Sunnah dan Sains...

sunnah : makan dengan menggunakan tangan kanan dan apabila telah habis,hendaklah menjilat sisa-sisa makanan di jari.

sains : terdapat banyak enzim yang terkandung di celah-celah jari,iaitu 10 kali ganda yang terdapat dalam air liur yang mana dapat membantu proses pencernaan dan penghadaman makanan di dalam tubuh kita.


sunnah : muluruskan tulang belakang ketika rukuk

sains : seseorang bukan sahaja dapat mengelakkan risiko mendapat penyakit tulang malah secara keseluruhan dapat meningkatkan tahap kesihatan. bendalir pada sendi-sendi dapat ditambah. dengan peningkatan bendalir dalam sel,ini dapat melembutkan pergerakan sendi serta merawat penyakit sakit belakang dan arthritis.


sunnah : sujud dengan sempurna dalam tempoh yang lama

sains : kadar denyutan yang paling rendah adalah semasa sujud. kedudukan kepala juga lebih rendah daripada jantung. maka jantung tak perlu berusaha keras untuk mengepam darah ke bahagian kerana dipengaruhi daya tarikan graviti semula jadi. amat digalakkan bagi yang ada masalah tekanan darah tinggi.


sunnah : larangan bernafas di dalam bekas air ketika minum.

sains : apabila kita menghembus nafas ketika minum,kita akan mengeluarkan karbon dioksida yang apabila bercampur dengan air akan menghasilkan cuka dan menyebabkan minuman itu berasid.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Sunnah dan Sains...

gadisBunga said...

interesting facts. thanks for sharing. :)

MJ said...

gadisbunga..moga kita sama2 mendapat ilmu yang bermanfaat.. RASULULLAH tu kan penghulu kita..?? :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.