Orang Ni Bukan Sesiapa...

hendaklah ditekankan bahawa mimi jazman bukanlah sesiapa. tidak memegang sebarang watak utama dalam lakonan pentas dunia realiti. jadi,jangan renung orang ni!

sebenarnya,dah janji dengan diri sendiri tak mahu tarik terlalu banyak perhatian.sebab orang ni bukan watak utama dalam apa kisah sekalipun!

dulu,dalam kelas,orang ni mungkin satu subject yang agak menarik untuk terus diperhatikan kerana memang orang ni kadang-kadang bersikap melebih-lebih. mengada-ngada. tak sukalah! nak berubah.

benar cakap orang,tak semua orang boleh suka kita dan selesa dengan kita. banyak jugak yang cakap,jadilah diri sendiri bukannya hipokrit.

itu apa yang selalu orang cakap,bukan orang ni. orang ni lebih memilih untuk berusaha menjadi lebih baik. kita tak boleh nak terus menjadi diri kita yang sebenarnya andai kata ianya bukan sesuatu yang baik. orang ni ingin berubah,ingin menjadi seorang insan yang lebih baik dari semasa ke semasa. tak mahu berada pada tahap yang sama kerana ia bukannya sesuatu yang baik.

kita bukanlah yang terbaik,jauh sekali sempurna tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha. satu prinsip yang orang ni pegang dan INSYAALLAH akan bertahan sehingga ke denyutan yang terakhir.

orang ni biasanya sangat menonjol dan susah untuk membuatkan ramai orang berasa selesa. teringin betul nak jadi satu subjek yang diam dan pasif. orang ni nak lihat lebih banyak. ingin berbicara pada diri akan kerenah manusia yang pelbagai.

mungkin,setelah terpisah jauh dari dunia lama,orang ni akan cuba berubah. cuba berubah menjadi sebaik-baik teman. berubah menjadi anak yang baik. berubah menjadi seorang yang lebih positif kerana pada hakikatnya,di dunia ini terlalu banyak benda yang boleh dijadikan ilmu.

janganlah terlalu memandang ke arah mimi jazman. dia perlu mengelak dari menjadi perhatian. dia perlu berubah menjadi manusia yang penuh dengan kerendahan hati kerana kadang-kadang manusia yang terlalu tinggi personalitinya,merasa bangga yang berlebihan. orang ni tak mahu perkara yang dulu berulang lagi.

apapun,moga ALLAH bersama orang ni.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.