Tafsir Al-Quran



Alhamdulillah. Sudah khatam hari ni. Sudah masuk kali ke-4. Alhamdulillah,sekali dengan tafsirnya.

Kepada yang membaca,MJ bukan nak takabbur atau apa tapi tergerak hati nak ajak semua yang membaca agar sama-sama bertilawah setiap kali mempunyai kelapangan.

Bukan sekadar membaca. Tapi cuba fahamkan sekali maksudnya.

Kebanyakan orang kita hari ni,baca sahaja Al-Quran. Khatam berkali-kali tetapi apabila ditanya apa yang difahamnya,dia menjungkit bahu.

Tak sepatutnya jadi macam tu.

Al-Quran adalah kalam Allah yang mengandungi pelbagai hikmah. Bacalah Al-Quran dan hayatilah maknanya.

Ala.. Tafsir mini pun sekarang dah boleh dapat dalam harga RM38 kan? Kalau untuk tampil bergaya,seseorang tu boleh habiskan puluhan ringgit,ratusan ringgit, kenapa untuk beli tafsir Al-Quran,otak kena fikir dua kali?

Sama aje kesnya kalau buat dosa senang walaupun sebenarnya agak sukar tapi kalau nak buat pahala yang senang pun kena fikir dua kali.

MJ tahu MJ pun tak de la bagus sangat. Tapi,dari merepek-merepek yang tak diketahui puncanya,lebih baik MJ tulis sesuatu yang lebih bermakna kan?? Moga entri kali ini mampu membawa perubahan kepada yang membaca.. :)

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Tafsir Al-Quran

nida nadia said...

Assalammualaikum w.b.t. Boleh kakak tahu di mana adik beli Tafsir mini??cantik.

Mimi Jazman said...

nida nadia ...

waalaikumussalam warahmatullah wabarkatuh.. :)
em.. sebenarnya saya dapat hadiah dari baba.. saya pun tak begitu pasti hadiah untuk apa sebenarnya.. tapi memang hadiah dari baba saya..dibeli daripada kawannya..kalau tak silap..

tapi..kalau akak nak beli..dekat kedai2 buku banyak je kak.. :)

insyaallah..sekarang..lebih banyak yang comel2..dan macam2 edition..

kawan saya punya..baru je beli..dia punya versi muslimah.. warna pink dan sangat comel.. ^^

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.