Kepada Pelajar di Luar Sana...

pemikiran mungkin lain-lain jadi terpulanglah. tapi tak salah kan kalau orang ni menulis sesuatu dari sudut pandagan dan pendapat sendiri??


ada di antara mereka yang di luar sana berpendapat bahawa belajar itu susah,sukar dan mustahil. ada yang benci pada guru,seterusnya menjadikan itu sebagai satu objektif untuk tidak mahu belajar. 

ya.. orang ni pun pelajar dan dulu,orang ni juga mempunyai masalah yang sama. 

belajar itu sebenarnya memang susah dan sukar tetapi tidak pernah mustahil. kalau belajar itu mustahil,maka manusia tidak akan sampai sehingga ke tahap ini pada hari ini. 

hidup kita yang dipenuhi alatan canggih di sekeliling adalah bukti menunjukkan bahawa belajar itu susah tetapi tidak pernah mustahil. satu ketika dahulu,manusia tidak pernah menyangka bahawa mereka akan terbang di awan biru seperti burung. perkara itu dianggap satu kemustahilan buat mereka. tetapi,kapal terbang kita pada hari ini,lebih laju dari seekor burung. lebih besar dari seekor burung. mustahilkah itu semua??

baiklah... ada orang di luar sana mengatakan bahawa belajar itu bergantung pada minat. kalau kita minat,barulah kita boleh cemerlang. 

orang ni setuju. betul tu.. jadi,setiap pelajar itu mestilah minat setiap subjek yang harus dipelajari bukan sekiranya tidak minat,berhenti belajar! 

ada orang mengatakan bahawa bahasa arab itu susah. susah sekali.

percayalah...orang ni juga pernah mengalaminya. sanggup memburuk-burukkan guru-guru semata-mata ingin keluar dari sekolah agama. mujurlah ketika itu,baba tetap tegas dengan pendiriannya. baba tak benarkan orang ni keluar dan ALHAMDULILLAH..orang ni berjaya melaluinya. 

orang ni pernah mengalami dilema belajar. orang ni pernah mempertikaikan bahawa belajar itu susah. tetapi setelah difikirkan semula,sebenarnya,hidup tanpa belajar itu lebih susah. 

ada ramai insan di luar sana yang begitu dahagakan ilmu sehingga sanggup melakukan apa sahaja. mengapa kita di sini sebaliknya mengeluh dan berputus asa? jangan cipta walaupun satu alasan untuk mengelak dari belajar. jangan katakan bahawa diri kalian tidak pandai. jangan katakan bahawa guru yang mengajar itu tidak begitu pandai mengajar. jangan katakan bahawa guru yang mengajar kalian itu garang,jahat dan sebagainya. 

apa gunanya mencipta semua alasan itu? sekalipun guru yang mengajar kalian itu membenci kalian,sedarkah kalian bahawa dia tetap guru kalian??

ingat..dunia ini sememangnya tidak mudah. jangan menyangka dunia ini mudah. tak semuanya boleh dilalui dengan senyum dan tawa sebaliknya ad atangis,derita dan kecewa akan mengiringi kalian di dalam hidup ini. 

berjuanglah. tanamkan dalam diri kalian bahawa kalian ini adalah di antara pejuang-pejuang ALLAH yang ingin menuntut redhaNYA. tanamkan dalam diri kalian bahawa kesusahan dan perjuangan yang kalian pada hari ini akan mendapat kemenangan di akhirat kelak. tanamkan itu sahaja dalam diri kalian.

ALLAH punya segalanya. ilmu di dunia ini adalah milikNYA. selagi ada peluang,kajilah ilmu yang ada. jangan persiakan usia. sesungguhnya,itu adalah kerugian yang amat besar. 

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.