Laporan Debat Bahasa Inggeris MJ..

hehehe.. yang sebenarnya,bukan MJ pun yang masuk berdebat tu. MJ tukang rekod je masa mereka berdebat. pendebat hari ini ialah ALIF IMRAN, HAZIRAH TAQINNI, dan ZULFAHMI GHAZALI. MJ tukang cari maklumat. tu je la. baru pelapis.

kami menang untuk pusingan pertama. dan masa ni la,ALIF IMRAN dinobatkan sebagai pendebat terbaik. ok. sebelum ni,MJ cuma tengok ALIF IMRAN cakap biasa-biasa sahaja. tapi,tadi.... dia bercakap dengan gaya,keyakinan dan bahasa yang baik. agak menarik sampaikan dia berjaya meraih gelaran PENDEBAT TERBAIK.

masuk pusingan kedua,sekolah kami bertembung dengan sebuah sekolah yang memang CHAMPION. memang menakutkan sebab sekolah kami tak ada penyokong,sekolah CHAMPION tu ada penyokong. penyokong mereka sahaja dah tiga kali ganda kami. huh..

dan macam yang disangka,sekolah CHAMPION tu menang. dari segi isi penyampaian,memang tiada banyak perbezaan. sekolah kami agak kuat dari segi isi. tapi,mungkin kami lemah sikit dalam kelancaran. sekolah CHAMPION tu bercakap pun dah nampak macam mahasiswa.

ALIF IMRAN cakap,kami kalah sebab sekolah CHAMPION tu ada dua pendebat perempuan. dan kedua-dua pendebat perempuan mereka memakai skirt. sekolah kami pulak ada dua pendebat lelaki. hehehe.. gurauan semata-mata ye. tak ada maknanya. ianya hanyalah gurauan,ok? INSYAALLAH.. MJ yakin,dua pendebat lelaki kami ni bukanlah spesies yang suka menggatal.

macam mana pun,hari ini hari yang agak menarik buat MJ. dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru. dapat memahami mereka dan ternyata,apa yang MJ dengar tak sama dengan apa yang MJ rasa. kawan-kawan baru MJ ni semuanya meraikan MJ walaupun MJ ni budak baru. sampaikan minat MJ terhadap filem hindustan pun akhirnya terbongkar. hehehe..

esok,MJ kena bersedia untuk menghadiri kelas semula. :) semoga dipermudahkan olehNYA.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Laporan Debat Bahasa Inggeris MJ..

KUREKURE COMEL said...

nnti mj blh jd pedebat terbaikkan...hehehe...



seronok jumpa geng2 baru kan...hihihi

h4ni3 said...

lepas ni turn MJ pulak
tak duduk bahagian pelapis dah :)

mimi jazman_MJ said...

kurekure comel...em.. seronok dapat kenal dengan kawan-kawan sepasukan ni.. sporting giler.. hehehe..

em..doakn sy ye.. :)

mimi jazman_MJ said...

drhanie..hharap-harap begiitulah.. :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.