Archive for April 2011

Kenapa Mimi Jazman bukan Mimi Farah??

ramai orang selalu tanya MJ..kenapa MJ cakap nama MJ, Mimi Jazman dan bukannya Mimi Farah sedangkan itulah nama sebenar MJ. memandangkan MJ sedang lapang,biarlah MJ beritahhu. sebenarnya,ada banyak sebab kenapa MJ buat macam  tu.

1. Nama baba unik.
dulu,masa MJ  sekolah rendah,nama baba  boleh dikira  sebagai  nama yang  unik. memang susah nak cari nama  JAZMAN dulu. sekarang  ni,selalu jumpa. MJ suka nama baba. sedap. maksudnya pula  YANG TEGUH PENDIRIAN.  hm..  memang  teguh. lagipun,nama baba memang sedap kalau digabungkan dengan nama MJ dan adik. MIMI JAZMAN. MIA JAZMAN.

2. Para  sahabat dan kebanyakan tokoh Islam memuliakan ayah mereka.
Contohnya,Imam Shafiee yang memuliakan moyangnya yang keempat (As-Shafiee). Umar Al-Khattab,Al-Khattab adalah nama ayah Umar. Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hanbal yang lebih dikenali dengan nama Imam Hanbali. Begitu juga dengan Imam Al-Ghazali yang memuliakan keturunannya.
sebab tu MJ nak MJ dikenali sebagai Mimi Jazman dan bukannya Mimi Farah.

3. Maksudnya.
JAZMAN bermaksud YANG TEGUH PENDIRIAN. jadi kalau digabungkan nama MJ dengan nama baba,maksudnya, MIMI YANG TEGUH PENDIRIAN. ala... MIMI tu bukannya ada maksud pun. jadi,dari nama tu,MJ nak motivasikan diri MJ sendiri supaya menjadi yang lebih teguh.

4. Penerus generasi.
nama mak cik MJ adalah MAHFUZAH dan MASTURA. sementara nama atok pulak MOHAMAD JAN. MAHFUZAH JAN..MJ.. MASTURA JAN..MJ.. MIMI JAZMAN..MJ.. MIA JAZMAN..MJ.. bukan sebab kami minat michael jackson atau apa-apa. cuma nama kami sama dan MJ bangga sangat-sangat. :)

maka,dengan tiga sebab di atas,maka terang lagi bersuluhlah,kenpa MJ ingin dikenali sebagai MIMI JAZMAN. hehehe.. harap,semua faham. ada yang mempertikai kenapa MJ lagi suka nama ayah dari nama MJ sendiri. hm.. nama MJ memang sedap. MIMI FARAH. mimi mungkin ramai. farah mungkin ramai. tapi MIMI FARAH cuma seorang.

walau macam mana pun,MJ tetap lebih suka nama MIMI JAZMAN.

Posted in | 17 Comments

Bukan Sengaja...

Ramai orang tanya MJ : "kenapa tak follow blog saya?"

Huhuhu.. Kalau kawan-kawan kat sekolah tu,bolehlah MJ cakap yang MJ ada masalah dengan laptop ni. Kalau kawan-kawan dekat maya ni,entah kenapa macam terhalang pulak. Yela.. MJ sekarang dah jarang-jarang update blog jadi susah nak buat kenyataan. Bila dah boleh update,banyak benda sangat nak tulis sampai terlupa nak buat pengumuman sebab apa MJ tak follow blog orang.

Ok.. Alang-alang MJ dah ingat,biarlah MJ beritahu.

MJ memang nak follow banyak blog. Tapi,masalahnya,bila MJ nak follow je,mesti MJ kena follow melalui akaun adik. Bila nak sign in as different user,dia cakap service tak available. MJ pun tak tahu kenapa. :(

Jadi,MJ memang susah nak follow blog orang sekarang ni. Ikut hati berlambak je blog yang MJ nak follow. :(

Ada sesiapa boleh bantu? Huhuhu.. :(

Posted in | 11 Comments

Bruno Mars

Kebanyakan lagu dia memang sedap. Bukan sedap dimakan ye. Sedap didengar. Sape ade tengok persembahan nabil dalam maharaja lawak minggu ke3 hari tu. Dia tukar lagu grenade tu. Hehehe.. Memang best. Ala.. MJ pun tengok dekat youtube je. Tryla tengok. Dah tengok nanti gtau MJ pendapat kalian ye.


Sorila. Tibe2 je mood menulis ikut skema kementerian tak de. :)


Posted in | 9 Comments

Hari Anugerah..




hari tu MJ cakap nak letak gambar kan?? Ha.. Ni dia gambar tu.. Dua je.. Yang lain semuanya ambil gambar dengan kawan-kawan. Tak berani nak letak sebab takut mereka tak bagi keizinan. Kawan-kawan MJ ni semuanya lawa-lawa jadi MJ tak berani nak letak gambar mereka dekat sini. :)

Posted in | 10 Comments

Demam...

Hari jumaat yang lepas,MJ balik lewat dari sekolah walaupun sepatutnya MJ boleh balik pukul 12.30 tengah hari. Saja MJ tinggal dekat sekolah lebih masa sikit. Buat perbincangan dan tazkirah dengan kawan-kawan. Balik tu,terus MJ makan sebab lapar sangat-sangat. MJ tak makan dekat sekolah. Makan biskut je. 


Lepas tu,MJ rasa badan MJ letih lain macam. Terus masuk tidur walaupun waktu tu dah lepas asar. Pssst...MJ jarang ye tidur waktu petang ni. 

Na..Malamnya,terus tak sihat. Sakit tekak dan selsema. 

Sambung tidur balik. Esok tu,MJ bangun agak awal dan pergi sekolah sebab kena buat forum untuk kelab. Dengan tak dak suaranya,MJ berjuang habis-habisan gak la. 

Huh.. Masa buat forum tu,MJ kena sepenuhnya suara dan keyakinan. Habis je forum tu,terus rasa tekak ni macam kena hiris dengan pisau. Allahuakbar.. 

Lepas habis forum tu,mama dengan baba punyalah rajin bawak MJ pergi cari makan. Yela.. sejak pindah sini,kami mana ada meja makan lagi. Tu baru pergi cari. 

Adeh.. Dekat kedai perabot tu MJ sempat tidur lagi. Hehehe.. Dahsyat kan? Dekat kedai perabot tu. Yela.. Tak larat la. 

Dan semalam,tetamu berkunjung lagi. Memang terasa meriah rumah. Malangnya,MJ tak larat sangat-sangat jadi semalam,MJ tidur seharian. Badan terasa lenguh sangat-sangat. 

Hari ni,semua pelajar wajib ke sekolah. MJ kuatkan hati ke sekolah jugak dengan harapan,bila dah dapat jumpa kawan-kawan,MJ akan sihat sikit. 

Balik dari sekolah,MJ ke parkson pulak. Memang asyik cari kerusi aje. Kenapa? Sebab...lenguh sangat. Tak larat nak jalan. 

Bila dah sampai rumah,MJ terus makan dan minum air oren (Baba memang akan beli setiap kali MJ selsema dan demam). Lepas tu,sambung tidur.

ALHAMDULILLAH...............

bila bangun,terus MJ rasa lapar dan terus pergi makan. Badan terasa lebih segar dan tak pening-pening dah. Lenguh-lenguh pun tak dah.. :) MJ suka sihat!! Hehehe.. 

Sebenarnya,sejak kebelakangan ni,MJ kurang sangat makan. Makan yang teramat sikit. Tak ada seleralah. Jadi,baba ni memang dah pakar dalam hal ni. Kalau MJ sakit-sakit tu sebabnya satu je.. Iaitu makan.. MJ tak nak makan,dia paksa jugak dan tengoklah MJ sekarang..dengan izin ALLAH..MJ sudah sihat seperti sedia kala.. :) 

Posted in | 2 Comments

Karya untuk Penyertaan 'CONTEST TABIK Sama Kamu...'





Gie untuk Najihah Huda. Kami kenal  seawal usia 12 tahun. Pelbagai   perkara terjadi. Pada mulanya,aku,Gie  dan Puteri bersahabat  baik. Kemudian,persahabatan kami terputus kerana  sikapku yang tidak setia dalam bersahabat.

Gie bagaimanapun sentiasa mengingatiku. Semasa aku tinggal di asrama,Gie pernah mengirim hadiah untukku. Sedangkan aku tidak pernah langsung teringatkan dia.

Semasa di tingkatan 2,aku dan Gie kembali rapat. Namun,sekali lagi aku lakukan kesilapan yang sama. Aku memilih seorang lelaki dan kemudian bertindak menjauhi Gie. Selama yang aku tahu,Gie bukanlah seorang yang mudah menitiskan air mata. Tetapi,di saat dia mengaku bahawa dia sangat kecewa dengan sikapku yang bertindak menjauhi mereka,mata Gie berkaca dan nada suaranya yang biasanya tenang,terganggu dek rasa sebak di dada. Walaupun begitu,aku  tetap dimaafkan oleh Gie.

Sungguh... Aku punya tempat istimewa di hati Gie. Semasa di tingkatan 3,berlaku banyak perselisihan faham antara kami.

Setahun berlalu,kini aku di Seremban,jauh terpisah dari Gie. Sekali lagi,aku bertindak kejam. Aku putuskan perhubungan kami. Kononnya,sahabat itu boleh datang dan pergi. Kemudian,aku renung  sedalam-dalamnya,di manakah rasional tindakanku itu. Ternyata,aku ini kawan yang mudah lupa.

Sekali lagi,aku pinta Gie unntuk maafkan  aku.  Dan dia,sedikitpun  tidak ragu-ragu untuk memaafkan aku sekali lagi. Katanya,"Mie kan kawan Gie,mestilah Gie sayang."

Dalam ramai-ramai rakan kami,aku dapat merasakan akulah yang paling istimewa buat Gie. Gie benarkan aku untuk menggenggam tangannya bila-bila sahaja. Bahunya tersedia untukku bila-bila masa sahaja aku perlukan. Aku dibenarkan memeluknya bila-bila aku suka. Layanan Gie terhadapku sedikit berbeza dengan layanannya terhadap orang lain. Susah bagi orang lain untuk mendapatkan layanan manja dari Gie. Tapi aku....

Gie melayan sahaja kerenah manjaku yang sering sahaja muncul. Cara dia melayanku tak ubah ibarat seorang kakak yang sangat mengasihi adiknya.

Gie lebih dikenali dengan caranya yang brutal. Namun,siapalah yang tahu Gie sebenarnya punya jiwa seorang gadis yang sensitif. Cuma kekuatan hatinya sahaja yang mampu menyembunyikan riak sebenar dalam hatinya. 

Setelah empat bulan berjauhan. Ada seperkara timbul dalam benakku. Akan bertemukah aku dengan  seorang sahabat yang mampu 'mengistimewakan' aku sehebat Najihah Huda?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita di atas adalah kisah benar. Hadiah istimewa buat Najihah Huda sempena hari lahirnya yang ke-16. Dan kisah ini juga adalah untuk Contest Tabik Sama Kamu anjuran KUREKURE COMEL.. :) Mina......saya mahu......................er.........tak pastilah. hehehe..

Posted in | 10 Comments

Laporan Debat Bahasa Inggeris MJ..

hehehe.. yang sebenarnya,bukan MJ pun yang masuk berdebat tu. MJ tukang rekod je masa mereka berdebat. pendebat hari ini ialah ALIF IMRAN, HAZIRAH TAQINNI, dan ZULFAHMI GHAZALI. MJ tukang cari maklumat. tu je la. baru pelapis.

kami menang untuk pusingan pertama. dan masa ni la,ALIF IMRAN dinobatkan sebagai pendebat terbaik. ok. sebelum ni,MJ cuma tengok ALIF IMRAN cakap biasa-biasa sahaja. tapi,tadi.... dia bercakap dengan gaya,keyakinan dan bahasa yang baik. agak menarik sampaikan dia berjaya meraih gelaran PENDEBAT TERBAIK.

masuk pusingan kedua,sekolah kami bertembung dengan sebuah sekolah yang memang CHAMPION. memang menakutkan sebab sekolah kami tak ada penyokong,sekolah CHAMPION tu ada penyokong. penyokong mereka sahaja dah tiga kali ganda kami. huh..

dan macam yang disangka,sekolah CHAMPION tu menang. dari segi isi penyampaian,memang tiada banyak perbezaan. sekolah kami agak kuat dari segi isi. tapi,mungkin kami lemah sikit dalam kelancaran. sekolah CHAMPION tu bercakap pun dah nampak macam mahasiswa.

ALIF IMRAN cakap,kami kalah sebab sekolah CHAMPION tu ada dua pendebat perempuan. dan kedua-dua pendebat perempuan mereka memakai skirt. sekolah kami pulak ada dua pendebat lelaki. hehehe.. gurauan semata-mata ye. tak ada maknanya. ianya hanyalah gurauan,ok? INSYAALLAH.. MJ yakin,dua pendebat lelaki kami ni bukanlah spesies yang suka menggatal.

macam mana pun,hari ini hari yang agak menarik buat MJ. dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru. dapat memahami mereka dan ternyata,apa yang MJ dengar tak sama dengan apa yang MJ rasa. kawan-kawan baru MJ ni semuanya meraikan MJ walaupun MJ ni budak baru. sampaikan minat MJ terhadap filem hindustan pun akhirnya terbongkar. hehehe..

esok,MJ kena bersedia untuk menghadiri kelas semula. :) semoga dipermudahkan olehNYA.

Posted in | 4 Comments

Baru Balik...

sudah lama MJ tak menulis di sini. ramai kawan-kawan tanya,kenapa tak ada cerita baru. em... memanglah tak ada. hari rabu hari tu,MJ balik Kedah sebab nak ambil  anugerah  kecemerlangan. :) 

maaflah. tak boleh  letak gambar lagi  sebab pakai komputer. kena tungggu laptop kalau  nak letak gambar.

tau  tak?  MJ pakai  jubah 'graduate' tu masa  hari  penganugerahan tu.  hehehe.. nanti  MJ   letak gambar kt sini. rasa teruja la pulak. hehehe.. huh.. bukan senang  nak dapat pakai  jubah  tu.    :)

esok   MJ tak   ada di   sekolah    sebab perlu menghadiri persidangan  debat  bahasa  ingggeris  di  sebuah  sekolah  cina.  hm...  pergi   tengok  je  bukannya  pergi lawan  pun. hehehe.. kawan-kawan lain  je yang lawan.

apa-apa pun,doakanlah  ALIF IMRAN,  ZUFAHMI, HAZIRAH  berjaya esok. merekalah  yang  perlu berdebat  esok.  :) 

sudah tiga  hari  MJ tak  masuk kelas.  esok,genap empat hari MJ  tak ada di kelas. hehhehhe.. lepas   ni,habislah  sebab kena   kejar  semua  pelajaran   yang  dah lepas. :)

Posted in | 4 Comments

Aku dan Anugerah...

"Aku perlu dapatkan anugerah pelajar terbaik tahun depan," aku berbisik sendiri di awal tahun 2010. Tahun itu,tahun keramat buatku. Aku lihat Abang Zaki dan Kak Adibah bangga dinobatkan sebagai pelajar terbaik.

Ketika itu,aku masih lagi seorang anak nakal yang keras hatinya. Aku ini sifatnya suka mengucapkan yang dusta. Itulah aku pada usiaku 15 tahun,masih muda remaja.

Aku mungkin nakal ketika itu,tetapi aku masih anak yang ingin hadiahkan kejayaan buat kedua ibu bapaku yang tercinta.

"Mama,Baba,kakak akan dapatkan anugerah pelajar terbaik tu," kata aku pada Mama dan Baba. Memang aku nakal,kasar dan jahat tetapi aku masih tidak mahu sesiapa pun menganggap aku ini seorang yang tidak berguna.

"Tahun depan,kita akan sama-sama naik pentas dan ambil anugerah tu," kata aku pada teman rapatku. Aku memang bukan kawan yang baik. Aku tidak pandai menilai erti persahabatan. Aku pernah berlaku khianat pada teman-temanku tetapi jauh di sudut hatiku,aku masih tetap mahu naik ke pentas,merangkul anugerah pelajar terbaik bersama-sama mereka.

"Adik,tahun depan kita kena naik pentas sama-sama tau. Kita kena harumkan nama Mama dan Baba," beritahuku pada adik yang bakal mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Kami adik-beradik memang tidak begitu sempurna sahsiahnya. Kami bukanlah kegemaran guru-guru kami tetapi kami tetap ingin berjaya.

Saban hari,aku membayangkan diriku di atas pentas,menerima anugerah pelajar terbaik. Itulah suntikan semangat buatku untuk terus belajar.

Aku sedar,untuk berjaya aku perlukan pertolongan Allah,tentunya. Aku juga sedar yang perangai nakal dan jahatku haruslah dibuang jauh-jauh supaya Allah membantuku. Aku boleh lihat guru-guruku memperlekehkan aku tapi aku tidak sanggup melihat Mama dan Baba redha sahaja dengan keputusanku nanti. Mama dan Baba takkan marah padaku sekalipun keputusanku tidak cemerlang. Aku kenal mereka! Tetapi,sebagai seorang anak,aku tidak pernah sekalipun ingin mengecewakan mereka dengan keputusanku yang tidak cemerlang.

Aku mula perbanyakkan amalan sunat. Aku mula meninggalkan sikap burukku. Aku berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis. Aku tidak sesakli meninggalkan Al-Quran. Aku hindari program televisyen yang tak berfaedah. Aku hindari lagu-lagu yang tidak bermanfaat.

Walaupun begitu,sisa sikap burukku masih melekat. Masa itu,dalam diriku masih ada bicara kasar dan tak menyenangkan sehingga menyebabkan beberapa orang guru dan rakanku tidak begitu menggemariku. Apapun,aku masih berusaha untuk mengubah diriku. Aku letakkan kata-kata orang di tepi. Aku sudah mencuba!

Bulan Julai 2010 melangkah masuk dalam diariku. Pada bulan itu,aku diuji dengan PMRI yakni penilaian bagi pelajar tingkatan tiga. PMRI adalah peperiksaan subjek agama yang wajib aku lalui selaku pelajar sekolah menengah agama. Setelah hampir sebulan aku berpenat lelah menyiapkan diri. Hujung bulan Ogos,aku mendapat keputusan PMRIku.

Alhamdulillah... Sedikitpun aku tidak dirugikan oleh Allah. Aku berjaya memperoleh A+ bagi kesemua subjek yang aku ambil dan yang lebih membanggakan,aku mengungguli 'ranking' dengan mendapat tempat pertama,meninggalkan beberapa orang sahabatku yang lebih cemerlang di belakang. Aku senyum pada Mama dan Baba ketika menunjukkan keputusanku pada mereka.

"Tinggal lagi 9A sahaja. Lepas tu,tahun depan kakak naik pentas ambil anugerah."

Setiap hari,aku buat latihan demi latihan. Aku belajar dan belajar. Sekiranya ada kemusykilan,aku tanyakan kepada mereka yang lebih arif. Aku dekatkan diriku kepada Allah dengan qiam,tilawah dan puasa. Aku bermujahadah melawan nafsuku.

"Kalau aku berjaya dapatkan anugerah pelajar terbaik tu,aku akan berjaya mengubah presepsi orang tentang aku. Aku akan buat orang lupakan kesalahan aku yang dulu. Aku akan harumkan nama Mama dan Baba. Mereka akan bangga dengan aku!"

"Ya Allah...aku bukanlah hambaMu yang terbaik. Aku bukan anak yang baik buat orang tuaku. Ada kalanya,aku durhaka pada mereka. Aku bukan teman yang baik buat sahabatku. Ada kalanya,aku menegur mereka namun dalam masa yang sama,aku melakukan kesalahan yang sama. Aku bukan pelajar yang baik buat guru-guruku. Ada kalanya,aku bersangka buruk terhadap mereka. Itulah aku. Aku bukan hambaMu yang baik. Aku ingkar namun Kau lebih tahu apa yng ada dalam hatiku. Bantulah aku mendapatkan anugerah pelajar terbaik itu. Tidak selamanya aku mahu diriku dipandang sebagai manusia yang tiada gunanya."

Oktober 2010 mendatangiku. Tenang dan takut bersatu mejadikan jiwaku dilanda perang yang hebat. Seminggu berlalu maka tamtlah PMR. Aku ragu. Berhasilkah aku mendapatkan keputusan yang cemerlang?

Sepanjang tempoh menunggu keputusan keluar,aku dan keluargaku bersiap-sedia untuk berpindah ke Negeri Sembilan. Baba telah mendapat tawaran pekerjaan baru di Rembau,Negeri Sembilan. Maka,aku dan keluargaku sibuk mengemas. Namun,doaku tidak terhenti di situ sahaja. Aku terus berdoa supaya aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR dan berhasil memperoleh anugerah pelajar terbaik. Mimpiku masih sama,untuk naik ke pentas dan mendapatkan anugerah itu.

Disember 2010 menjelma. AKu hadir ke sekolah setelah pengumuman selesai dibuat. Pengetua sekolah yang pertama ucapkan tahniah padaku. Dan segala kepujian dan kesyukuran aku panjatkan kepada Allah. Aku berjaya! 9A dalam genggamanku,bukan sekdar keraguan dan angan cuma. Aku benar-benar berjaya! Aku buktikan pada semua yang aku mampu melakukannya. Dengan izin Allah,akhirnya termakbul juga doaku siang dan malam. Allahuakbar...

"Baba,kalau kita dah pindah nanti,kakak nak balik jugak ambil anugerah tau," aku beritahu Baba dengan harapan yang tinggi. Baba senyum dan mengangguk. Aku puas. Baba tak mungkin mengecewakanku. Sehari selepas mengambil keputusan,kami sekeluarga terus berhijrah ke Negeri Sembilan.

Pemergianku aku agak tergesa,tak sempat aku ucapkan terima kasih dan selamt tinggal pada guru-guru dan teman-teman yang banyak membantuku meraih kejayaan yang ku impikan itu.

April 2011...hari anugerah tinggal beberapa hari sahaja lagi namun aku masih belum menerima sebarang jemputan. Aku juga salah seorang dari empat orang pelajar terbaik PMR dan PMRI. Untuk pulang ke tempat lama,ia memerlukan perancangan yang teliti tetapi aku masih belum diberi jemputan oleh pihak sekolah lamaku. Tidak mahukah mereka,aku menghadiri majlis anugerah itu?

Adakah pernagai burukku yang lama masih tidak dapat diterima? Adakah teman-temanku tidak lagi ingin bertemu dengan aku yang sudah mengkhianati persahabatan kami? Adakah mereka sebenarnya dalam proses menyingkirkan namaku dari sejarah sekolah?

Tahukah mereka bahawa aku sedang mengubah diriku agar menjadi lebih baik? Tahukah mereka bahawa aku sebenarnya sangat rindu untuk bertemu dengan mereka? Tahukah mereka bahawa aku ingin sekali berterima kasih kepada mereka yang telah membantuku?

Dan.....tahukah mereka bahawa aku ingin sekali pulang untuk mengambil anugerah itu? Allah....... Sesungguhnya,Kau lebih mengetahui apa yang terkandung dalam hatiku. Kau lebih tahu apa yang terbaik buatku.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jam sudah menunjukkan pukul 10.08 malam. Laporan Fizik dan rumusan Bahasa Melayu masih tergeletak diatas meja,menanti untuk disiapkan. Pena telah tumpul akibat teerlalu lama berlari di lemabaran kertas,menyusun bicara mengungkap kisah sedihku. Lagu Celine Dion,terus bermain di telingaku. Lagu sentimental yang dipadankan dengan 'mood' bercerita panjang lebar menyebabkan aku sukar untuk berhenti. Epal hijau semakin berkurang,lebih baik aku tamatkan tulisanku.

[+] ok.. siap pun.. hehehe.. ni cerita yang MJ tulis pada satu malam. Janganlah tanya samada kisah ni benar ataupun tak. Tak penting pun. MJ nak minta pendapat kalian yang membaca. Owh ya... Sila beri grednya sekali ye.. :) MJ nak hantar pada majalah sekolah ni.. :) Dan..sebelum dihantar,naklah juga perasan bagus. Heheh.. Tu yang tulis di sini tu.. Hehehe.. Terima kasih sebab sudi baca panjang-panjang ni. :)

Posted in | 10 Comments

Jagalah Mulutmu...

Ini sekadar peringatan buat diri yang lemah dan tidak bisa menahan mulut dari berbicara bebas. Sebagai renungan juga buat kalian yang membaca. Moga Allah limpahkan kurnianya ke atas kita bersama.

Wahai mulut yang berbicara
Ingatlah bahawa kamu itu milikNYA
DIA lebih mengetahui

Jangan semudah hati meminta orang memahamimu
Fikirlah dulu bahawa orang juga mahu kamu memahami mereka

Jadilah mulut yang paling banyak bersabar
Jadilah mulut yang paling banyak beringat
Jadilah mulut yang paling berwaspada

Kerana...mulut punya kuasa yang mampu meruntuhkan jiwa manusia..

:)

Kadang-kadang,kita minta mereka untuk faham kita. Tapi kadang-kadang,kita lupa yang mereka juga meminta kita untuk faham mereka.

Posted in | 2 Comments

Debat Bahasa Inggeris...

Sudah lama tak menulis dan mencatat kisah di sini. Ada sesiapa yang merindui MJ? hehehe.. Sebenarnya,teringin hendak menulis tetapi masalahnya,MJ tak boleh bukak laptop masa sekolah. Nak 'update' melalui emel,tiba-tiba tak boleh pulak. Hm..

Hari ni,MJ telah dipanggil oleh seorang guru. Guru Bahasa Inggeris. Huh.. Penat den 'speaking' bagai. Rupa-rupanya,teacher tu kata,MJ telah diterima untuk masuk dalam pasukan debat Bahasa Inggeris. Berdebar rasa sebab MJ bukannya pandai sangat 'speaking' tu.

Macam mana pun,tugasan ini MJ terima selapangnya. Tapi........dah terjadi sesuatu yang menjadikan MJ terasa hati namun MJ cuba bersabar.

MJ minta tolong sikit pada seseorang berkaitan debat ni. dan jawapan orang tu ialah...."Saya tak tahu dan saya tak nak ambil tahu."

Ikutkan hati,memang diri dah rasa terbakar dek sisa 'keganasan' masih bertapak dalam hati. Tapi,MJ diam. Malas mencetuskan masalah. Lagipun,MJ budak baru. Malas nak buat cakap banyak.

Allahuakbar.. Hati masih terasa sedih dan terasa hati dengan insan tersebut. Salah ke mengetepikan perasaanmu sebentar demi membantu saudara seagamamu ini? Mungkin..orang tu masih belum hebat kawalan emosinya.

Posted in | 6 Comments

Mesej Teacher Zahila...

Semalam,MJ dapat mesej dari teacherku yang tersayang. Nampaknya dia dah baca post yang sebelum ni. 


"Salam. Terima kasih. Cikgu baru baca. Penghargaan kamu terlalu tinggi,cikgu malu,cikgu tak la sebaik itu,apa yang pasti kamu semua terlalu istimewa dalam hidup cikgu."

Hee.. Terharu MJ dibuatnya. :) 

Posted in | 2 Comments

Hari Lahir Cikgu Matematik...

Bertarikh 25 Mac 2011,kami satu kelas 4 IKHLAS 2011 telah berpakat untuk menyambut hari kelahiran cikgu matematik kami yang sangat ‘garang’. Kami satu kelas dah merancangnya satu hari lebih awal.

Nurin ditugaskan untuk beli kek sementara Fatin pulak sediakan balang. Kami masing-masing menulis ucapan di atas kertas berwarna dan masukkan ke dalam balang yang telah disediakan oleh Fatin. Sebenarnya,kami merancang untuk memujuk cikgu pada hari pertama sekolah hari tu tapi tak sempat dan lagipun,angin cikgu dah baik sikit hari tu jadi,kami tangguhkan pemberian balang tu.

Mula-mula,rancang nak buat pagi tapi Hazimah tidak jumpa kek yang disimpan oleh Azeeb dekat kantin. Hehehe.. mujurlah cikgu matematik kami akan masuk lagi untuk masa terakhir hari ini.

Bila cikgu matematik masuk,cikgu dah senyum-senyum. Mestilah cikgu dah dapat agak,budak 4IKHLAS ni kecoh sikit. Hehehe.. Bila cikgu masuk,Rashid,Uzaid dan Azeeb buat-buat tanya pasal Matematik dekat cikgu. Yang Syadi pula tulis wish dekat papan putih. Waktu tu,cikgu tak sedar sebab cikgu duduk membelakangkan papan putih tu.

Lepas tu,Hazimah keluarkan kek. Hazimah letak atas meja cikgu dan kami pun sama-samalah nyanyi lagu ‘ALLAH SELAMATKAN KAMU’ untuk cikgu. Cikgu tutup muka waktu kami nyanyi dan tepuk tangan tu.

“Apa kamu buat ni? Saya malulah,” kata cikgu bila tengok kek dan hadiah yang kami bagi. Cikgu Nampak terharu sangat.

Cikgu potong kek dan kami sama-sama makan. Sedap betul kek yang Nurin belikan tu. Hehehe.. Nanti boleh suruh beli lagi. Kemudian,kami mintak kat cikgu supaya baca ucapan yang kami dah tulis untuk cikgu.
Mula-mula cikgu tak nak,tapi kami pujuk jugak. Lepas tu,cikgu pun bacalah. Cikgu bacakan dua untuk kami. Kemudian,cikgu tiba-tiba nangis dan kemas barang-barang dia.

“Kamu buat saya sentimental la hari ni,”kata cikgu.

“Anugerah ALLAH yang paling besar buat saya adalah menjadikan saya seorang cikgu. Sepanjang satu minggu kita berpisah,saya teringatkan kamu dan terasa bersalah sebab dah tinggalkan kamu. Saya rasa bersalah sangat-sangat dan saya mintak maaf dekat Hana,Fareed dan Hazimah sebab tak balas mesej. Bukan saya tak sayang kamu. Sebenarnya,saya sayang sangat-sangat dekat.”

Ucapan cikgu waktu ni membuatkan beberapa orang dari kami menitiskan air mata,termasuklah MJ sendiri.

Sebelum cikgu keluar,kami,pelajar perempuan,bersalaman dan cium cikgu. Dan..Mimi Jazman bukan sekadar melagakan pipi. Kucupan itu memang khas untuk cikgu sebab Mimi Jazman tak pernah buat kat cikgu lain macam tu. Orang ni cerita pada cikgu yang orang ni dah tulis pasal cikgu dalam blog ni. Dan…memang ramai yang memuji cikgu. Sebenarnya,Mimi Jazman nak cakap macam ni tapi dah gaban dekat depan tu,tak sempat pulak nak cakap.

“Cikgu,cikgulah cikgu yang pertama yang mencatat kisah dalam blog saya. Saya tak pernah tulis secara khusus mengenai cikgu lain dalam blog saya dan bagi saya,cikgu adalah seorang cikgu yang istimewa. Cikgu mungkin garang tapi cikgulah yang paling setia mengajar kami. Cikgu mungkin pernah marah tapi cikgu tak pernah tinggalkan kami. Saya bukan pelajar yang terbaik terutamanya dalam bidang matematik tapi kelas cikgu sentiasa memberikan impak yang sangat berbeza dalam diari saya. Setiap hari,saya ikuti perkembangan angin cikgu,saya perhatikan cikgu dan saya cuba menyerap segalanya tentang cikgu dan apa yang cikgu ajarkan. Dan cikgu…dapat tengok cikgu gelak dan senyum serta bersemangat boleh membuatkan saya terhibur. Percayalah…Teacher Zahila adalah guru yang sangat bermakna buat saya.”

Bila MJ yang berbicara mungkin inilah yang akan terjadi. Ucapan yang berbunga-bunga yang terlalu jiwang. Mau kena gelak dengan satu kelas kalau cakap depan cikgu macam ni. Hehehe.. Tapi,sebenarnya haruslah diakui MJ punya hati memang jiwang. Suka benar dengan jiwang-jiwang ni. Hehehe..

Kalau Teacher Zahila sedang membaca ni,MJ nak beritahu teacher yang teacher adalah teacher yang pertama yang MJ kenal di SHAMS dan INSYAALLAH,sampai bila pun,MJ akan ingat cikgu. Dan teacher…MJ tengah berusaha keras untuk ADD MATHS dan MATHS MODE. Doakan yang terbaik buat MJ ye..

Thank you,Teacher! MJ sayang Teacher Zahila..

Posted in | 7 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.