Almari Apek...

tajuk di atas boleh juga diterbalikkan. hehehe..

semalam,kami sekeluarga bagun awal-awal pagi. semangat nak pergi cari almari baju untuk orang ni dan adik.

masa pindah datang seremban dulu,kami tak bawak almari lama kami sebab almari dah separuh reban. almaklumlah,dah lama sangat guna almari tu. dari tadika lagi.

bila dah menetap kat sini,orang ni,adik,mama dan baba memang tak ada almari nak simpan baju. lepas tu,tok yan belikan untuk orang ni dan adik almari yang kain tu. yang rm30 kat supermarket tu. walaupun hanya bertahan selama sebulan,almari kain itu tetap dihargai sebab kalau tak ada almari tu,kemungkinan baju kami dok kat lantai je. hehehe..

jadi,semalam kami pergi melilau di pekan seremban untuk mencari almari baju yang betul-betul almari baju. hehehe..

dari kedai ke kedai,akhirnya kami singgahlah kat sebuah kedai apek ni. jumpalah satu almari warna hitam. pintu jenis tolak. cantik. reka bentuk moden. ada dua laci besar kat bawah. ruang dia pun agak besar. sesuailah untuk orang ni dengan adik. terus baba tanya harga. ALHAMDULILLAH.. harganya pun bagus. tak terlalu mahal dan memang kenalah dengan bajet kami. hehehe..

lepas tu,terus pesan nak dua. baba tanya apek tu,apek tu cakap ada lagi satu dalam stor. lepas tandatangan semua resit,apek tu cakap,lagi sejam dia sampai.

malangnya,waktu almari kami tu sampai dekat rumah,kami tak ada. kami keluar pergi makan. jadi,bila sampai rumah terus telefon balik apek almari tu.

apek almari tu kata,lori yang sepatutnya hantar almari kami tu ke senawang jadi kenalah tunggu. tunggu punya tunggu,tak sampai-sampai jugak.

baba telefon apek tu lagi. apek tu cakap dalam pukul 7 malam kot.

tapi...lepas pukul 7 pun lori masih tak sampai. kebetulan mama pulak tak masak jadi memang semua orang dalam rumah tu kelaparan. baba terpaksa telefon apek tu sekali lagi.

apek tu kata,pergilah keluar makan dulu. lori tu mungkin lambat. kami pun pergilah keluar makan.

bila balik,lori tu masih tak sampai-sampai. mama dengan baba dah hangin. orang ni pun geram jugak sebab teruja sangat nak almari baru. lepas tu,orang ni pulak mengantuk sangat-sangat. hm...

nak dekat pukul 11 malam baru lori tu datang. hm... sabar je tau. kira ok lah jugak kan dia hantar dari kita kena pergi kedai dia buat tuntutan semula??

tapi..................

almari tu ada satu je! kami pesan dua tapi satu je yang sampai. tahu apa kata apek tu?? lagi dua tiga hari sampai.

mak ai.. agak-agaklah. eh.. ada ke macam tu?? itu namanya menipu pelanggan. ades..!

tapi macam mana pun,orang ni tak nak tulis lebih-lebih sebab takut terlebih marah. kang hati tak tenang pulak. apa-apa pun,ambillah perkara ni sebagai pengajaran. lain kali kalau nak beli perabot,tunggu dan tengok sendiri macam mana barang kita tu dihantar,sempurna ataupun tidak. hehehe..

jangan jadi macam kami. hehehe.. tertipu sudah.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.