Perhimpunan Berfokus Pertama...

ALHAMDULILLAH.. walaupun pagi tadi bangun dalam keadaan tak bersemangat nak ke sekolah tapi bila dah sampai sekolah,terus bersemangat.

tahu kenapa?? sebab....orang ni ada kawan-kawan yang baik hati dan sangat ceria. betullah cakap orang,persekitaran mempengaruhi kita. hehehe.. ALHAMDULILLAH.. may ALLAH bless my friends.

ok.. apa apa pun,itu bukanlah cerita yang paling ingin diceritakan oleh orang ni.

nak cerita pasal perhimpunan berfokus pertama orang ni di SHAMS. memang best. cikgu-cikgu dia memang positif dan banyak betul nasihat yang boleh diperolehi. cuma....ada satu masalahla. journal pelajar yang kami semua dapat tu kecik sangat untuk tulis semua nasihat yang cikgu-cikgu bagi jadi kena bawak buku lain untuk catat apa yang cikgu-cikgu pesan. hehehe..

masa perhimpunan tu,orang ni duduk sebelah seorang budak perempuan. comel orangnya. manis je.

bila pengetua kami ke hadapan,dia mula marah kat pelajar yang tak bawak journal pelajar. dia suruh siapa yang tak bawak tu berdiri. bila dia tanya,"mana journal kamu?"

kebanyakkannya jawab kat kelas. bila pengetua tanya lagi,"kenapa kat kelas?"

budak sebelah orang ni tu jawab,"malas nak bawak."

dengan muka garang dan tak ada moodnya,dia menjawab. nasib baik dia jawab perlahan,kalau didengar dek pengetua tu,malu jugak tu. hehehe..

bila difikir-fikirkan balik. memang tak sopan melawan cakap guru. tapi,orang ni fahamlah jugak keadaan budak sebelah tu. mungkin dia ada masalah kat rumah dia jadi orang ni buat tak tau aje la. mungkin budak sebelah tu mood dia tak berapa baik. kita memanglah tak tau tapi selalunya memang macam tu la.

teringat zaman 'kedegilan' orang ni dulu. orang ni memang kuat sangat membantah cakap cikgu. semua benda kalau boleh nak dibantah seenak mulut. hm... memang tak bagus! semua arahan cikgu nak dipersoalkan. kalau cikgu suruh berdiri,orang ni mulalah cakap yang cikgu nak mendera kami lah,apalah.

padahal,semua orang tahu yang cikgu buat semua tu,bersebab. orang ni pun tau tapi sengaja tunjuk keras kepala! kononnya hebat sangat.

tapi..bila tengok budak perempuan tu tadi,orang ni gelakkan diri sendiri. lepas tu keluarlah ayat ni dari hati kecil orang ni,"kedegilan itu hanyalah kebodohan."

betul tak?? orang lain yang nasihatkan kita memang nakkan yang terbaik buat kita tapi kita membantah sebab kita tak suka dinasihati.. er... memang tak patut.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Perhimpunan Berfokus Pertama...

budak baikk!~ said...

wah rindu kat perhimpunan!~
hargai masa zaman persekolahan k dik!~

MJ said...

Budakbaikk..hehehe.. Kak..tukarla name.. Org ni kene pnggil akak kat awk tp..nama blogger awk budakbaikk.. Hehehe..

Apepun..insyaallah..org ni akn hargai apa yang org ni miliki hari ni..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.