Meraban

Hm.. Semalam mimi jazman cakap dia rasa macam nak nangis kan? Yup.. Orang ni dah menangis banyak-banyak semalam. Hehehe.. Tau tak kenapa? Sebab...orang ni nak cuci mata. Ada orang cakap,menangis boleh cuci mata kita. Betul ke? Entahlah.. Orang ni buat je dan hasilnya...hm...macam tak ada beza je mata orang ni. Kelabu sama ja. Hehehe.. Tak kisahlah. Anugerah ALLAH yang satu ni tetap kena jaga elok-elok sebab masih satu amanah bagi kita sebagai seorang hambaNYA.
Macam mana pun,pagi ni,orang ni bangun dengan perasan yang sangat geram. Geram sebab masih tak dapat jadi seseorang yang kuat. Geram sebab bukan orang ni yang rawat luka tu,sebaliknya,tambah lagi perasaan sakit tu.
Orang ni ada perasaan jugak. Asyik fikir pasal perasaan orang,terlupa pulak orang ni ada perasaan sendiri. Hehehe.. Sedar-sedar hati sendiri dah terluka. Hehehe.. Apa yang orang ni merepek ni? Merapu lebih.
Ok.. Siapa kat sini tahu orang ni tak suka pergi kenduri? Lagi-lagi tak suka kalau kenduri tu kenduri anjuran orang kaya-kaya. Bukannya berniat nak putuskan silaturrahim ke apa ke. Cuma,kadang-kadang tu tak boleh tahan mata dari melihat perkara-perkara yang tak sepatutnya. Macam-macam jenis orang nanti kita jumpa. Lepas tu,mulut ni mulalah gatal nak cari dosa! Lagipun,nanti makan sambil dengar lagu yang ntah apa-apa. Hilang barakah majlis tu. Nak makan pun senak perut dibuatnya. Lagi seronok makan kat masjid. Hehehe..
Bila dah sakit hati,mulalah orang ni merepek tentang apa-apa sahaja bagi mengalihkan perhatian. Tak nak fikir yang bukan-bukan jadi kenalah fikir benda lain. Jadi,orang ni pun mulalah meraban kat sini. Maaflah ye.. Hehehe..

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Meraban

cikceriacorner said...

hehehhe..

la yeke..xpe la dik..sabau ye..ceria selalu ek..

MJ said...

cik ceria..ok!! :)

KUREKURE COMEL said...

sbb tu mina tak rajin pegi kenduri...


tp bila kenduri tu guna katering...kurang ckit dosa..sbb dtg mkn..lpstu cepat2 balik...hihihi

MJ said...

Mina..tp..klau katering tu x sdap.. Huh.. Lg krang dose sbb x tringin nk tmbh ape2 jd duduk pun sekejap aje.. Hehehe..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.