ lintang pukang. Kadang-kadang,lepas maghrib,MJ dah terlentang atas lantai,tidur. Kadang-kadang,letih study,pagi tengok kat lantai sebab tertidur masa study atas lantai. Lampu bilik tu kadang-kadang,mama terpaksa tutupkan. Kadang-kadang jugak,MJ tak boleh tidur sampai 2 3 pagi. Terjaga tengah malam tu macam dah jadi lumrah. Kaki cramp tengah-tengah malam,tu pun dah lumrah. Atas kereta? Masa nak pergi sekolah pun MJ sempat tidur. Jalan jauh tak tidur pulak. Aneh kan?

Tapi,tu la sedikit sebanyak tentang masa tidur MJ . Jadi,kalau ada kawan-kawan tanya bila waktu nak telefon MJ,MJ memang tak ada jawapan sebab,MJ tak pasti pun pukul berapa MJ akan tidur.

Kawan-kawan pernah tanya,bila MJ tidur.

Sebelum dua bulan yang lepas,jawapan MJ,"11 malam."

hari ni,kalau ada yang bertanya,mungkin jawapannya,

"tawakal je la." hehehe..

Selamat malam,semua.

Published with Blogger-droid v1.7.1

Posted in | 1 Comment

Salam...

MJ cuma ada satu persoalan untuk ditanya hari ni. Soalan ni MJ tujukan khas buat seorang sahabat maya MJ, Ardzmarn.

Ardzmarn,
kalau baca post ni,tolonglah jawab persoalan MJ ni.

Macam mana anda boleh bagi komen kat sini?

Ya. Itu satu soalan yang sangat memusykilkan. Kenapa Ardzmarn boleh bagi komen dekat sini sedangkan MJ sendiri pun tak tahu caranya.

Ardzmarn,tolong jawab.

Terima kasih.

Published with Blogger-droid v1.6.8

Posted in | 1 Comment

Mungkin ramai yang terkejut kenapa ini cara yang MJ pilih. Sebenarnya,MJ nak rasa jujur pada diri sendiri. Kadang-kadang MJ dapat rasakan yang MJ menulis hanyalah untuk menarik peminat bukannya ikhlas untukNya. Sia-sia,kan?

Jadi,sekarang,MJ beri pilihan,kepada yang suka pada blog MJ,boleh teruskan membaca. Terima kasih. Bagi yang tidak berkenan dengan cara MJ,yang kadang-kadang nampak syok sendiri ni,MJ tak kisah kalau anda mengutuk dan marah-marah dengan MJ sekiranya memang benar MJ yang salah. Kalau tak suka,tak perlulah baca kerana bimbang akan menyakiti hati sendiri pulak.

Barakallah alaikum..

Posted in , | 1 Comment

Kepada seorang hamba Allah yang baru sahaja rasanya membaca blog MJ sebelum MJ tukarkan themenya...

Hidup perlu kepada peraturan. Menulis itu hak semua manusia tapi dalam masa yang sama,kita kena ingat apakah perkara yang kita buat itu menjurus kepada dosa atau sebaliknya.

Manusia memang bebas memilih jalan. Sebab tu,MJ beri pilihan kepada sekalian pembaca samada mahu berfikir atau terus berubah setelah membaca. Kalau tak setuju,terpulanglah. Itu urusan anda dengan Dia.

Bukanlah nak cakap MJ ni bagus atau apa-apa. Tapi,andai kata matahari dan bumi tu boleh bergerak sesuka hati tanpa mengikut orbitnya,awak dan saya mungkin dah lama musnah. Begitu juga manusia.

Menayangkan gambar yang penuh dengan keghairahan dan syahwat itu untuk apa sebenarnya?

Dan persoalan paling utama...adakah semua manusia sebenarnya berfikir sebelum melakukan sesuatu? Ada faedah ke tak. Kenapa nak buat sesuatu yang sia-sia. Sudahlah tidak dapat apa-apa di dunia,nak topup dosa kat akhirat boleh jadi tu.

Jadi,bermuhasabahlah. MJ bukannya betul sangat. Harap ada yang sudi menegur.

Assalamualaikum.

Posted in , , | 1 Comment

Assalamualaikum..

Setelah diteliti semula semua perkara yang MJ pernah tulis kat sini,ada sebenarnya perkara yang tak boleh diterima dan membuang masa.

Maaf. MJ dah tak tahu ini kali ke berapa MJ tukar theme tapi apa yang MJ nak buat sekarang ialah sebuah perbezaan. MJ tak tahu sejauh mana MJ boleh bertahan dengan menulis seperti ini tapi harapnya bertahan sampailah bila-bila. INSYAALLAH.

Nak berubah memang tak mudah tapi tak juga mustahil. Dan,MJ dah cuba..banyak kali sebenarnya. Selalu sahaja gagal.

Entah kali ni,MJ berjaya atau tidak,MJ tak pasti. Doakan sahaja yang terbaik. Terima kasih semua yang selama ini telahpun membaca setiap catatan MJ di ruangan ini.

Harap dapat terus memberi teguran kerana MJ juga seorang manusia biasa. :)

Posted in , , | Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.