(tolong beri tajuk yang sesuai)



Gadis comot itu merayau tanpa hala tujuan. Ibu dan ayah sudah tiada di sisi,kini,hanya dia sendiri. Diletakkan di rumah ibu saudaranya,gadis comot itu melarikan diri. Tidak mahu ibu tua itu mengalami susah kerananya.

Yang ada padanya kini,hanyalah seutas rantai manik murah yang tidak dapat dijual bagi mendapatkan sekeping roti pun. Rantai manik itu hadiah pemberian ayahnya. Kata ayahnya,rantai murah ini sangat tinggi nilainya namun hingga kini,gadis comot masih belum memahami apa yang dimaksudkan oleh ayahnya.

Dalam diam,gadis comot itu mencari. Dia mencuri di celah-celah pasar yang sesak. Dia perlu makan. Dan baginya kini,tiada lagi cara lain untuk mendapatkan makanan dalam keadaan terdesak seperti yang sedang dilaluinya melainkan mencuri. Bukan dia tidak mencuba mencari pekerjaan,namun hampa. Percubaannya sia-sia. Dari rumah ke rumah dia berjalan,bertanya pada mereka apakah ada kerja untuknya. Nasib si gadis comot,dia langsung tidak dipetemukan dengan seseorang yang boleh memberinya pekerjaan.

Tangan kotor itu disisipkan ke celah-celah bagi mencapai sebiji epal hijau. Dalam keadaan itu,tiba-tiba gadis comot disergah dari belakang. Gadis itu terkejut lalu berundur sedikit ke belakang. Seorang lelaki yang bertubuh tegap sedang berdiri di hadapannya. Setelah ditenung dan diperhatikan,tahulah gadis comot bahawa dia telah ditangkap mencuri oleh anak si raja,Putera Edward yang sombong dan angkuh.

Putera Edward merenung tajam ke arah gadis comot yang sedang menggeletar ketakutan melihat wajahnya. Dengan langkah yang cukup perlahan,Putera Edward menghampiri gadis comot yang sedang tertunduk merenung kakinya yang tidak berkasut. Putera Edward merapatkan wajahnya ke arah gadis comot. Gadis comot mengangkat sedikit wajahnya memandang Putera Edward. Tiba-tiba,Putera Edward menarik semula wajahnya yang terkejut ke belakang. Pasti,Putera Edward terkejut benar melihat wajah gadis comot yang kotor dan kehitaman.

"Di mana orang tuamu?" tanya Putera Edward setelah beberapa ketika.

"Mereka telah pergi selamanya dan tak mungkin mereka akan kembali lagi," jawab gadis comot dengan tenang. Entah mengapa,dia tidak merasa takut pada kemungkinan Putera Edward akan memenjarakannya. Baginya itu lebih baik kerana kini,dia tidak punya satu apa pun melainkan seutas rantai manik murah.

"Pengawal.....," Putera Edward kemudiannya mengarahkan gadis comot dibawa ke istana. Gadis comot mula ketakutan. Pasti,dia akan dipenjarakan. Tangan gadis comot ditarik kasar oleh para pengawal istana. Dia dibawa naik ke atas kereta kuda.

Setibanya mereka di istana,gadis comot dibawa ke bilik dayang-dayang untuk dibersihkan. Gadis comot masih takut. Fikirnya,dia mungkin akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum dipenjarakan. Bagus juga memandangkan dia sudah lama tidak membersihkan dirinya. Gadis comot itu hanya membiarkan sahaja dayang-dayang membersihkan dirinya. Dia duduk diam di tempatnya,terlalu takut untuk bersuara.

Selesai dimandikan,gadis comot diberi pakaian bersih yang cantik. Gadis comot segera memakainya lantas wajahnya yang telah dibersihkan itu direnung ke dalam cermin. Walaupun tidaklah secantik bidadari,gadis comot tetap merasakan bahawa dirinya itu indah.

Gadis comot kemudian dibawa menghadap Raja Carlisle.

"Ayahanda,inilah dia gadis itu. Anakanda temukan dia di jalanan," kata Putera Edward pada ayahnya. Gadis comot menggeletar lagi. Pasti dia akan dibunuh kerana telah ditangkap mencuri oleh Putera Edward.

Raja Carlisle yang berpakaian mewah menghampiri gadis comot. Kemudian lantas berkata,"Tidak salah lagi pilihan kamu. Kahwinilah dia,wahai puteraku."

Putera Edward tersenyum. Ketampanannya yang tidak kelihatan tadi kini,mulai terserlah. Maka di hari yang indah itu,gadis comot terus dikahwinkan dengan Putera Edward. Tiada majlis besar-besaran seperti kebiasaannya. Raja Carlisle lebih senang jika majlis perkahwinan anaknya itu dilakukan dalam keadaan serba sederhana.

Di sebelah malamnya,pada malam pertama gadis comot bergelar isteri kepada Putera Edward,dia bertanya,"Mengapa Tuanku setuju dikahwinkan dengan patik? Mengapa secepat ini juga? Patik tidak mengerti sama sekali,"luah gadis comot dengan nada yang kehairanan.

Putera Edward menghampiri isterinya. "Ayahku berhutan nyawa dengan ayahmu. Aku berada di sana ketika itu. Ayahku hampir terbunuh oleh seorang lelaki yang diupah untuk membunuhnya. Namun,ayahmu berada di sana dan dengan keberaniannya,ayahku terselamat dari dibunuh oleh lelaki tadi. Melihatkan keadaan itu,ayahku sememangnya teringin sekali membalas jasa ayahmu."

"Namun,ayahmu mengatakan bahawa ayahku hanya dapat membalasnya dengan menjaga nyawanya sesudah dia tiada lagi di muka bumi ini. Pada mulanya,aku juga tidak begitu memahami. Tetapi setelah ayahmu meninggal,aku dipanggil mengadap ayahku. Ketika itu,tahulah aku bahawa nyawa yang dimaksudkan oleh ayahmu itu sebenarnya adalah dirimu,anak perempuan yang satu."

"Pada hari ayahmu menyelamatkan ayahku,dia sebenarnya sedang mencari-cari hadiah buatmu. Katanya,kamu anak yang baik yang harus diberi penghargaan. Tetapi malangnya,ayahmu tidak memiliki apa-apa pun ketika itu bagi membolehkan dia membeli sesuatu untukmu. Lalu,ayahku pinta seorang penjual manik murah di tepi jalanan mencipta seutas rantai dari manik-manik yang dijualnya untuk dijadikan hadiah buatmu," Putera Edward menarik perlahan rantai manik yang kini sedang dipakai oleh isterinya.

"Aku disuruh untuk mengecamnya agar kelak,aku dapat mencarimu. Warna merah ini lambang keberanian ayahmu. Warna keemasan ini,lambang kerajaan kita. Dan...warna jernih yang istimewa ini adalah lambang dirimu yang disifatkan oleh ayahmu sebagai seseorang yang jernih."

"Sejak hari itu,aku langsung tidak pernah lagi bertemu dengan ayahmu yang berani. Semasa kita dipertemukan siang tadi,aku sebenarnya sedang mencari-cari pemilik rantai manik yang sungguh istimewa bukti persahabatan ayahku dan ayahmu," Putera Edward menerangkan dengan panjang lebar. Nafasnya tidak tersekat-sekat. Nada suaranya tenang dan mendatar. Kata-katanya begitu sedap didengar.

Gadis comot sedar dia semakin tertawan dengan karisma yang ditunjukkan oleh Putera Edward. Lantas dia membuang perasaannya jauh-jauh kerana dia belum yakin,setelus manakah perasaan Putera Edward terhadapnya. "Mengapa kamu  dengan begitu mudah menerimaku? Apakah kerana disebabkan ayahku telah menyelamatkan Raja Carlisle,yakni ayahmu?"

Putera Edward ketawa. Matanya mempamerkan segala kebahagiaan hatinya. Tiada lagi wajah garang yang angkuh. Rambutnya yang hitam keperakan menambahkan lagi kekacakan yang sedia ada pada rautnya. Putera Edward mencapai tangan isterinya lantas digenggam erat.

"Sayangku,percayalah padaku. Aku jatuh cinta padamu saat kali pertama aku terpandangankan jari-jemarimu yang sedang tergapai-gapai. Matamu yang redup benar-benar membuatkan aku terpegun. Warna dan saiznya cukup sepadan. Keningmu juga jelas terbentuk dengan indahnya. Kulitmu sedikit pucat ditambah dengan sedikit kemerah-merahan yang memukau. Rambutmu yang berwarna kemerah-merahan dan sedikit gelap ini masih mengkagumkan sekalipun dalam keadaan yang agak kusut. Hidung dan bibirmu pula begitu cantik terletak pada wajahmu. Dan...ketika ini,setelah kamu dibersihkan,tahulah aku bahawa bau kulitmu juga seindah wajahmu yang bisa memabukkan," Putera Edward mengucup jari-jemari isterinya dan ternyata,gadis comot telah tertawan dengan ayat lancar susunan Putera Edward.

"Jadi...memang benar kau mencintaiku?" tanya gadis comot yang mahukan kepastian.

"Ya...Bella," sekali lagi jari-jemari Bella dikucup.

-------------------------------------------THE END-------------------------------------------------------

Habis sudah orang ni merapu di pagi hari. Sebenarnya ni gabungan cerita Merlin + Twilight. Dah tak ada watak menarik yang lain yang boleh dipilih jadi ambil je la Edward Cullen dengan Bella Swan tu. Hehehe.. Saja ja buat. Dah lama dah cerita ni direka tapi baru teringat nak tulis kat sini. Harap suka. Kalau tak suka,cakap ye... Orang ni pun rasa macam 'over' sangatlah pulak cerita dia. Tambah-tambah lagi bila Putera Edward tu puji Bella. Hehehe..

Ok.. Nasib baik ada gambar yang sesuai untuk diletakkan kat sini. Dan..gambarnya juga boleh dikatakan agak sopan kan? Hehehe..

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

8 Responses to (tolong beri tajuk yang sesuai)

cikceriacorner said...

heheheh...

kreatif..gabungan dua cerite..hehhe..bagusla..bleh wat novel..hehhe

gadisBunga said...

hahahaha nice!!!!

kuat berangan ni! hihihi~

KUREKURE COMEL said...

best!!!hehehe....


buat la cerpen lg...seronok baca...
sbb mina peminat cerpen..huhuhu...


romantik gile...

MJ said...

Cikceria..org ni wt cite ni tgh2 mlm lepas tgk merlin.. Dh dok atas ktil tu x leh tido.. Org ni tulislah cite mrapu ni dlm phone.. Hehehe.. Jd jgakla sbuah cite.. Wlaupun ntah ape2..

GB..mestila.. Keje part time tu.. Hehehe..

Mina.. InsyaAllah.. Tengoklah dlu keadaannya mcm mane.. Bende mcm ni..kene ade ilham dlu bru bleh tulis.. Hehehe.. Klau x..tgntung je la jwbnye.. Hehehe..

ayie said...

nak bg tajuk...!!! tp... xbce pun...
hehehe...

emmelyn.amal.alyn said...

hurm tajuk nya.. merlin on twilight. hehe

:D
edward(bakal suami amal) kekekeke

MJ said...

ayie..heh..!

emmelyn.amal.alyn...perasan de!! :P

emmelyn.amal.alyn said...

suami angkat ttuu :D

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.