Bahasa Melayu...

sebenarnya,dah lama dah nak bercerita pasal ni. pasal sesuatu yang baru wujud dalam diri.

kebanyakan orang lebih memilih bahasa inggeris kerana kata mereka,bahasa inggeris lebih moden dan berprestij dan macam-macam lagilah. sama jugak dengan orang ni satu ketika dahulu. orang ni lebih suka bahasa inggeris dari bahasa melayu. berlagak kan?? dah melayu,melayu je la. hehehe..

sebenarnya,tak ada masalah pun kalau ada sesiapa di luar sana yang lebih menggemari bahasa inggeris. itu hak dan pilihan masing-masing,orang ni tak boleh membantah dan dunia tak mungkin akan mengikut rentak kita.

sebenarnya,setelah membaca blog fajaril,orang ni jadi terasa pulak. yela.. fajaril tu tinggalnya di UK sana. menuntut ilmu dalam penuh suratan suka duka. tetapi..dia tak adalah pulak menunjuk-nunjuk akan kehebatan bahasa inggerisnya sedangkan orang-orang scotland memang hebat bahasa inggeris mereka.

terbaca pula blog adifstory. mempunyai dua blog. satu bahasa melayu sementara satu lagi bahasa inggeris. dia memang tak fasih berbicara melayu sekalipun di dalam dirinya itu terdapat darah melayu. tetapi..dia masih bangga dapat  menulis dalam bahasa melayu. dia memang sangat-sangat berbangga dapat menulis dalam bahasa melayu sekalipun bahasanya baku.

masa tu lah,diri ini terasa sedikit insaf. kenapalah kita boleh berlagak berbicara bahasa lain sedangkan bahasa melayu itu ada indahnya yang tersendiri?

sejak beberapa bulan yang lepas,orang ni semakin menyayangi bahasa melayu dan cuba untuk menegenalinya dengan lebih dekat. dulu,berlagak sangat dapat cakap bahasa inggeris,sekarang rasa malu pun ada bila orang suruh cakap bahasa inggeris.

INSYAALLAH..lepas ni,orang ni akan cuba praktikkan bahasa melayu dengan lebih baik dalam penulisan di ruangan ni. kita  ada bahasa sendiri bukan??

tetapi..macam mana pun sayangnya kita pada bahasa sendiri,janganlah lupa yang bahasa inggeris tu kena jugak dipelajari. itu untuk ilmu. sekarang,semua benda guna bahasa inggeris jadi mahu atau tidak,kita tetap kena belajar.

samalah jugak dengan keperluan belajar bahasa arab. bahasa arab kan bahasa AL-QURAN. bahasa syurga.

begitu jugalah dengan bahasa-bahasa lain. semuanya ada kepentingan masing-masing.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.