Kenapa Mimi Jazman bukan Mimi Farah??

ramai orang selalu tanya MJ..kenapa MJ cakap nama MJ, Mimi Jazman dan bukannya Mimi Farah sedangkan itulah nama sebenar MJ. memandangkan MJ sedang lapang,biarlah MJ beritahhu. sebenarnya,ada banyak sebab kenapa MJ buat macam  tu.

1. Nama baba unik.
dulu,masa MJ  sekolah rendah,nama baba  boleh dikira  sebagai  nama yang  unik. memang susah nak cari nama  JAZMAN dulu. sekarang  ni,selalu jumpa. MJ suka nama baba. sedap. maksudnya pula  YANG TEGUH PENDIRIAN.  hm..  memang  teguh. lagipun,nama baba memang sedap kalau digabungkan dengan nama MJ dan adik. MIMI JAZMAN. MIA JAZMAN.

2. Para  sahabat dan kebanyakan tokoh Islam memuliakan ayah mereka.
Contohnya,Imam Shafiee yang memuliakan moyangnya yang keempat (As-Shafiee). Umar Al-Khattab,Al-Khattab adalah nama ayah Umar. Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hanbal yang lebih dikenali dengan nama Imam Hanbali. Begitu juga dengan Imam Al-Ghazali yang memuliakan keturunannya.
sebab tu MJ nak MJ dikenali sebagai Mimi Jazman dan bukannya Mimi Farah.

3. Maksudnya.
JAZMAN bermaksud YANG TEGUH PENDIRIAN. jadi kalau digabungkan nama MJ dengan nama baba,maksudnya, MIMI YANG TEGUH PENDIRIAN. ala... MIMI tu bukannya ada maksud pun. jadi,dari nama tu,MJ nak motivasikan diri MJ sendiri supaya menjadi yang lebih teguh.

4. Penerus generasi.
nama mak cik MJ adalah MAHFUZAH dan MASTURA. sementara nama atok pulak MOHAMAD JAN. MAHFUZAH JAN..MJ.. MASTURA JAN..MJ.. MIMI JAZMAN..MJ.. MIA JAZMAN..MJ.. bukan sebab kami minat michael jackson atau apa-apa. cuma nama kami sama dan MJ bangga sangat-sangat. :)

maka,dengan tiga sebab di atas,maka terang lagi bersuluhlah,kenpa MJ ingin dikenali sebagai MIMI JAZMAN. hehehe.. harap,semua faham. ada yang mempertikai kenapa MJ lagi suka nama ayah dari nama MJ sendiri. hm.. nama MJ memang sedap. MIMI FARAH. mimi mungkin ramai. farah mungkin ramai. tapi MIMI FARAH cuma seorang.

walau macam mana pun,MJ tetap lebih suka nama MIMI JAZMAN.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

17 Responses to Kenapa Mimi Jazman bukan Mimi Farah??

KUREKURE COMEL said...

simple je nama kan..mimi farah...sweet...


mina pun suka gak nama apak just mohd noor....hehehe...

mimi jazman_MJ said...

kurekure comel..kite masing-masing bangga dengan nama ayah kita kan?? hehehe.. :)

Yua said...

mimi jazman.. nice name..

Yua said...

btw, slm pkenalan dr saya. folo kamu dsini =)

mimi jazman_MJ said...

yua..terima kasih sudi follow.. :)

wida said...

nama adik mmg comel..cam orgnya.

wida said...

kak ada tag adik..kalau sudi buatlah.tapi duenya hari ni..
http://norwidadi.blogspot.com/2011/04/yana-yassin-1st-giveaway.html

mimi jazman_MJ said...

wida..oh.. asal cepat bonar due datenya..?

gadisBunga said...

nicely explained. :)

this what makes you one of my fav young blogger~

mimi jazman_MJ said...

GB,yeke? Terharunye. :)

fatinmmj said...

hye, MJ
cik aiskrim sukalah MJ itu..bst pe...nma MJ itu..mimi farah pun ok jgk..simple..but nice=)

mimi jazman_MJ said...

fatinmmj..em.. mmg MJ best pun.. hehehe.. :)

Myra Jay said...

Sedap nama tu bila digabungkan :)

siti aishah ebnil hajar said...

mula-mula ingt MJ tu michael jackson.. haha.. padahal mimi jazman.. nice.. nama mimi farah pun dah kira sedap.. ^__^ still remember me..?

Mimi Jazman said...

siti aishah ebnil hajar ...

ekeke.. mestilah ingat!! :D

siti aishah ebnil hajar said...

haha.. mesti la kena ingat.. berani kalau x ingat.. ngeh3.. sbb sy sntiasa ingt siapa mimi jazman.. ^__^

Mimi Jazman said...

siti aishah ebnil hajar ...

yeke?? terharunya.. :')

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.