Cintailah Allah dan Rasulullah...Wahai Jiwa yang Marah...

kadang-kadang kita melihat ada manusia yang hidupnya tidak pernah tenang kerana rasa sakit marah dan dendam membara.

cuma satu sahaja cara untuk melembutkan hati yang penuh dengan kebencian itu. yakni dengan mencintai ALLAH dan RASULULLAH SAW.

tenangkan hatimu. berselawatlah kamu. jangan salahkan sesiapa pun di sekeliling kamu kerana ia pasti ada hikmahnya.

orang ni juga masih remaja. masih muda dan mentah namun orang ni juga punya pengalaman.

dulu,pada satu ketika,orang ni sangat pendendam orangnya. sangat suka marah. menuduh orang itu dan orang ini sesuka hati. sebaliknya,sekiranya ada orang yang cuba menegur,orang ni melenting menuduh mereka tidak berhak. aneh bukan??

kini,orang ni terfikir. mengapa manusia tidak hanya merenung pada kesalahan diri sendiri dan bukannya kesalahan orang lain? biarlah cara orang itu salah. tetapi sekiranya kita benar-benar bersalah,mengapa tidak kita mengaku sahaja??

sudahlah wahai hati yang marah. tenangkan dirimu. untuk apa marahmu itu?? kerana kebodohanmu sendiri??

ALLAH menduga manusia dengan cara yang tidak mungkin diduga oleh manusia. namun,di dalam ALQURAN,ALLAH telah berfirman yang bermaksud :

"Dialah (Allah) yang memberikan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu'min supaya bertambah lagi iman mereka di samping iman mereka yang sedia ada."


surah Al-Fath: ayat 4


jadi,bersabarlah. orang mukmin itu ialah orang yang beriman. orang yang beriman itu biasanya bersabar. dan INSYAALLAH,berkat kesabaranmu,ALLAH akan menambah keimanan di dalam dirimu.

RASULULLAH SAW punya jiwa yang kental. ada manusia yang mempertikaikannya. ada manusia yang mengatakan bahawa RASULULLAH SAW itu adalah nabi,pasti baginda punya kesabaran. kita manusia biasa mana mampu kita bersabar seperti RASULULLAH SAW.

bagi mereka yang mengatakannya,fikirkan dari sudut pandangan orang ni pula.

RASULULLAH SAW juga manusia. manusia biasa. malahan,sebelum diangkat menjadi nabi,RASULULLAH SAW adalah seorang anak yatim. itu ujian pertama buat baginda. selepas itu,kematian orang-orang tersayang,mula berturut-turut di dalam kisah perjalanan RASULULLAH SAW. dimulakan dengan ibundanya,AMINAH. kemudian,datuknya. setelah diangkat menjadi nabi,RASULULLAH SAW ditentang oleh seluruh penduduk MAKKAH,malahan bapa saudaranya,ABU LAHAB juga menghina dan menentangnya. kemudian,bapa saudara yang paling lama menjaga dan melindunginya juga meninggal dunia serentak dengan isterinya yang tercinta,KHADIJAH RADHIYALLAH A'NHA. kemudian,penyeksaan demi penyeksaan berlaku.

namun,adakah RASULULLAH SAW pernah menyalahkan takdir di atas semua perkara yang berlaku ke atasnya? tidak. ini kerana,RASULULLAH SAW yakin bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.

kita pada hari ini,sudah mula melenting jika menghadapi sedikit kesukaran. tetapi,sebaliknya RASULULLAH SAW menghadapi kesukaran hampir sepanjang umur hidupnya namun baginda tetap terus bersabar dan tidak cepat melatah.

sedarlah wahai jiwa yang marah.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Cintailah Allah dan Rasulullah...Wahai Jiwa yang Marah...

gadisBunga said...

sama lah...

dulu gb pun spesis pantang ditegur. luar nampak manis tapi kalau ditegur mmg tak boleh. ego kot.

tapi sekarang ni dah kurang sikit perangai buruk tu. alhamdulillah...

nak jadi umat muhammad ni sebenarnya mudah tapi payah, betul tak?

MJ said...

gadisbunga..payah tu memang payah tapi tak pernah mustahil..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.