Aku dan Anugerah...

"Aku perlu dapatkan anugerah pelajar terbaik tahun depan," aku berbisik sendiri di awal tahun 2010. Tahun itu,tahun keramat buatku. Aku lihat Abang Zaki dan Kak Adibah bangga dinobatkan sebagai pelajar terbaik.

Ketika itu,aku masih lagi seorang anak nakal yang keras hatinya. Aku ini sifatnya suka mengucapkan yang dusta. Itulah aku pada usiaku 15 tahun,masih muda remaja.

Aku mungkin nakal ketika itu,tetapi aku masih anak yang ingin hadiahkan kejayaan buat kedua ibu bapaku yang tercinta.

"Mama,Baba,kakak akan dapatkan anugerah pelajar terbaik tu," kata aku pada Mama dan Baba. Memang aku nakal,kasar dan jahat tetapi aku masih tidak mahu sesiapa pun menganggap aku ini seorang yang tidak berguna.

"Tahun depan,kita akan sama-sama naik pentas dan ambil anugerah tu," kata aku pada teman rapatku. Aku memang bukan kawan yang baik. Aku tidak pandai menilai erti persahabatan. Aku pernah berlaku khianat pada teman-temanku tetapi jauh di sudut hatiku,aku masih tetap mahu naik ke pentas,merangkul anugerah pelajar terbaik bersama-sama mereka.

"Adik,tahun depan kita kena naik pentas sama-sama tau. Kita kena harumkan nama Mama dan Baba," beritahuku pada adik yang bakal mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Kami adik-beradik memang tidak begitu sempurna sahsiahnya. Kami bukanlah kegemaran guru-guru kami tetapi kami tetap ingin berjaya.

Saban hari,aku membayangkan diriku di atas pentas,menerima anugerah pelajar terbaik. Itulah suntikan semangat buatku untuk terus belajar.

Aku sedar,untuk berjaya aku perlukan pertolongan Allah,tentunya. Aku juga sedar yang perangai nakal dan jahatku haruslah dibuang jauh-jauh supaya Allah membantuku. Aku boleh lihat guru-guruku memperlekehkan aku tapi aku tidak sanggup melihat Mama dan Baba redha sahaja dengan keputusanku nanti. Mama dan Baba takkan marah padaku sekalipun keputusanku tidak cemerlang. Aku kenal mereka! Tetapi,sebagai seorang anak,aku tidak pernah sekalipun ingin mengecewakan mereka dengan keputusanku yang tidak cemerlang.

Aku mula perbanyakkan amalan sunat. Aku mula meninggalkan sikap burukku. Aku berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis. Aku tidak sesakli meninggalkan Al-Quran. Aku hindari program televisyen yang tak berfaedah. Aku hindari lagu-lagu yang tidak bermanfaat.

Walaupun begitu,sisa sikap burukku masih melekat. Masa itu,dalam diriku masih ada bicara kasar dan tak menyenangkan sehingga menyebabkan beberapa orang guru dan rakanku tidak begitu menggemariku. Apapun,aku masih berusaha untuk mengubah diriku. Aku letakkan kata-kata orang di tepi. Aku sudah mencuba!

Bulan Julai 2010 melangkah masuk dalam diariku. Pada bulan itu,aku diuji dengan PMRI yakni penilaian bagi pelajar tingkatan tiga. PMRI adalah peperiksaan subjek agama yang wajib aku lalui selaku pelajar sekolah menengah agama. Setelah hampir sebulan aku berpenat lelah menyiapkan diri. Hujung bulan Ogos,aku mendapat keputusan PMRIku.

Alhamdulillah... Sedikitpun aku tidak dirugikan oleh Allah. Aku berjaya memperoleh A+ bagi kesemua subjek yang aku ambil dan yang lebih membanggakan,aku mengungguli 'ranking' dengan mendapat tempat pertama,meninggalkan beberapa orang sahabatku yang lebih cemerlang di belakang. Aku senyum pada Mama dan Baba ketika menunjukkan keputusanku pada mereka.

"Tinggal lagi 9A sahaja. Lepas tu,tahun depan kakak naik pentas ambil anugerah."

Setiap hari,aku buat latihan demi latihan. Aku belajar dan belajar. Sekiranya ada kemusykilan,aku tanyakan kepada mereka yang lebih arif. Aku dekatkan diriku kepada Allah dengan qiam,tilawah dan puasa. Aku bermujahadah melawan nafsuku.

"Kalau aku berjaya dapatkan anugerah pelajar terbaik tu,aku akan berjaya mengubah presepsi orang tentang aku. Aku akan buat orang lupakan kesalahan aku yang dulu. Aku akan harumkan nama Mama dan Baba. Mereka akan bangga dengan aku!"

"Ya Allah...aku bukanlah hambaMu yang terbaik. Aku bukan anak yang baik buat orang tuaku. Ada kalanya,aku durhaka pada mereka. Aku bukan teman yang baik buat sahabatku. Ada kalanya,aku menegur mereka namun dalam masa yang sama,aku melakukan kesalahan yang sama. Aku bukan pelajar yang baik buat guru-guruku. Ada kalanya,aku bersangka buruk terhadap mereka. Itulah aku. Aku bukan hambaMu yang baik. Aku ingkar namun Kau lebih tahu apa yng ada dalam hatiku. Bantulah aku mendapatkan anugerah pelajar terbaik itu. Tidak selamanya aku mahu diriku dipandang sebagai manusia yang tiada gunanya."

Oktober 2010 mendatangiku. Tenang dan takut bersatu mejadikan jiwaku dilanda perang yang hebat. Seminggu berlalu maka tamtlah PMR. Aku ragu. Berhasilkah aku mendapatkan keputusan yang cemerlang?

Sepanjang tempoh menunggu keputusan keluar,aku dan keluargaku bersiap-sedia untuk berpindah ke Negeri Sembilan. Baba telah mendapat tawaran pekerjaan baru di Rembau,Negeri Sembilan. Maka,aku dan keluargaku sibuk mengemas. Namun,doaku tidak terhenti di situ sahaja. Aku terus berdoa supaya aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR dan berhasil memperoleh anugerah pelajar terbaik. Mimpiku masih sama,untuk naik ke pentas dan mendapatkan anugerah itu.

Disember 2010 menjelma. AKu hadir ke sekolah setelah pengumuman selesai dibuat. Pengetua sekolah yang pertama ucapkan tahniah padaku. Dan segala kepujian dan kesyukuran aku panjatkan kepada Allah. Aku berjaya! 9A dalam genggamanku,bukan sekdar keraguan dan angan cuma. Aku benar-benar berjaya! Aku buktikan pada semua yang aku mampu melakukannya. Dengan izin Allah,akhirnya termakbul juga doaku siang dan malam. Allahuakbar...

"Baba,kalau kita dah pindah nanti,kakak nak balik jugak ambil anugerah tau," aku beritahu Baba dengan harapan yang tinggi. Baba senyum dan mengangguk. Aku puas. Baba tak mungkin mengecewakanku. Sehari selepas mengambil keputusan,kami sekeluarga terus berhijrah ke Negeri Sembilan.

Pemergianku aku agak tergesa,tak sempat aku ucapkan terima kasih dan selamt tinggal pada guru-guru dan teman-teman yang banyak membantuku meraih kejayaan yang ku impikan itu.

April 2011...hari anugerah tinggal beberapa hari sahaja lagi namun aku masih belum menerima sebarang jemputan. Aku juga salah seorang dari empat orang pelajar terbaik PMR dan PMRI. Untuk pulang ke tempat lama,ia memerlukan perancangan yang teliti tetapi aku masih belum diberi jemputan oleh pihak sekolah lamaku. Tidak mahukah mereka,aku menghadiri majlis anugerah itu?

Adakah pernagai burukku yang lama masih tidak dapat diterima? Adakah teman-temanku tidak lagi ingin bertemu dengan aku yang sudah mengkhianati persahabatan kami? Adakah mereka sebenarnya dalam proses menyingkirkan namaku dari sejarah sekolah?

Tahukah mereka bahawa aku sedang mengubah diriku agar menjadi lebih baik? Tahukah mereka bahawa aku sebenarnya sangat rindu untuk bertemu dengan mereka? Tahukah mereka bahawa aku ingin sekali berterima kasih kepada mereka yang telah membantuku?

Dan.....tahukah mereka bahawa aku ingin sekali pulang untuk mengambil anugerah itu? Allah....... Sesungguhnya,Kau lebih mengetahui apa yang terkandung dalam hatiku. Kau lebih tahu apa yang terbaik buatku.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jam sudah menunjukkan pukul 10.08 malam. Laporan Fizik dan rumusan Bahasa Melayu masih tergeletak diatas meja,menanti untuk disiapkan. Pena telah tumpul akibat teerlalu lama berlari di lemabaran kertas,menyusun bicara mengungkap kisah sedihku. Lagu Celine Dion,terus bermain di telingaku. Lagu sentimental yang dipadankan dengan 'mood' bercerita panjang lebar menyebabkan aku sukar untuk berhenti. Epal hijau semakin berkurang,lebih baik aku tamatkan tulisanku.

[+] ok.. siap pun.. hehehe.. ni cerita yang MJ tulis pada satu malam. Janganlah tanya samada kisah ni benar ataupun tak. Tak penting pun. MJ nak minta pendapat kalian yang membaca. Owh ya... Sila beri grednya sekali ye.. :) MJ nak hantar pada majalah sekolah ni.. :) Dan..sebelum dihantar,naklah juga perasan bagus. Heheh.. Tu yang tulis di sini tu.. Hehehe.. Terima kasih sebab sudi baca panjang-panjang ni. :)

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

10 Responses to Aku dan Anugerah...

budak baikk!~ said...

best!!!!~
pandai sungguh menulis...!~
kalo akak, sure hancur,,, cume cite ni takde ending ke? hehehe... mmg die xdpt jemputan eh dik?

h4ni3 said...

ok.. lulus!
gred.. A++
:D

mimi jazman_MJ said...

Budakbaik...nnt sy smbung ye endingnye..

Drhanie..terima kasih.. :)

KUREKURE COMEL said...

sukaaaaaa...akak terlambat nk bg komen la....



akak bg A++++...tp nak smbungannye lg....

mimi jazman_MJ said...

kurekure comel...terima kasih.. :)

gadisBunga said...

wah. cam real! hebat lah!!!

budak baikk!~ said...

ok xsbr tggu sambungan nye.... ;D

mimi jazman_MJ said...

Gadisbunga...hehehe.. Kalau real macam mana?

Budakbaikk,insyaallah.. Hujung minggu ni..

Anonymous said...

mgkin saya x dpt menulis sehebat MJ ... tetapi MJ tetap hebat ... bkn kerana kejayaan MJ.... tpi USAHA KERAS MJ untuk BERJAYA ! x semua manusia dpt melakukan perubahan seperti MJ lakukan ... tetapi percayalah.... d mta saya MJ telah melakukan perubahan besar ... MJ telah BERJAYA mengubah diri MJ ! TAHNIAH ! =)

Mimi Jazman said...

anon..perubahan ape??

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.