Hal dengan Mesin Parking

Tadi pergi atria dengan pak zaid. Kami dibawa oleh pak zaid ke sana sebab nak beli kasut sekolah baru.

Hari tu,sebelum masuk sekolah,kami sekeluarga pergi beli kasut sekolah baru. Kasut sekolah warna hitam biasa yang bertali tu. Bila masuk sekolah,cikgu bagitau kata tak boleh pakai kasut sekolah bertali. Jadi,tadi tu baru keluar pergi beli.

Lepas beli,kami pun nak masuk kereta macam biasalah. Pak zaid pergilah bayar parking kat mesin tu.

Nah.. Pak zaid masukkan RM5 dalam mesin tu. Tiba-tiba keluar resit je. Sedangkan bakinya ada lagi RM3. Hm.. Silap besar mesin parking tu buat hal dengan pak zaid.

Pak zaid pergilah dekat jaga yang ada kat situ. Mak ai... Menjawablah pulak jaga tu. Dengan pak zaid,memang silap. Sekali kena jerkah dekat situ,barulah tahu. Hehehe..

Sebenarnya,point penting dalam cerita ni adalah,keturunan orang ni memang mudah naik hangin. Memang silaplah sesiapa yang buat silap dengan mereka semua ni. Kadang-kadang,orang ni pun takut. Hehehe..

Siapa melawan,buat salah,siap kau kena jerkah! Hehehe.. Tapi,orang ni taklah. Orang ni relax je. Hehehe.. Tak caya tanya kawan sekolah. Hehehe..

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.