Tak Siap Kerja Sekolah...

ok.. hari ini cerita mengenai kisah kami satu kelas dengan cikgu matematik kesayangan kami tu. huhuhu.. cerita yang menyayat hati tau.

pagi tadi,selepas waktu subjek kimia,cikgu matematik masuk ke dalam kelas. mukanya tidak mempamerkan senyum atau apa-apa yang sewaktu dengannya. dalam hati,orang ni dah fikir dah. gerenti tengah angin tak berapa baik ni.

nah.. memang tak berapa baik bagi kami sebenarnya.

cikgu matematik bertanya kepada kami satu kelas samada kami ada masalah atau tidak dengan latihan yang diberikannya semalam. kebanyakan dari kami diam. memanglah diam sebab kami tak buat pun!

cikgu matematik kemudiannya berganjak dari satu tempat ke satu tempat dan memang lepas tu,dia tanya siapa yang tak buat,berdiri! hampir satu kelas berdiri. wa.. memang menakutkan.

terus cikgu matematik marah kami semua. lepas tu,dia cakap,apa pun yang terjadi,kami tetap kena hantar kerja tu sebelum balik,kalau tak,tak boleh balik. memang hangin betul masa tu.

kami pun dibenarkan duduk. bila kami duduk,mestilah kebanyakan kami nak siapkan kerja tu jadi semuanya tunduk aje tengok buku. huh..

lagilah cikgu matematik hangin bila tengok kami macam tu. terus dia keluar dari kelas kami.

selepas seketika,penolong kanan HEM pulak masuk ke dalam kelas kami. sekali lagi,kami dimarahi namun mujurlah penolong kanan HEM sekadar memberi nasihat dan tidak terfikir untuk menjatuhkan hukuman ke atas kami kerana telah menyakiti hati cikgu matematik. penolong kanan HEM keluar dengan memberi arahan kepada penolong ketua kelas dan ketua kelas untuk menyelesaikan masalah dengan cikgu matematik kami.

apabila penolong kanan HEM keluar sahaja dari kelas kami,semua orang jadi lesu. tak tau nak cakap apa. ketua kelas dan penolong ketua kelas cuba untuk memujuk cikgu matematik kami namun gagal. cikgu matematik kami sebaliknya mengatakan bahawa dia tak redha dengan ilmu yang diajarnya kepada kami.

terkejut orang ni dibuatnya. sampai macam tu sekali? termengkelan sebentar. tapi,hati cakap,tenangkan hati. orang lain semua dah panik. orang ni kekalkan senyuman di wajah dan berlagak tenang. tak guna panik dalam keadaan macam sekarang ni. boleh sakit nanti.

nasib baiklah selepas itu kami berhadapan dengan subjek bahasa inggeris yang lebih tenang dan relaks. cikgu bahasa inggeris pun seolah-olah memahami. mujurlah,kami tak ditekan lagi. cikgu bahasa inggeris membuka peluang kepada kami untuk perlahan-lahan menyiapkan kerja kami.

semasa sedang sibuk untuk cuba menyiapkan kerja tersebut,orang ni diajak oleh Hazimah untuk menemaninya ke bilik guru bagi memujuk cikgu matematik kami. Hazimah agak gementar nak pergi ke meja guru dan perlahan-lahan seorang guru lain menyakinkan kami untuk menghadapi cikgu matematik.

"pergi! saya tak nak tengpk muka awak! pergi! pergi!"

orang ni berundur ke belakang. hati jadi tak menentu. gelisah. Hazimah,tersedu sudah. tangan orang ni digenggamnya kuat. bukan salah cikgu matematik. hanya salah kami sendiri.

sebelum balik,semua orang bertungkus lumus menyiapkan kerja yang diminta tersebut. memang semua orang panik. mana tidaknya,ibu bapa sedang menunggu,cikgu pula sedang marah. semua orang memang panik. malangnya,orang ni tak merasa apa-apa. sekadar berdoa moga ALLAH kurniakan kesabaran buat mama yang sedang menunggu. mujurlah,Sera ada di sana. dialah yang membantu kami menyelesaikan kerja tersebut.

setelah jam menunjukkan jam satu lima minit petang,barulah orang ni berjaya menyelesaikannya.

apabila orang ni menjejakkan kaki ke dalam kereta,mama mendengar kisah yang berlaku dengan teliti. mujurlah mama memahaminya. ALHAMDULILLAH.. sebab doa orang ni dikabulkan. yang marahnya,adik. tak kisah sangat jadi,biarlah.

sekarang,orang ni tengah berfikir,macam mana nak pujuk cikgu matematik tu. moga ALLAH membuka pintu hati cikgu matematik untuk memaafkan kesalahan kami itu.

memang salah kami pun. maafkanlah kami.

Bella,kalau awak tengah baca ni,maka tahulah awak bahawa sekarang 4IKHLAS tengah dalam masalah yang sangat besar.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Tak Siap Kerja Sekolah...

gadisBunga said...

dia merajuk sebab dia sayang kan kamu....

bella:) said...

ya Allah..
1) terharu sbb mimi igt amal
2) KENAPA SAMPAI MCM INI SEKALI? ya Allah..... rasa mcm nak pergi PD bawak rombongan 4 ikhlas dan pergi mintak maaf kat teacher. huaaaa!
3) we need to do something

MJ said...

GB..itu sudah pasti..tp..macam mane kami nk pujuk balik cikgu tu??

bella..tu la akibatnya bile dh x dtang sekolah.. fikir2knlah nak buat ape nanti.. moga2 bella boleh selesaikannya..

bella:) said...

huuuuu.. ini sgt berat,,
*gulP*

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.