Perhimpunan Tadi...

Masa perhimpunan tadi,ada kisah yang menarik berlaku.

Selepas menyanyi lagu negaraku,tiba-tiba cikgu azam jerkah ke arah sesuatu.

Bergema suara cikgu azam jerkah dua orang pelajar dalam dewan kami tu. Bila pelajar yang dipanggil mendekati pentas,terus dua-dua orang pelajar tadi kena tampar dengan cikgu azam.

Gr..... Mimi jazman tak suka sangat tengok benda-benda macam tu.

Selepas ditampar oleh cikgu azam,pelajar berdua tu tak dibenarkan ke tempat mereka sebelumnya. Selesai membaca doa kafarah dan surah al-asr sebagai penutup majlis,cikgu azam turun dari pentas.

Lepas tu terus dia tarik rambut pelajar berdua tu. Orang ni tak tengok pun. Dengar cerita je dari orang. Mimi jazman memang tak kuat kalau tengok benda-benda macam tu.

Huh.. Mula-mula,orang ni rasa perbuatan cikgu azam tak begitu wajar.

Bila masuk dalam kelas,budak-budak lelaki cakap memang patut budak berdua tu diperlakukan macam tu sebab kurang ajar sangat.

Jadi,sekarang,orang ni tak tau nak sokong atau tak perbuatan cikgu azam tu. Apapun,moga lepas ni,tak ada dah kes-kes macam tu. Memalukan pelajar je.

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Perhimpunan Tadi...

gadisBunga said...

apa puncanya sampai cikgu azam tu buat macam tu? dia dah kawin ke belum?

h4ni3 said...

garangnya cikgu azam!

MJ said...

GB..cikgu azam tu dh kawin kot.. ntahla.. rasenyelah..

drhanie..em.. menakutkn..

MJ said...

GB..dgr kate la..budak berdua tu kurang ajar waktu nyanyi lagu negaraku..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.