Archive for May 2011

People! Think!

Bukannya apa tapi fikirlah guna otak. MJ jarang guna bahasa kasar tahap kureng kat sini tapi bila dah jadi macam ni,mana boleh tahan.. MJ baru tengah seronok-seronok nak khusyukkan hati dek terkena tempias si Hlovate,ada pulak manusia yang menaikkan rasa amarah. 


Once again ladies and gentlemen,please use what HE had give to you wisely..


Perlu ke gambar yang menghairahkan ditayang di blog yang sebenarnya sekadar perkongsian? Kot ya pun nak beritahu atau nak share tentang perkara sedemikian,tak payahlah nak tunjuk gambar yang bukan-bukan tu. Adeh!! Explain saja pun orang dah boleh faham. 


Sometimes,people forget to think. 


[+] Sorry entri MJ macam ganas dan tak berperasaan semacam. Tapi,MJ betul-betul tak suka apa yang dah MJ tengok. 

Posted in | 3 Comments

Tafsir Al-Quran



Alhamdulillah. Sudah khatam hari ni. Sudah masuk kali ke-4. Alhamdulillah,sekali dengan tafsirnya.

Kepada yang membaca,MJ bukan nak takabbur atau apa tapi tergerak hati nak ajak semua yang membaca agar sama-sama bertilawah setiap kali mempunyai kelapangan.

Bukan sekadar membaca. Tapi cuba fahamkan sekali maksudnya.

Kebanyakan orang kita hari ni,baca sahaja Al-Quran. Khatam berkali-kali tetapi apabila ditanya apa yang difahamnya,dia menjungkit bahu.

Tak sepatutnya jadi macam tu.

Al-Quran adalah kalam Allah yang mengandungi pelbagai hikmah. Bacalah Al-Quran dan hayatilah maknanya.

Ala.. Tafsir mini pun sekarang dah boleh dapat dalam harga RM38 kan? Kalau untuk tampil bergaya,seseorang tu boleh habiskan puluhan ringgit,ratusan ringgit, kenapa untuk beli tafsir Al-Quran,otak kena fikir dua kali?

Sama aje kesnya kalau buat dosa senang walaupun sebenarnya agak sukar tapi kalau nak buat pahala yang senang pun kena fikir dua kali.

MJ tahu MJ pun tak de la bagus sangat. Tapi,dari merepek-merepek yang tak diketahui puncanya,lebih baik MJ tulis sesuatu yang lebih bermakna kan?? Moga entri kali ini mampu membawa perubahan kepada yang membaca.. :)

Posted in | 2 Comments

I'll Find My Way..

Kadang-kadang kita terlupa..hakikatnya manusia akan jatuh juga satu hari nanti. Sama seperti aku saat ini. Telah pun jatuh ditelan kesukaran. Namun,aku yakin. Insyaallah.. I'll find my way.. :)

Posted in | 4 Comments

I Tried..

hari ni,hari terakhir peperiksaan. selesai sahaja peperiksaan tersebut,MJ rasa sedikit lega memandangkan sudah tiga minggu MJ hidup dalam keadaan tak terurus disebabkan terlalu banyak benda yang MJ ketinggalan. Tiga minggu tidur lambat. 


Tapi,hari ini,mungkin hari yang paling meranapkan jiwa MJ di SHAMS. kenapa? 

Untuk ADD MATHS,MJ berusaha sekeras mungkin. MJ belajar lebih. MJ selalu tanya kawan-kawan. MJ cuba fahamkan semua yang Cikgu Zahila ajar. Sehari sebelum peperiksaan,MJ ke sekolah untuk belajar ADD MATHS dengan Nabihah. Dari pagi MJ bertapak dekat sekolah sampailah hujan lebat waktu asar baru MJ balik. MJ dah pergi kelas tuisyen ADD MATHS. MJ cuba sedaya upaya walaupun MJ rasa susah. 

Tapi...tadi tiba-tiba ada seorang kawan MJ cakap, "Kau jawab ADD MATHS main-main kan?"

MJ pun nampak,muka Cikgu Zahila macam nak tak seronok je tanda kertas ADD MATHS MJ. Balik rumah,MJ dah tak mampu nak cakap apa-apa. 

Sorry teacher. Sorry mama. Sorry baba. I tried,at least.. 

Posted in | 5 Comments

The Climb





I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going



And I, I got to be strong
Just keep pushing on

'Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith, whoa

Posted in | 4 Comments

Aku adalah manusia biasa punya lemah dan luluh di jiwa

Dan..
Pada kebanyakan masanya,aku sukar mengawal diri

Ada sesuatu yang benar-benar mengguris hati
Cuba dibuang perasaan itu jauh-jauh
Aku harus kuat tabah hadapi hari yang mendatangi

Ada rasa sebak dan sedih merajai hati tatkala laman ini ku lawati
Tiada sesiapa yang salah
Cuma hati yang belum begitu tenang

Biasalah,aku juga seorang remaja.. 

Teman-teman..doakan aku kuat tempuhi dugaanNYA. Moga Allah merahmati kalian. 

Posted in | 4 Comments

Selamat Hari Lahir Mama!!



Jam di skrin menunjukkan baru pukul 5.33 pagi. Sekarang,MJ sudahpun berada di hadapan laptop. Bukannya apa. Hari ni hari lahir mama MJ jadi sebab tu la MJ cepat-cepat bukak laptop. Nak buat macam Drhanie dan GB jugak. Kalau mereka boleh sampaikan ucapan di blog,MJ juga boleh.

Tarikh lahir mama,tarikh yang senang diingati. 1 Mei... Pada hari yang sama juga,seluruh rakyat Malaysia bercuti kerana 1 Mei juga adalah Hari Buruh. Setiap kali kami menyambut ulang tahun mama,kami sekeluarga ada di rumah. Almaklumlah,cuti umumlah katakan.

Sebenarnya,MJ dah janji nak belikan sesuatu untuk mama. Tapi masih belum terjumpa. Agaknya baba nak keluar tak kejap lagi? Kalau MJ tak boleh nak belikan mama tasbih baru,MJ ingat nak hadiahkan mama sebuah buku. Hehehe.. Ada idea nak bagi buku apa?

Mama..anak mama ni memanglah nampak keras dan kurang sensitiviti dari zahirnya. Tapi,sebenarnya mama sendiri tahu kan dalam hati anak sulung mama ni,ada taman yang sentiasa berbunga. :)

Mama...moga hidup mama selepas ini lebih baik dan lebih diberkati olehNya. Semoga lebih bersabar dalam menempuh kehidupan bersama kami. Moga mama dipanjangkan umur juga.

Dalam menongkah arus hidup remaja di zaman ini
Aku tidak terlepas dari melakukan salah dan silap
Tapi aku punya seseorang di sampingku yang begitu setia menemaniku
Teman terbaik di seluruh hayatku
Penasihatku yang terulung
Satu-satunya ibu yang tak dapat ku cari ganti sampai mati!


"Seorang pemuda berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan berkata:  Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang lebih berhak mendapat layanan dan kasih sayangku?  Nabi s.a.w berkata:  Ibumu.  Kemudian siapa pula?  Nabi s.a.w berkata:  Ibumu.  Dia bertanya lagi:  Kemudian siapa pula?  Nabi menjawab:  Ibumu.  Bertanya lagi beliau:  Kemudian siapa?  Nabi s.a.w berkata:  Bapamu...''               


(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Semoga Allah selalu sayangkan mama!! :)

Posted in | 8 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.