Archive for March 2011

Mimi Jazman Kembali

Ya.. Mimi Jazman telah kembali. Setelah lebih seminggu tidak menulis di ruangan ini,akhirnya,Mimi Jazman kembali.
Er.. Sebenarnya kan...orang ni ada benda nak cakap. Segan? Hehehe.. Adalah sikit. Tapi..kena cakap jugak ni.
Mulai hari ini,orang ni tukar kata ganti nama diri. Teringin nak buat macam GB_GadisBunga dan AA_AzieAzah. Teringin nak singkatkan nama Mimi Jazman jadi MJ.
Jadi,mulai hari ini,panggilan 'orang ni' akan ditukar kepada 'MJ'.
Ada bantahan? Jap.. Ada sesiapa nampak DrHanie?

Posted in | 8 Comments

(tolong beri tajuk yang sesuai)



Gadis comot itu merayau tanpa hala tujuan. Ibu dan ayah sudah tiada di sisi,kini,hanya dia sendiri. Diletakkan di rumah ibu saudaranya,gadis comot itu melarikan diri. Tidak mahu ibu tua itu mengalami susah kerananya.

Yang ada padanya kini,hanyalah seutas rantai manik murah yang tidak dapat dijual bagi mendapatkan sekeping roti pun. Rantai manik itu hadiah pemberian ayahnya. Kata ayahnya,rantai murah ini sangat tinggi nilainya namun hingga kini,gadis comot masih belum memahami apa yang dimaksudkan oleh ayahnya.

Dalam diam,gadis comot itu mencari. Dia mencuri di celah-celah pasar yang sesak. Dia perlu makan. Dan baginya kini,tiada lagi cara lain untuk mendapatkan makanan dalam keadaan terdesak seperti yang sedang dilaluinya melainkan mencuri. Bukan dia tidak mencuba mencari pekerjaan,namun hampa. Percubaannya sia-sia. Dari rumah ke rumah dia berjalan,bertanya pada mereka apakah ada kerja untuknya. Nasib si gadis comot,dia langsung tidak dipetemukan dengan seseorang yang boleh memberinya pekerjaan.

Tangan kotor itu disisipkan ke celah-celah bagi mencapai sebiji epal hijau. Dalam keadaan itu,tiba-tiba gadis comot disergah dari belakang. Gadis itu terkejut lalu berundur sedikit ke belakang. Seorang lelaki yang bertubuh tegap sedang berdiri di hadapannya. Setelah ditenung dan diperhatikan,tahulah gadis comot bahawa dia telah ditangkap mencuri oleh anak si raja,Putera Edward yang sombong dan angkuh.

Putera Edward merenung tajam ke arah gadis comot yang sedang menggeletar ketakutan melihat wajahnya. Dengan langkah yang cukup perlahan,Putera Edward menghampiri gadis comot yang sedang tertunduk merenung kakinya yang tidak berkasut. Putera Edward merapatkan wajahnya ke arah gadis comot. Gadis comot mengangkat sedikit wajahnya memandang Putera Edward. Tiba-tiba,Putera Edward menarik semula wajahnya yang terkejut ke belakang. Pasti,Putera Edward terkejut benar melihat wajah gadis comot yang kotor dan kehitaman.

"Di mana orang tuamu?" tanya Putera Edward setelah beberapa ketika.

"Mereka telah pergi selamanya dan tak mungkin mereka akan kembali lagi," jawab gadis comot dengan tenang. Entah mengapa,dia tidak merasa takut pada kemungkinan Putera Edward akan memenjarakannya. Baginya itu lebih baik kerana kini,dia tidak punya satu apa pun melainkan seutas rantai manik murah.

"Pengawal.....," Putera Edward kemudiannya mengarahkan gadis comot dibawa ke istana. Gadis comot mula ketakutan. Pasti,dia akan dipenjarakan. Tangan gadis comot ditarik kasar oleh para pengawal istana. Dia dibawa naik ke atas kereta kuda.

Setibanya mereka di istana,gadis comot dibawa ke bilik dayang-dayang untuk dibersihkan. Gadis comot masih takut. Fikirnya,dia mungkin akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum dipenjarakan. Bagus juga memandangkan dia sudah lama tidak membersihkan dirinya. Gadis comot itu hanya membiarkan sahaja dayang-dayang membersihkan dirinya. Dia duduk diam di tempatnya,terlalu takut untuk bersuara.

Selesai dimandikan,gadis comot diberi pakaian bersih yang cantik. Gadis comot segera memakainya lantas wajahnya yang telah dibersihkan itu direnung ke dalam cermin. Walaupun tidaklah secantik bidadari,gadis comot tetap merasakan bahawa dirinya itu indah.

Gadis comot kemudian dibawa menghadap Raja Carlisle.

"Ayahanda,inilah dia gadis itu. Anakanda temukan dia di jalanan," kata Putera Edward pada ayahnya. Gadis comot menggeletar lagi. Pasti dia akan dibunuh kerana telah ditangkap mencuri oleh Putera Edward.

Raja Carlisle yang berpakaian mewah menghampiri gadis comot. Kemudian lantas berkata,"Tidak salah lagi pilihan kamu. Kahwinilah dia,wahai puteraku."

Putera Edward tersenyum. Ketampanannya yang tidak kelihatan tadi kini,mulai terserlah. Maka di hari yang indah itu,gadis comot terus dikahwinkan dengan Putera Edward. Tiada majlis besar-besaran seperti kebiasaannya. Raja Carlisle lebih senang jika majlis perkahwinan anaknya itu dilakukan dalam keadaan serba sederhana.

Di sebelah malamnya,pada malam pertama gadis comot bergelar isteri kepada Putera Edward,dia bertanya,"Mengapa Tuanku setuju dikahwinkan dengan patik? Mengapa secepat ini juga? Patik tidak mengerti sama sekali,"luah gadis comot dengan nada yang kehairanan.

Putera Edward menghampiri isterinya. "Ayahku berhutan nyawa dengan ayahmu. Aku berada di sana ketika itu. Ayahku hampir terbunuh oleh seorang lelaki yang diupah untuk membunuhnya. Namun,ayahmu berada di sana dan dengan keberaniannya,ayahku terselamat dari dibunuh oleh lelaki tadi. Melihatkan keadaan itu,ayahku sememangnya teringin sekali membalas jasa ayahmu."

"Namun,ayahmu mengatakan bahawa ayahku hanya dapat membalasnya dengan menjaga nyawanya sesudah dia tiada lagi di muka bumi ini. Pada mulanya,aku juga tidak begitu memahami. Tetapi setelah ayahmu meninggal,aku dipanggil mengadap ayahku. Ketika itu,tahulah aku bahawa nyawa yang dimaksudkan oleh ayahmu itu sebenarnya adalah dirimu,anak perempuan yang satu."

"Pada hari ayahmu menyelamatkan ayahku,dia sebenarnya sedang mencari-cari hadiah buatmu. Katanya,kamu anak yang baik yang harus diberi penghargaan. Tetapi malangnya,ayahmu tidak memiliki apa-apa pun ketika itu bagi membolehkan dia membeli sesuatu untukmu. Lalu,ayahku pinta seorang penjual manik murah di tepi jalanan mencipta seutas rantai dari manik-manik yang dijualnya untuk dijadikan hadiah buatmu," Putera Edward menarik perlahan rantai manik yang kini sedang dipakai oleh isterinya.

"Aku disuruh untuk mengecamnya agar kelak,aku dapat mencarimu. Warna merah ini lambang keberanian ayahmu. Warna keemasan ini,lambang kerajaan kita. Dan...warna jernih yang istimewa ini adalah lambang dirimu yang disifatkan oleh ayahmu sebagai seseorang yang jernih."

"Sejak hari itu,aku langsung tidak pernah lagi bertemu dengan ayahmu yang berani. Semasa kita dipertemukan siang tadi,aku sebenarnya sedang mencari-cari pemilik rantai manik yang sungguh istimewa bukti persahabatan ayahku dan ayahmu," Putera Edward menerangkan dengan panjang lebar. Nafasnya tidak tersekat-sekat. Nada suaranya tenang dan mendatar. Kata-katanya begitu sedap didengar.

Gadis comot sedar dia semakin tertawan dengan karisma yang ditunjukkan oleh Putera Edward. Lantas dia membuang perasaannya jauh-jauh kerana dia belum yakin,setelus manakah perasaan Putera Edward terhadapnya. "Mengapa kamu  dengan begitu mudah menerimaku? Apakah kerana disebabkan ayahku telah menyelamatkan Raja Carlisle,yakni ayahmu?"

Putera Edward ketawa. Matanya mempamerkan segala kebahagiaan hatinya. Tiada lagi wajah garang yang angkuh. Rambutnya yang hitam keperakan menambahkan lagi kekacakan yang sedia ada pada rautnya. Putera Edward mencapai tangan isterinya lantas digenggam erat.

"Sayangku,percayalah padaku. Aku jatuh cinta padamu saat kali pertama aku terpandangankan jari-jemarimu yang sedang tergapai-gapai. Matamu yang redup benar-benar membuatkan aku terpegun. Warna dan saiznya cukup sepadan. Keningmu juga jelas terbentuk dengan indahnya. Kulitmu sedikit pucat ditambah dengan sedikit kemerah-merahan yang memukau. Rambutmu yang berwarna kemerah-merahan dan sedikit gelap ini masih mengkagumkan sekalipun dalam keadaan yang agak kusut. Hidung dan bibirmu pula begitu cantik terletak pada wajahmu. Dan...ketika ini,setelah kamu dibersihkan,tahulah aku bahawa bau kulitmu juga seindah wajahmu yang bisa memabukkan," Putera Edward mengucup jari-jemari isterinya dan ternyata,gadis comot telah tertawan dengan ayat lancar susunan Putera Edward.

"Jadi...memang benar kau mencintaiku?" tanya gadis comot yang mahukan kepastian.

"Ya...Bella," sekali lagi jari-jemari Bella dikucup.

-------------------------------------------THE END-------------------------------------------------------

Habis sudah orang ni merapu di pagi hari. Sebenarnya ni gabungan cerita Merlin + Twilight. Dah tak ada watak menarik yang lain yang boleh dipilih jadi ambil je la Edward Cullen dengan Bella Swan tu. Hehehe.. Saja ja buat. Dah lama dah cerita ni direka tapi baru teringat nak tulis kat sini. Harap suka. Kalau tak suka,cakap ye... Orang ni pun rasa macam 'over' sangatlah pulak cerita dia. Tambah-tambah lagi bila Putera Edward tu puji Bella. Hehehe..

Ok.. Nasib baik ada gambar yang sesuai untuk diletakkan kat sini. Dan..gambarnya juga boleh dikatakan agak sopan kan? Hehehe..

Posted in | 8 Comments

Meraban

Hm.. Semalam mimi jazman cakap dia rasa macam nak nangis kan? Yup.. Orang ni dah menangis banyak-banyak semalam. Hehehe.. Tau tak kenapa? Sebab...orang ni nak cuci mata. Ada orang cakap,menangis boleh cuci mata kita. Betul ke? Entahlah.. Orang ni buat je dan hasilnya...hm...macam tak ada beza je mata orang ni. Kelabu sama ja. Hehehe.. Tak kisahlah. Anugerah ALLAH yang satu ni tetap kena jaga elok-elok sebab masih satu amanah bagi kita sebagai seorang hambaNYA.
Macam mana pun,pagi ni,orang ni bangun dengan perasan yang sangat geram. Geram sebab masih tak dapat jadi seseorang yang kuat. Geram sebab bukan orang ni yang rawat luka tu,sebaliknya,tambah lagi perasaan sakit tu.
Orang ni ada perasaan jugak. Asyik fikir pasal perasaan orang,terlupa pulak orang ni ada perasaan sendiri. Hehehe.. Sedar-sedar hati sendiri dah terluka. Hehehe.. Apa yang orang ni merepek ni? Merapu lebih.
Ok.. Siapa kat sini tahu orang ni tak suka pergi kenduri? Lagi-lagi tak suka kalau kenduri tu kenduri anjuran orang kaya-kaya. Bukannya berniat nak putuskan silaturrahim ke apa ke. Cuma,kadang-kadang tu tak boleh tahan mata dari melihat perkara-perkara yang tak sepatutnya. Macam-macam jenis orang nanti kita jumpa. Lepas tu,mulut ni mulalah gatal nak cari dosa! Lagipun,nanti makan sambil dengar lagu yang ntah apa-apa. Hilang barakah majlis tu. Nak makan pun senak perut dibuatnya. Lagi seronok makan kat masjid. Hehehe..
Bila dah sakit hati,mulalah orang ni merepek tentang apa-apa sahaja bagi mengalihkan perhatian. Tak nak fikir yang bukan-bukan jadi kenalah fikir benda lain. Jadi,orang ni pun mulalah meraban kat sini. Maaflah ye.. Hehehe..

Posted in | 4 Comments

Ujian

rasa nak pengsan.. nak nangis.. sungguh.. ALLAH menguji..

Posted in | 6 Comments

Letih Sangat

Berhempas-pulas selama hampir 3 jam. Mujur cuaca redup. Hati pun senang memandang kehijauan bumi. Moga ALLAH suburkan tanaman yang orang ni tanam.
Letih sangat...

Posted in | 4 Comments

Dato Chong Wei Menang

Semalam,Dato Lee Chong Wei menang lawan dengan Lin Dan. Memang puas hatilah orang ni dengan mama.
Mama dengan orang ni stay up sampai pukul 1 lebih tengok Dato Chong Wei lawan. Mama memang tak suka Lin Dan.
Huh.. Memang pujilah performance Dato Chong Wei semalam. Konsisten je. Tak de banyak suspen sangat.
Rakyat Malaysia kat England memang bersemangat dan sangat supportive. Dato Chong Wei sampai letih bagi autograf dekat peminat. Bukan setakat rakyat Malaysia yang minat kat Dato Chong Wei,rakyat England pun teruja sangat bila Dato Chong Wei bagi autograf dekat mereka. Bagus kan Dato Chong Wei kita sampai kat luar negara pun meletup. Hehehe..
Mestilah dia popular kan? Dato Chong Wei tu kan pemain dunia. Mestilah ramai peminat.
Apapun,TAHNIAH diucapkan pada Dato kita.
Dan satu lagi pasal final semalam. Bila Dato Chong Wei menang,memang dia tak tunjuk belagak sangat. Kalau Lin Dan..huh..siap bukak baju lagi. Heh..
Dato Chong Wei semalam senyum tak henti. Muka nampak puas je. Dato Chong Wei siap cium lagi bendera Malaysia yang ada kat baju dia. Hehehe..
Tahniah Dato Chong Wei..!! Semoga terus maju.
Sebenarnya,semalam,orang ni dah rekod setiap yang terjadi masa game tu untuk masuk dalam blog..alih-alih tak boleh publish. Hm.. Sedih betul. Tapi tak pe la. Satu dunia dah tengok game semalam kan??

Posted in | 3 Comments

Final All England 1

Chaiyok Dato Chong Wei. Bagi menang tau. Kalahkan China..!
Huh.. Semangat orang ni cangak depan tv ni semata-mata nak tengok final All England ni tau. Hehehe..

Posted in | Leave a comment

Tense Situation + Merlin...

Huh.. Tadi masa double Malaysia lawan,suasana dalam rumah agak tertekan. Memang nampak yang Malaysia boleh menang tadi. Leading dah pun,malangnya dah hujung-hujung tu,double Malaysia jadi agak tak tersusun. Ades!! Memang semangat nak tengok Malaysia menang tadi.
Kalau double Malaysia menang kali ni,mesti Dato Chong Wei jadi bersemangat sikit. Huh.. Points memang tak jauh dan double Malaysia memang boleh diharapkan.
Jadi,lepas ni,harapan rakyat Malaysia untuk sekali lagi menjuarai kejohanan All England bergantung pada Dato Chong Wei. Harap sangat Dato Chong Wei boleh kalahkan Lin Dan. Hehehe..
Baru selesai tengok Merlin. Best kan? Siapa tengok?
Cerita Merlin ni selalu menyentuh jiwa. Watak Merlin tu..memang pandai dihayati oleh pelakonnya.
Macam kata naga tu...
"All great struggles demine sacrifices."

Posted in | Leave a comment

Lambat Lagi...

Lambat lagilah giliran Dato' Chong Wei. Takut kacau Merlin pulak nanti. Hm..

Posted in | Leave a comment

Dato Chong Wei vs Chen Long

Hari ni,Dato Chong Wei berentap dengan Chen Long dari China yang telah memenangi kesemua set permainannya dengan pemain-pemain lain.
Walaubagaimanapun,Dato Chong Wei dengan mudahnya Chen Long yang pada awalnya kelihatan yakin dapat menewaskan Dato Chong Wei.
Hehehe.. Macam pengulas sukan sudah. Heh.. Tak ada maknanya. Ok.. Baba cakap malam ni Dato Chong Wei lawan Lin Dan. Pengulas sukan tadi cakap esok. Jadi mana satu yang betul ni??
Kejohanan All England ni memang menarik untuk ditonton apatah lagi bila sampai masa Dato Chong Wei yang berentap.
Hari ni,Dato Chong Wei nampak puas hati betul dapat kalahkan Chen Long. Selalunya,muka Dato taklah nampak puas macam tu. Hari ni,agak berbeza.
Mungkin,Dato Chong Wei agar gentar kot di awal permainan memandangkan Chen Long telah meningkatkan kualiti permainannya.
Memang,Chen Long dah tingkatkan kemahiran dia. Dari Open Malaysia hari tu,rasanya,hari ni jauh lebih baik.
[+]
bagi mereka yang belum tahu.. Mimi Jazman memang suka badminton. Tak boleh tahan keghairahan tu sebenarnya bila tengok reket dan bulu tangkis. Terasa semangat lebih. Hehehe..

Posted in | Leave a comment

Blog...

siapa di sini yang ada lebih dari satu blog dalam akaun google anda?? ok.. baiklah.. orang ni pun macam tu. memang ada lebih dari satu blog. dan mungkin..kalau orang ni bagitau,ramai orang akan terkejut. hehehe.. tau kenapa??


sebab....orang ni ada lima blog!! hehehe.. berikut adalah senarai blog-blog tersebut..

  • blog Mimi Jazman ni la. ini blog yang bercerita tentang apa yang jadi dalam hari-hari orang ni dan sebagainya. yang umum untuk bacaan semua pihak. 
  • blog Privasi. ada dua orang yang mengikuti perkembangan blog ni. dan blog ni telah diprivatekan sejak minggu lepas rasanya sebab seganlah nak bagi orang baca cerita peribadi kita. hehehe.. 
  • blog yang satu lagi ni juga diprivasikan sebab ini pun ada banyak kisah peribadi. tapi blog yang satu ni,orang ni share dengan seorang kawan lain. kami saling mengikuti perkembangan masing-masing di blog tu la. sebab tu yang private tu. hehehe.. 
  • blog dengan kawan-kawan baik di ISLAH dulu. Kisah MGNZ. ini pun ruangan untuk tatapan umum walaupun tak ada yang baca. hehehe.. sekadar kami sahaja. 
  • blog galeri gambar kami berempat. Gallery MGNZ.. 
banyak kan blog orang ni?? hehehe.. maklumlah,orang ni kan ada banyak urusan. hehehe.. ye la tu. taklah. sebenarnya,kebanyakan blog yang ada dalam akaun orang ni adalah bertujuan untuk tidak memutuskan persahabatan kami memandangkan orang ni tak ada profil facebook yang bertulis nama MIMI JAZMAN. 

Posted in | 4 Comments

Tak Siap Kerja Sekolah...

ok.. hari ini cerita mengenai kisah kami satu kelas dengan cikgu matematik kesayangan kami tu. huhuhu.. cerita yang menyayat hati tau.

pagi tadi,selepas waktu subjek kimia,cikgu matematik masuk ke dalam kelas. mukanya tidak mempamerkan senyum atau apa-apa yang sewaktu dengannya. dalam hati,orang ni dah fikir dah. gerenti tengah angin tak berapa baik ni.

nah.. memang tak berapa baik bagi kami sebenarnya.

cikgu matematik bertanya kepada kami satu kelas samada kami ada masalah atau tidak dengan latihan yang diberikannya semalam. kebanyakan dari kami diam. memanglah diam sebab kami tak buat pun!

cikgu matematik kemudiannya berganjak dari satu tempat ke satu tempat dan memang lepas tu,dia tanya siapa yang tak buat,berdiri! hampir satu kelas berdiri. wa.. memang menakutkan.

terus cikgu matematik marah kami semua. lepas tu,dia cakap,apa pun yang terjadi,kami tetap kena hantar kerja tu sebelum balik,kalau tak,tak boleh balik. memang hangin betul masa tu.

kami pun dibenarkan duduk. bila kami duduk,mestilah kebanyakan kami nak siapkan kerja tu jadi semuanya tunduk aje tengok buku. huh..

lagilah cikgu matematik hangin bila tengok kami macam tu. terus dia keluar dari kelas kami.

selepas seketika,penolong kanan HEM pulak masuk ke dalam kelas kami. sekali lagi,kami dimarahi namun mujurlah penolong kanan HEM sekadar memberi nasihat dan tidak terfikir untuk menjatuhkan hukuman ke atas kami kerana telah menyakiti hati cikgu matematik. penolong kanan HEM keluar dengan memberi arahan kepada penolong ketua kelas dan ketua kelas untuk menyelesaikan masalah dengan cikgu matematik kami.

apabila penolong kanan HEM keluar sahaja dari kelas kami,semua orang jadi lesu. tak tau nak cakap apa. ketua kelas dan penolong ketua kelas cuba untuk memujuk cikgu matematik kami namun gagal. cikgu matematik kami sebaliknya mengatakan bahawa dia tak redha dengan ilmu yang diajarnya kepada kami.

terkejut orang ni dibuatnya. sampai macam tu sekali? termengkelan sebentar. tapi,hati cakap,tenangkan hati. orang lain semua dah panik. orang ni kekalkan senyuman di wajah dan berlagak tenang. tak guna panik dalam keadaan macam sekarang ni. boleh sakit nanti.

nasib baiklah selepas itu kami berhadapan dengan subjek bahasa inggeris yang lebih tenang dan relaks. cikgu bahasa inggeris pun seolah-olah memahami. mujurlah,kami tak ditekan lagi. cikgu bahasa inggeris membuka peluang kepada kami untuk perlahan-lahan menyiapkan kerja kami.

semasa sedang sibuk untuk cuba menyiapkan kerja tersebut,orang ni diajak oleh Hazimah untuk menemaninya ke bilik guru bagi memujuk cikgu matematik kami. Hazimah agak gementar nak pergi ke meja guru dan perlahan-lahan seorang guru lain menyakinkan kami untuk menghadapi cikgu matematik.

"pergi! saya tak nak tengpk muka awak! pergi! pergi!"

orang ni berundur ke belakang. hati jadi tak menentu. gelisah. Hazimah,tersedu sudah. tangan orang ni digenggamnya kuat. bukan salah cikgu matematik. hanya salah kami sendiri.

sebelum balik,semua orang bertungkus lumus menyiapkan kerja yang diminta tersebut. memang semua orang panik. mana tidaknya,ibu bapa sedang menunggu,cikgu pula sedang marah. semua orang memang panik. malangnya,orang ni tak merasa apa-apa. sekadar berdoa moga ALLAH kurniakan kesabaran buat mama yang sedang menunggu. mujurlah,Sera ada di sana. dialah yang membantu kami menyelesaikan kerja tersebut.

setelah jam menunjukkan jam satu lima minit petang,barulah orang ni berjaya menyelesaikannya.

apabila orang ni menjejakkan kaki ke dalam kereta,mama mendengar kisah yang berlaku dengan teliti. mujurlah mama memahaminya. ALHAMDULILLAH.. sebab doa orang ni dikabulkan. yang marahnya,adik. tak kisah sangat jadi,biarlah.

sekarang,orang ni tengah berfikir,macam mana nak pujuk cikgu matematik tu. moga ALLAH membuka pintu hati cikgu matematik untuk memaafkan kesalahan kami itu.

memang salah kami pun. maafkanlah kami.

Bella,kalau awak tengah baca ni,maka tahulah awak bahawa sekarang 4IKHLAS tengah dalam masalah yang sangat besar.

Posted in | 4 Comments

Ping Pong

Wa.. Dah berapa lama mimi jazman tak buat catatan baru?? Hehehe.. Lama kan??
Maaflah. Sejak kebelakangan ni,asyik sibuk aje memanjang. Sampaikan penat sangat untuk buat catatan baru. Kalau tidur,mesti tertidur masa tengah ulangkaji. Almaklumlah..otak letih sangat.
Semalam,mimi jazman buat benda pelik yang baru. Memang terasa bahagia dan syok bila dapat buat benda tu. Hehehe..
Orang ni main ping pong semalam. Semalam,kat sekolah ada sukan dan permainan. Orang ni main ping pong.
Sebenarnya,orang ni tak reti pun main ping pong. Tu la kali kedua orang ni main ping pong.
Yang bagusnya,orang ni menang semalam walhal itu adalah kali kedua orang ni main. Bagus kan?? Alhamdulillah..
Akak senior tu pun puji. Dia kata,nanti dia ajar lagi. Yeay!
Dulu,orang ni main badminton,sekarang orang ni nak cuba ping pong pulak. Manalah tahu kalau-kalau ada peluang nak muncul sebagai pemain ping pong sekolah ke.. Hehehe..
Kalian doakan orang ni berjaya ya!! Moga Allah membalas segalanya.

Posted in | 2 Comments

Kenangan dengan Cikgu Matematik...

kisah semalam...

semalam,cikgu matematik tu masuk kelas kami. semalam kan hari jumaat jadi waktu rehat dia awal sikit. kebetulan pulak kelas matematik sebelum rehat.

punyalah cikgu matematik tu khusyuk mengajar sampaikan tak sedar bahawa telah masuk waktu rehat. malangnya,tak ada sesiapa pun yang berani nak bagitau dia yang masanya telah tamat. selesai mengajar,dia menyuruh kami keluar rehat sedangkan waktu itu,masa rehat sudah pun tamat.

cikgu matematik kami itu bertanya kepada kami mengapa tiada seorang pun dari kami yang memberitahunya tentang perkara tersebut.

bagi orang ni,tentu sahaja kerana takut dia akan marah. hehehe..

kemudian,kelas kami bersambung sahaja dengan kelas yang berikutnya iaitu kelas bahasa inggeris. setelah beberapa ketika cikgu BI masuk,dua orang rakan sekelas orang ni masuk dengan membawa air kotak yang sememangnya cukup buat kami sekelas.

apabila disoal oleh cikgu BI untuk apa air kotak itu,dua orang rakan sekelas orang ni tadi,memberitahu bahawa ianya pemberian cikgu matematik kami buat kami sekelas. yeay!!! cip cip horray!! hehehe..

kenangan yang indah bukan?? walaupun cikgu matematik tu garang sangat tapi dia masih sangat baik hati untuk belanja kami sekelas air kotak tu. hehehe..

terima kasih cikgu!! semoga ALLAH merahmatinya.. :)

Posted in | 7 Comments

Cikgu Matematik...

Nama cikgu itu dirahsiakan. Hehehe.. Takut nanti dia baca blog orang ni pulak.
Cikgu matematik orang ni memang garang gila. Cepat betul naik angin. Huh... Seram sejuk orang ni dibuatnya bila dia masuk kelas.
Pernah sekali,orang ni risau sangat-sangat pasal matematik tambahan. Lepas tu,ditambah pulak dengan rasa takut kat cikgu tu. Malam tu,terus cikgu matematik tu masuk mimpi. Dalam mimpi tu,orang ni siap kena tengking lagi. Huh...
Tapi...cikgu matematik tu memang pandai sangat-sangat. Muka dia pun cantik dan manis. Solo lagi rasanya. Pandai bergaya. Em.. Orang ni suka jugaklah kat cikgu tu walaupun cikgu tu garang tahap tak ingat. Hehehe..
Moga ALLAH merahmatinya. :)

Posted in | 7 Comments

Orang Ni Juga Punya Perasaan...

Cuba untuk tetap bertahan bersabar dengan sikapnya yang kurang ajar. Cuba untuk tidak menyakitinya walaupun setiap kali kita berbicara dengannya,dia hanya buat 'bodoh' dan membuka lagu sekuatnya sedangkan kita sedang bercakap dengannya.

Geram...marah...sebal...sakit hati...terasa... Semua campur aduk sekali.

Letih...

Orang ni pun ada perasaan. Orang ni cuba cakap elok-elok dengan dia,mintak dia fikirkan jugak perasaan orang lain,dia sebaliknya buat tak tahu dan pasang lagu.

Mimi jazman juga punya perasaan. Ini bukan kali pertama orang ni nasihatkan dia. Dah banyak kali dah tapi tetap sama.

Orang ni dah letih. Kadang-kadang terfikir jugak,apa kata buat tak tau je kat dia tu?? Buat macam dia tak wujud dan tak payah fikirkan perasaan dia. Kalau dia tak peduli perasaan kita,kita pun boleh je tak nak pedulikan perasaan dia. Hm...

Tapi..patut ke?? Hati terluka ni.

Moga ALLAH bersama orang ni dan moga ALLAH tenangkan jiwa yang tengah serabut ni.

4 Comments

Pertama Kali Gagal

Dulu,pernah Asmira tanya pada orang ni mampu ke orang ni berhadapan dengan kegagalan satu ketika nanti sekiranya orang ni tak pernah gagal sebelum ni.

Soalan yang mendebarkan orang ni sebenarnya. Sebab memang mimi jazman tak pernah berhadapan dengan kegagalan pun sebelum ni. Dalam exam je la. Lain-lain tu banyak je yang gagal.

SUBHANALLAH.. Hari ni orang ni merasa gagal.

Hari ni dapat keputusan ujian kertas matematik moden. Tak pernah dalam hidup mimi jazman gagal dalam exam. Ni kali pertama.

Hanya ALLAH sahaja yang tahu bagaimana hebatnya perasaan kecewa itu. Dahlah kecewa,kena marah dengan cikgu zalia lagi. Cikgu zalia marah betul dengan kami semua. Ramai betul yang gagal.

Sedih sangat. Nampaknya lepas ni,mimi jazman kenala usaha keras lagi. Huh...

Moga ALLAH bersama orang ni.

[+] buat sementara,orang ni tak boleh blogwalking dan balas komen lagi sebab mama dah sekat penggunaan laptop. Hujung minggu je dapat. Jadi,orang ni blogwalking dan balas komen hujung minggu nanti je la ye.. Minta maaf sangat-sangat. Ni pun post dari emel je. Teruskan beri komen ye. Nanti orang ni balas..ok??

4 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.