Selamat Hari Lahir Mama!!



Jam di skrin menunjukkan baru pukul 5.33 pagi. Sekarang,MJ sudahpun berada di hadapan laptop. Bukannya apa. Hari ni hari lahir mama MJ jadi sebab tu la MJ cepat-cepat bukak laptop. Nak buat macam Drhanie dan GB jugak. Kalau mereka boleh sampaikan ucapan di blog,MJ juga boleh.

Tarikh lahir mama,tarikh yang senang diingati. 1 Mei... Pada hari yang sama juga,seluruh rakyat Malaysia bercuti kerana 1 Mei juga adalah Hari Buruh. Setiap kali kami menyambut ulang tahun mama,kami sekeluarga ada di rumah. Almaklumlah,cuti umumlah katakan.

Sebenarnya,MJ dah janji nak belikan sesuatu untuk mama. Tapi masih belum terjumpa. Agaknya baba nak keluar tak kejap lagi? Kalau MJ tak boleh nak belikan mama tasbih baru,MJ ingat nak hadiahkan mama sebuah buku. Hehehe.. Ada idea nak bagi buku apa?

Mama..anak mama ni memanglah nampak keras dan kurang sensitiviti dari zahirnya. Tapi,sebenarnya mama sendiri tahu kan dalam hati anak sulung mama ni,ada taman yang sentiasa berbunga. :)

Mama...moga hidup mama selepas ini lebih baik dan lebih diberkati olehNya. Semoga lebih bersabar dalam menempuh kehidupan bersama kami. Moga mama dipanjangkan umur juga.

Dalam menongkah arus hidup remaja di zaman ini
Aku tidak terlepas dari melakukan salah dan silap
Tapi aku punya seseorang di sampingku yang begitu setia menemaniku
Teman terbaik di seluruh hayatku
Penasihatku yang terulung
Satu-satunya ibu yang tak dapat ku cari ganti sampai mati!


"Seorang pemuda berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan berkata:  Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang lebih berhak mendapat layanan dan kasih sayangku?  Nabi s.a.w berkata:  Ibumu.  Kemudian siapa pula?  Nabi s.a.w berkata:  Ibumu.  Dia bertanya lagi:  Kemudian siapa pula?  Nabi menjawab:  Ibumu.  Bertanya lagi beliau:  Kemudian siapa?  Nabi s.a.w berkata:  Bapamu...''               


(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Semoga Allah selalu sayangkan mama!! :)

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

8 Responses to Selamat Hari Lahir Mama!!

cikceriacorner said...

eppy besday auntie..:)

eppy always..:)

Myra Jay said...

Selamat Hari lahir buat Mama MJ.. Moga beliau sentiasa sihat dan bertenaga selalau..
Moga beliau diberi umut yang panjang oleh Ilahi dan berbahagia selalu :)

gadisBunga said...

selamat hari lahir mama MJ. semoga terus ceria dan dirahmati selalu. :)

zaidrahman said...

happy birthday kak emaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! nak rasa spaghetti. hahaha.

mi, kirim salam kat mama dan semua.

Hanis Azla said...

semoga mama mimi terus sihat dan diberkati umur dan hidupnya bersama keluarga tersayang.. tentu dia bangga ada anak mcm mimi..

h4ni3 said...

happy birthday mama MJ
semoga panjang umur dan sentiasa bahagia disamping keluarga =)

mimi jazman_MJ said...

thanks semua.. :)

pak zaid..mama segan nak bagi pak zaid rasa sapageti dia.. :)

Anonymous said...

mimii! ingat lagi tak yana? you know what? im searching essay untuk homework and yes, google suggest yang ni omg mimi, miss you. lol haha kbye lots of love from yana yani, ur primary school friends eceh

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.