Archive for February 2011

Perhimpunan Tadi...

Masa perhimpunan tadi,ada kisah yang menarik berlaku.

Selepas menyanyi lagu negaraku,tiba-tiba cikgu azam jerkah ke arah sesuatu.

Bergema suara cikgu azam jerkah dua orang pelajar dalam dewan kami tu. Bila pelajar yang dipanggil mendekati pentas,terus dua-dua orang pelajar tadi kena tampar dengan cikgu azam.

Gr..... Mimi jazman tak suka sangat tengok benda-benda macam tu.

Selepas ditampar oleh cikgu azam,pelajar berdua tu tak dibenarkan ke tempat mereka sebelumnya. Selesai membaca doa kafarah dan surah al-asr sebagai penutup majlis,cikgu azam turun dari pentas.

Lepas tu terus dia tarik rambut pelajar berdua tu. Orang ni tak tengok pun. Dengar cerita je dari orang. Mimi jazman memang tak kuat kalau tengok benda-benda macam tu.

Huh.. Mula-mula,orang ni rasa perbuatan cikgu azam tak begitu wajar.

Bila masuk dalam kelas,budak-budak lelaki cakap memang patut budak berdua tu diperlakukan macam tu sebab kurang ajar sangat.

Jadi,sekarang,orang ni tak tau nak sokong atau tak perbuatan cikgu azam tu. Apapun,moga lepas ni,tak ada dah kes-kes macam tu. Memalukan pelajar je.

4 Comments

Tentang Baba...

Hari ni,kami sekeluarga dengar cerita pasal baba dari tok aja dan tok ani.

Baba.. Memang kelakar. Kalau orang tak belikan apa yang dia nak,mesti dia akan merajuk. Baba takkan menangis tapi dia akan buat perangai. Hehehe.. Ok.. Sekarang,baru orang ni tau kenapa adik selalu buat perangai kalau tak dapat apa yang dia nak. Hehehe..

Kata tok ani,muka baba dulu macam anak jepun. Mata baba tak besar dan tak adalah kecik sangat. Putih pulak tu. Sampai sekarang pun macam tu. Masa baba pergi temuduga kerja dulu,orang cakap 'hai' kat baba sebab ingat dia tu cina. Hehehe..

Untuk pengetahuan kalian,bagi orang ni,baba macam baim wong. Mata lebih kurang cuma baba gelap sikit. Perangai lebih kurang je. Hehehe.. Puji ayah sendiri!

Macam mana pun,orang ni bangga ada baba sebab dialah pendidik terhebat pernah orang ni jumpa.

May ALLAH bless him.

4 Comments

Hal dengan Mesin Parking

Tadi pergi atria dengan pak zaid. Kami dibawa oleh pak zaid ke sana sebab nak beli kasut sekolah baru.

Hari tu,sebelum masuk sekolah,kami sekeluarga pergi beli kasut sekolah baru. Kasut sekolah warna hitam biasa yang bertali tu. Bila masuk sekolah,cikgu bagitau kata tak boleh pakai kasut sekolah bertali. Jadi,tadi tu baru keluar pergi beli.

Lepas beli,kami pun nak masuk kereta macam biasalah. Pak zaid pergilah bayar parking kat mesin tu.

Nah.. Pak zaid masukkan RM5 dalam mesin tu. Tiba-tiba keluar resit je. Sedangkan bakinya ada lagi RM3. Hm.. Silap besar mesin parking tu buat hal dengan pak zaid.

Pak zaid pergilah dekat jaga yang ada kat situ. Mak ai... Menjawablah pulak jaga tu. Dengan pak zaid,memang silap. Sekali kena jerkah dekat situ,barulah tahu. Hehehe..

Sebenarnya,point penting dalam cerita ni adalah,keturunan orang ni memang mudah naik hangin. Memang silaplah sesiapa yang buat silap dengan mereka semua ni. Kadang-kadang,orang ni pun takut. Hehehe..

Siapa melawan,buat salah,siap kau kena jerkah! Hehehe.. Tapi,orang ni taklah. Orang ni relax je. Hehehe.. Tak caya tanya kawan sekolah. Hehehe..

Leave a comment

Terima Kasih....

memiliki kawan-kawan yang baik hati dan sangat menyokong kita,memang menyenangkan. sungguh..walaupun hanya kenal melalui catatan-catatan di alam maya,kemesraan dan kasih sayang itu tetap melekat di jiwa. terima kasih buat mereka yang sangat memahami. yang sangat membantu. yang sangat baik sebagai seorang kawan.

orang ni doakan yang terbaik buat kalian yang sudi menghulurkan senyum bagi mengubat rasa sakit yang menikam jiwa. rasa bangga memiliki kawan seperti kalian. moga ALLAH merahmati kalian...

  • GB [terima kasih GB sebab jadi kawan yang baik. sayang GB!! sangat-sangat.]

  • Dr.Hanie  [terima kasih jugak sebab menghulurkan sedikit rasa senang dalam hati orang ni. sayang drhanie! dan...sgt2 suka apabila drhanie panggil orang ni dengan nama panggilan tu. hehehe..]

  • Ardzmarn [terima kasih. ayat macam mat romeo. hehehe.. tapi,tak pe.. terima kasih jugak ye.]

  • Humaira' [setia sebagai teman yang menyokong dengan baik. terima kasih,kawan lama.]

  • Budak Baikk [terima kasih sebab letak nama kita di blog awak. sayang budak baikk! hehehe.. ]
hati terasa lebih tenang dengan nasihat dan keprihatinan yang telah kalian tunjukkan. may ALLAH bless all of you..

Posted in | 8 Comments

Kecewa dengan Diri...

Geram sebab diri tak kuat. Lemah dan tak berdaya! Terasa ingin menangis. Ada jiwa perlukan bantuan. Tekanan melampau! Aduh..

Allah...

8 Comments

Calon KP

Hari ni orang ni sangat sibuk dekat sekolah. Namun,memang terasa sedikit rasa bahagia. ALHAMDULILLAH..

Sebenarnya,orang ni telah dicalonkan untuk jadi pengawas. KP tu maksudnya pengawaslah. Hehehe.. Walaupun,masih baru,orang ni telah dicalonkan untuk jadi KP. ALHAMDULILLAH.. Walaupun masih baru,orang ni tetap diberi peluang.

Jadi,hari ni,orang ni disuruh untuk menjaga bilik BADAR memandangkan kami ada tetamu dari SK Semenyih. Seronoklah dapat menjalankan tugasan macam tu.

Dulu,kat ISLAH,orang ni tak pernah dapat peluang macam tu sebab ye la....orang ni kan nakal sikit dulu..? Hehehe..

Tahun ni..orang ni nak berubah jadi lebih baik. Moga ALLAH meberkati.

Dan...terima kasih kepada kawan sekelas baru orang ni,Rashid. Katanya,dialah yang mencalonkan kami sebagai KP. Terima kasih,rashid. Semoga ALLAH membalas.

4 Comments

Merudum Tiba-Tiba

Rasa sedih sangat sekarang ni. Tengah baring atas katil,mata dah letih,mintak ditutup tapi hati rasa serba salah.

Hari ni,orang ni belajar sikit sangat. Tiba-tiba tak ada mood. Geram dengan diri sendiri. Diri rasa malas sangat. Kadang-kadang rasa macam nak hempaskan badan kat dinding tu. Geram!

Atau....adakah ianya biasa bagi seorang gadis yang sedang melalui 'bulan biasa'?? Huhuhu.. Tak suka.

6 Comments

Ya.. Tak lama pun pergi. Hehehe..

Terima kasih kepada drhanie dan gadisbunga yang setia menanti. Sebenarnya,orang ni tengah ada ujian kat sekolah sebab tu la jadi sibuk sikit. Tak sempat nak blogwalking macam selalu. Laptop pun ma dah sorokkan sebab nak kami adik beradik tumpu perhatian pada pembelajaran. Huhuhu.. Nanti waktu cuti sekolah baru dapat balik laptop tu.

Jadi,nanti je la orang ni blogwalking blog kalian..ok??

Ada sesiapa nak tolong orang ni belajar add maths?? Susah benar. Dahlah cikgu dia garang. Hehehe.. Nama pun cikgu kan?? Mestilah garang. Dia nak pelajar dia berjaya.

5 Comments

mimi jazman pergi buat seketika,boleh?? hatinya terlalu sakit dan terluka. INSYAALLAH..akan kembali nanti.. may ALLAH bless you guys..

2 Comments

Cintailah Allah dan Rasulullah...Wahai Jiwa yang Marah...

kadang-kadang kita melihat ada manusia yang hidupnya tidak pernah tenang kerana rasa sakit marah dan dendam membara.

cuma satu sahaja cara untuk melembutkan hati yang penuh dengan kebencian itu. yakni dengan mencintai ALLAH dan RASULULLAH SAW.

tenangkan hatimu. berselawatlah kamu. jangan salahkan sesiapa pun di sekeliling kamu kerana ia pasti ada hikmahnya.

orang ni juga masih remaja. masih muda dan mentah namun orang ni juga punya pengalaman.

dulu,pada satu ketika,orang ni sangat pendendam orangnya. sangat suka marah. menuduh orang itu dan orang ini sesuka hati. sebaliknya,sekiranya ada orang yang cuba menegur,orang ni melenting menuduh mereka tidak berhak. aneh bukan??

kini,orang ni terfikir. mengapa manusia tidak hanya merenung pada kesalahan diri sendiri dan bukannya kesalahan orang lain? biarlah cara orang itu salah. tetapi sekiranya kita benar-benar bersalah,mengapa tidak kita mengaku sahaja??

sudahlah wahai hati yang marah. tenangkan dirimu. untuk apa marahmu itu?? kerana kebodohanmu sendiri??

ALLAH menduga manusia dengan cara yang tidak mungkin diduga oleh manusia. namun,di dalam ALQURAN,ALLAH telah berfirman yang bermaksud :

"Dialah (Allah) yang memberikan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu'min supaya bertambah lagi iman mereka di samping iman mereka yang sedia ada."


surah Al-Fath: ayat 4


jadi,bersabarlah. orang mukmin itu ialah orang yang beriman. orang yang beriman itu biasanya bersabar. dan INSYAALLAH,berkat kesabaranmu,ALLAH akan menambah keimanan di dalam dirimu.

RASULULLAH SAW punya jiwa yang kental. ada manusia yang mempertikaikannya. ada manusia yang mengatakan bahawa RASULULLAH SAW itu adalah nabi,pasti baginda punya kesabaran. kita manusia biasa mana mampu kita bersabar seperti RASULULLAH SAW.

bagi mereka yang mengatakannya,fikirkan dari sudut pandangan orang ni pula.

RASULULLAH SAW juga manusia. manusia biasa. malahan,sebelum diangkat menjadi nabi,RASULULLAH SAW adalah seorang anak yatim. itu ujian pertama buat baginda. selepas itu,kematian orang-orang tersayang,mula berturut-turut di dalam kisah perjalanan RASULULLAH SAW. dimulakan dengan ibundanya,AMINAH. kemudian,datuknya. setelah diangkat menjadi nabi,RASULULLAH SAW ditentang oleh seluruh penduduk MAKKAH,malahan bapa saudaranya,ABU LAHAB juga menghina dan menentangnya. kemudian,bapa saudara yang paling lama menjaga dan melindunginya juga meninggal dunia serentak dengan isterinya yang tercinta,KHADIJAH RADHIYALLAH A'NHA. kemudian,penyeksaan demi penyeksaan berlaku.

namun,adakah RASULULLAH SAW pernah menyalahkan takdir di atas semua perkara yang berlaku ke atasnya? tidak. ini kerana,RASULULLAH SAW yakin bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.

kita pada hari ini,sudah mula melenting jika menghadapi sedikit kesukaran. tetapi,sebaliknya RASULULLAH SAW menghadapi kesukaran hampir sepanjang umur hidupnya namun baginda tetap terus bersabar dan tidak cepat melatah.

sedarlah wahai jiwa yang marah.

Posted in | 2 Comments

Kepada Pelajar di Luar Sana...

pemikiran mungkin lain-lain jadi terpulanglah. tapi tak salah kan kalau orang ni menulis sesuatu dari sudut pandagan dan pendapat sendiri??


ada di antara mereka yang di luar sana berpendapat bahawa belajar itu susah,sukar dan mustahil. ada yang benci pada guru,seterusnya menjadikan itu sebagai satu objektif untuk tidak mahu belajar. 

ya.. orang ni pun pelajar dan dulu,orang ni juga mempunyai masalah yang sama. 

belajar itu sebenarnya memang susah dan sukar tetapi tidak pernah mustahil. kalau belajar itu mustahil,maka manusia tidak akan sampai sehingga ke tahap ini pada hari ini. 

hidup kita yang dipenuhi alatan canggih di sekeliling adalah bukti menunjukkan bahawa belajar itu susah tetapi tidak pernah mustahil. satu ketika dahulu,manusia tidak pernah menyangka bahawa mereka akan terbang di awan biru seperti burung. perkara itu dianggap satu kemustahilan buat mereka. tetapi,kapal terbang kita pada hari ini,lebih laju dari seekor burung. lebih besar dari seekor burung. mustahilkah itu semua??

baiklah... ada orang di luar sana mengatakan bahawa belajar itu bergantung pada minat. kalau kita minat,barulah kita boleh cemerlang. 

orang ni setuju. betul tu.. jadi,setiap pelajar itu mestilah minat setiap subjek yang harus dipelajari bukan sekiranya tidak minat,berhenti belajar! 

ada orang mengatakan bahawa bahasa arab itu susah. susah sekali.

percayalah...orang ni juga pernah mengalaminya. sanggup memburuk-burukkan guru-guru semata-mata ingin keluar dari sekolah agama. mujurlah ketika itu,baba tetap tegas dengan pendiriannya. baba tak benarkan orang ni keluar dan ALHAMDULILLAH..orang ni berjaya melaluinya. 

orang ni pernah mengalami dilema belajar. orang ni pernah mempertikaikan bahawa belajar itu susah. tetapi setelah difikirkan semula,sebenarnya,hidup tanpa belajar itu lebih susah. 

ada ramai insan di luar sana yang begitu dahagakan ilmu sehingga sanggup melakukan apa sahaja. mengapa kita di sini sebaliknya mengeluh dan berputus asa? jangan cipta walaupun satu alasan untuk mengelak dari belajar. jangan katakan bahawa diri kalian tidak pandai. jangan katakan bahawa guru yang mengajar itu tidak begitu pandai mengajar. jangan katakan bahawa guru yang mengajar kalian itu garang,jahat dan sebagainya. 

apa gunanya mencipta semua alasan itu? sekalipun guru yang mengajar kalian itu membenci kalian,sedarkah kalian bahawa dia tetap guru kalian??

ingat..dunia ini sememangnya tidak mudah. jangan menyangka dunia ini mudah. tak semuanya boleh dilalui dengan senyum dan tawa sebaliknya ad atangis,derita dan kecewa akan mengiringi kalian di dalam hidup ini. 

berjuanglah. tanamkan dalam diri kalian bahawa kalian ini adalah di antara pejuang-pejuang ALLAH yang ingin menuntut redhaNYA. tanamkan dalam diri kalian bahawa kesusahan dan perjuangan yang kalian pada hari ini akan mendapat kemenangan di akhirat kelak. tanamkan itu sahaja dalam diri kalian.

ALLAH punya segalanya. ilmu di dunia ini adalah milikNYA. selagi ada peluang,kajilah ilmu yang ada. jangan persiakan usia. sesungguhnya,itu adalah kerugian yang amat besar. 

Posted in | Leave a comment

terluka dan terus terluka..

3 Comments

Sunnah dan Sains...

sunnah : makan dengan menggunakan tangan kanan dan apabila telah habis,hendaklah menjilat sisa-sisa makanan di jari.

sains : terdapat banyak enzim yang terkandung di celah-celah jari,iaitu 10 kali ganda yang terdapat dalam air liur yang mana dapat membantu proses pencernaan dan penghadaman makanan di dalam tubuh kita.


sunnah : muluruskan tulang belakang ketika rukuk

sains : seseorang bukan sahaja dapat mengelakkan risiko mendapat penyakit tulang malah secara keseluruhan dapat meningkatkan tahap kesihatan. bendalir pada sendi-sendi dapat ditambah. dengan peningkatan bendalir dalam sel,ini dapat melembutkan pergerakan sendi serta merawat penyakit sakit belakang dan arthritis.


sunnah : sujud dengan sempurna dalam tempoh yang lama

sains : kadar denyutan yang paling rendah adalah semasa sujud. kedudukan kepala juga lebih rendah daripada jantung. maka jantung tak perlu berusaha keras untuk mengepam darah ke bahagian kerana dipengaruhi daya tarikan graviti semula jadi. amat digalakkan bagi yang ada masalah tekanan darah tinggi.


sunnah : larangan bernafas di dalam bekas air ketika minum.

sains : apabila kita menghembus nafas ketika minum,kita akan mengeluarkan karbon dioksida yang apabila bercampur dengan air akan menghasilkan cuka dan menyebabkan minuman itu berasid.

Posted in | 2 Comments

Makan Mahal...

semalam jugak,kami sekeluarga 'terhabiskan' duit untuk perkara yang tak perlu. contohnya,makan di A&W. memang mahal sangat harganya. memang tak boleh pergi makan dah lepas ni.

belah malamnya pulak,kami pergi makan kat sebuah kedai nasi ayam. memang besar sangat kedai tu tapi malangnya tak ada orang langsung. kami sekeluarga je. dan yang lagi pelik,restoran tu cuma ada satu menu makanan je. nasi ayam. lain semua tak ada. pelik kan???

kami sekeluarga pun pesanlah :


  • nasi ayam 3 pinggan
  • air karot susu 
  • milo ais
  • teh o ais
  • air epal 
  • nasi tambah 1 pinggan 
harganya............

rm25....! 

adakah itu harga biasa di seremban ni?? kalau dekat kedah makan macam tu,mungkin lebih kurang dalam rm20 je. 

Posted in | 4 Comments

Almari Apek...

tajuk di atas boleh juga diterbalikkan. hehehe..

semalam,kami sekeluarga bagun awal-awal pagi. semangat nak pergi cari almari baju untuk orang ni dan adik.

masa pindah datang seremban dulu,kami tak bawak almari lama kami sebab almari dah separuh reban. almaklumlah,dah lama sangat guna almari tu. dari tadika lagi.

bila dah menetap kat sini,orang ni,adik,mama dan baba memang tak ada almari nak simpan baju. lepas tu,tok yan belikan untuk orang ni dan adik almari yang kain tu. yang rm30 kat supermarket tu. walaupun hanya bertahan selama sebulan,almari kain itu tetap dihargai sebab kalau tak ada almari tu,kemungkinan baju kami dok kat lantai je. hehehe..

jadi,semalam kami pergi melilau di pekan seremban untuk mencari almari baju yang betul-betul almari baju. hehehe..

dari kedai ke kedai,akhirnya kami singgahlah kat sebuah kedai apek ni. jumpalah satu almari warna hitam. pintu jenis tolak. cantik. reka bentuk moden. ada dua laci besar kat bawah. ruang dia pun agak besar. sesuailah untuk orang ni dengan adik. terus baba tanya harga. ALHAMDULILLAH.. harganya pun bagus. tak terlalu mahal dan memang kenalah dengan bajet kami. hehehe..

lepas tu,terus pesan nak dua. baba tanya apek tu,apek tu cakap ada lagi satu dalam stor. lepas tandatangan semua resit,apek tu cakap,lagi sejam dia sampai.

malangnya,waktu almari kami tu sampai dekat rumah,kami tak ada. kami keluar pergi makan. jadi,bila sampai rumah terus telefon balik apek almari tu.

apek almari tu kata,lori yang sepatutnya hantar almari kami tu ke senawang jadi kenalah tunggu. tunggu punya tunggu,tak sampai-sampai jugak.

baba telefon apek tu lagi. apek tu cakap dalam pukul 7 malam kot.

tapi...lepas pukul 7 pun lori masih tak sampai. kebetulan mama pulak tak masak jadi memang semua orang dalam rumah tu kelaparan. baba terpaksa telefon apek tu sekali lagi.

apek tu kata,pergilah keluar makan dulu. lori tu mungkin lambat. kami pun pergilah keluar makan.

bila balik,lori tu masih tak sampai-sampai. mama dengan baba dah hangin. orang ni pun geram jugak sebab teruja sangat nak almari baru. lepas tu,orang ni pulak mengantuk sangat-sangat. hm...

nak dekat pukul 11 malam baru lori tu datang. hm... sabar je tau. kira ok lah jugak kan dia hantar dari kita kena pergi kedai dia buat tuntutan semula??

tapi..................

almari tu ada satu je! kami pesan dua tapi satu je yang sampai. tahu apa kata apek tu?? lagi dua tiga hari sampai.

mak ai.. agak-agaklah. eh.. ada ke macam tu?? itu namanya menipu pelanggan. ades..!

tapi macam mana pun,orang ni tak nak tulis lebih-lebih sebab takut terlebih marah. kang hati tak tenang pulak. apa-apa pun,ambillah perkara ni sebagai pengajaran. lain kali kalau nak beli perabot,tunggu dan tengok sendiri macam mana barang kita tu dihantar,sempurna ataupun tidak. hehehe..

jangan jadi macam kami. hehehe.. tertipu sudah.

Posted in | Leave a comment

My Ma and Ba

Dialog ini terjadi pada hari kami ke port dickson. Yang gambar banyak tu. Hehehe..

Baba : angah,pi la makan tu. Awat diet ka?

Angah (sepupu) : dak aih. Satgi angah pi la makan.

Baba : owh.. Ingat ka diet.. Kalau nak diet ikut cara anjang (my ma)..

Angah : kenapa ikut cara anjang?

Kami pun pelik jugaklah. Ma memang cakap nak diet tapi tak diet sangat pun jadi dok fikir jugaklah apa jenis diet yang mama amalkan.

Baba : pantang...........jumpa..!

Hehehe..

6 Comments

Perhimpunan Berfokus Pertama...

ALHAMDULILLAH.. walaupun pagi tadi bangun dalam keadaan tak bersemangat nak ke sekolah tapi bila dah sampai sekolah,terus bersemangat.

tahu kenapa?? sebab....orang ni ada kawan-kawan yang baik hati dan sangat ceria. betullah cakap orang,persekitaran mempengaruhi kita. hehehe.. ALHAMDULILLAH.. may ALLAH bless my friends.

ok.. apa apa pun,itu bukanlah cerita yang paling ingin diceritakan oleh orang ni.

nak cerita pasal perhimpunan berfokus pertama orang ni di SHAMS. memang best. cikgu-cikgu dia memang positif dan banyak betul nasihat yang boleh diperolehi. cuma....ada satu masalahla. journal pelajar yang kami semua dapat tu kecik sangat untuk tulis semua nasihat yang cikgu-cikgu bagi jadi kena bawak buku lain untuk catat apa yang cikgu-cikgu pesan. hehehe..

masa perhimpunan tu,orang ni duduk sebelah seorang budak perempuan. comel orangnya. manis je.

bila pengetua kami ke hadapan,dia mula marah kat pelajar yang tak bawak journal pelajar. dia suruh siapa yang tak bawak tu berdiri. bila dia tanya,"mana journal kamu?"

kebanyakkannya jawab kat kelas. bila pengetua tanya lagi,"kenapa kat kelas?"

budak sebelah orang ni tu jawab,"malas nak bawak."

dengan muka garang dan tak ada moodnya,dia menjawab. nasib baik dia jawab perlahan,kalau didengar dek pengetua tu,malu jugak tu. hehehe..

bila difikir-fikirkan balik. memang tak sopan melawan cakap guru. tapi,orang ni fahamlah jugak keadaan budak sebelah tu. mungkin dia ada masalah kat rumah dia jadi orang ni buat tak tau aje la. mungkin budak sebelah tu mood dia tak berapa baik. kita memanglah tak tau tapi selalunya memang macam tu la.

teringat zaman 'kedegilan' orang ni dulu. orang ni memang kuat sangat membantah cakap cikgu. semua benda kalau boleh nak dibantah seenak mulut. hm... memang tak bagus! semua arahan cikgu nak dipersoalkan. kalau cikgu suruh berdiri,orang ni mulalah cakap yang cikgu nak mendera kami lah,apalah.

padahal,semua orang tahu yang cikgu buat semua tu,bersebab. orang ni pun tau tapi sengaja tunjuk keras kepala! kononnya hebat sangat.

tapi..bila tengok budak perempuan tu tadi,orang ni gelakkan diri sendiri. lepas tu keluarlah ayat ni dari hati kecil orang ni,"kedegilan itu hanyalah kebodohan."

betul tak?? orang lain yang nasihatkan kita memang nakkan yang terbaik buat kita tapi kita membantah sebab kita tak suka dinasihati.. er... memang tak patut.

Posted in | 2 Comments

Tak Suka Tetamu...

Sebenarnya,tak baik tau kalau tak suka tetamu. Tak baik merungut kerana sedikit kesusahan sedangkan tersimpan di sebalik sedikit kesusahan itu terdapat kesenangan yang berganda. ALLAH tidak pernah memungkiri janji.

6 Comments

Tersentak...

hari tu,pertama kali bersua muka dengan cikgu bahasa inggeris yang bakal mengajar orang ni hingga ke akhir tahun. memang dia nampak sangat menarik. bagus juga cara pengajarannya. cuma,ada sesuatu yang mengganggu orang ni. bukan salah dia. bukan salah sesiapa pun. ianya hanyalah orang ni. diri sendiri punya salah.

orang ni memang kalau bercakap dalam bahasa barat tu,memang bunyinya pelik benar. aneh tau?? dia akan keluar bunyi yang sangat aneh.

contohnya...

understand (bahasa inggeris)

unde+sten (orang biasa sebut)

unde'r'+stan'd' (orang ni sebut)

lain sangat. bunyi dia memang mengada! nak ubah tapi tak pandai. loghat aneh yang tak berapa nak digemari tu datang sendiri. tak tau datang dari mana. mama dengan baba tak ada pun bercakap macam tu. adik pun tak. orang ni je.

dalam kelas bahasa inggeris tu,orang ni kena perkenalkan diri dalam bahasa inggeris. huh.. tersentak terus.. tak tau nak buat macam mana. er.. tak sukalah cakap bahasa inggeris. pelik. lain dari orang lain. tak suka! bunyi dia tu menyakitkan hati.

jangan renung orang ni! orang ni budak melayu! budak melayu tulen! cakap inggeris je lain. bunyi dia menyakitkan hati kan?? orang ni tau sebab bunyi inggeris yang pelik yang terkeluar dari mulut orang ni tu sangat menyakitkan hati orang ni jugak.

moga ALLAH bersamaku.

Posted in | 4 Comments

Bahasa Melayu...

sebenarnya,dah lama dah nak bercerita pasal ni. pasal sesuatu yang baru wujud dalam diri.

kebanyakan orang lebih memilih bahasa inggeris kerana kata mereka,bahasa inggeris lebih moden dan berprestij dan macam-macam lagilah. sama jugak dengan orang ni satu ketika dahulu. orang ni lebih suka bahasa inggeris dari bahasa melayu. berlagak kan?? dah melayu,melayu je la. hehehe..

sebenarnya,tak ada masalah pun kalau ada sesiapa di luar sana yang lebih menggemari bahasa inggeris. itu hak dan pilihan masing-masing,orang ni tak boleh membantah dan dunia tak mungkin akan mengikut rentak kita.

sebenarnya,setelah membaca blog fajaril,orang ni jadi terasa pulak. yela.. fajaril tu tinggalnya di UK sana. menuntut ilmu dalam penuh suratan suka duka. tetapi..dia tak adalah pulak menunjuk-nunjuk akan kehebatan bahasa inggerisnya sedangkan orang-orang scotland memang hebat bahasa inggeris mereka.

terbaca pula blog adifstory. mempunyai dua blog. satu bahasa melayu sementara satu lagi bahasa inggeris. dia memang tak fasih berbicara melayu sekalipun di dalam dirinya itu terdapat darah melayu. tetapi..dia masih bangga dapat  menulis dalam bahasa melayu. dia memang sangat-sangat berbangga dapat menulis dalam bahasa melayu sekalipun bahasanya baku.

masa tu lah,diri ini terasa sedikit insaf. kenapalah kita boleh berlagak berbicara bahasa lain sedangkan bahasa melayu itu ada indahnya yang tersendiri?

sejak beberapa bulan yang lepas,orang ni semakin menyayangi bahasa melayu dan cuba untuk menegenalinya dengan lebih dekat. dulu,berlagak sangat dapat cakap bahasa inggeris,sekarang rasa malu pun ada bila orang suruh cakap bahasa inggeris.

INSYAALLAH..lepas ni,orang ni akan cuba praktikkan bahasa melayu dengan lebih baik dalam penulisan di ruangan ni. kita  ada bahasa sendiri bukan??

tetapi..macam mana pun sayangnya kita pada bahasa sendiri,janganlah lupa yang bahasa inggeris tu kena jugak dipelajari. itu untuk ilmu. sekarang,semua benda guna bahasa inggeris jadi mahu atau tidak,kita tetap kena belajar.

samalah jugak dengan keperluan belajar bahasa arab. bahasa arab kan bahasa AL-QURAN. bahasa syurga.

begitu jugalah dengan bahasa-bahasa lain. semuanya ada kepentingan masing-masing.

Posted in | Leave a comment

Orang Ni Bukan Sesiapa...

hendaklah ditekankan bahawa mimi jazman bukanlah sesiapa. tidak memegang sebarang watak utama dalam lakonan pentas dunia realiti. jadi,jangan renung orang ni!

sebenarnya,dah janji dengan diri sendiri tak mahu tarik terlalu banyak perhatian.sebab orang ni bukan watak utama dalam apa kisah sekalipun!

dulu,dalam kelas,orang ni mungkin satu subject yang agak menarik untuk terus diperhatikan kerana memang orang ni kadang-kadang bersikap melebih-lebih. mengada-ngada. tak sukalah! nak berubah.

benar cakap orang,tak semua orang boleh suka kita dan selesa dengan kita. banyak jugak yang cakap,jadilah diri sendiri bukannya hipokrit.

itu apa yang selalu orang cakap,bukan orang ni. orang ni lebih memilih untuk berusaha menjadi lebih baik. kita tak boleh nak terus menjadi diri kita yang sebenarnya andai kata ianya bukan sesuatu yang baik. orang ni ingin berubah,ingin menjadi seorang insan yang lebih baik dari semasa ke semasa. tak mahu berada pada tahap yang sama kerana ia bukannya sesuatu yang baik.

kita bukanlah yang terbaik,jauh sekali sempurna tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha. satu prinsip yang orang ni pegang dan INSYAALLAH akan bertahan sehingga ke denyutan yang terakhir.

orang ni biasanya sangat menonjol dan susah untuk membuatkan ramai orang berasa selesa. teringin betul nak jadi satu subjek yang diam dan pasif. orang ni nak lihat lebih banyak. ingin berbicara pada diri akan kerenah manusia yang pelbagai.

mungkin,setelah terpisah jauh dari dunia lama,orang ni akan cuba berubah. cuba berubah menjadi sebaik-baik teman. berubah menjadi anak yang baik. berubah menjadi seorang yang lebih positif kerana pada hakikatnya,di dunia ini terlalu banyak benda yang boleh dijadikan ilmu.

janganlah terlalu memandang ke arah mimi jazman. dia perlu mengelak dari menjadi perhatian. dia perlu berubah menjadi manusia yang penuh dengan kerendahan hati kerana kadang-kadang manusia yang terlalu tinggi personalitinya,merasa bangga yang berlebihan. orang ni tak mahu perkara yang dulu berulang lagi.

apapun,moga ALLAH bersama orang ni.

Posted in | Leave a comment

Peliknye...

tak pernah la mimi jazman bercakap guna perkataan E kat belakang tau. dalam penulisan mungkin kerap tapi kalau bab bercakap,manalah pernah. jarang sangatlah!

ish! first masuk SHAMS,memang terkejut. kekok pun ada. yela.. orang ni cakap berbeza sangat dari orang lain. orang ni budak kedah. kedah tulen pulak tu. mana pernah guna perkataan E semua tu. adus!!

sampai sekarang masih terasa kekok. tertanya tanya jugaklah,apalah pandangan kawan-kawan kat ISLAH bila dengar mimi jazman guna perkataan E ni. hehehe.. mesti mereka semua gelakkan orang ni.

mana tak nya,orang ni dulu memang KAHAR KEDEHAQ yang teramat sangat dalam berbahasa. tahu tak kahaq kedehaq tu apa?? hehehe.. rasanya tak ramai yang tahu. orang kedah mungkinlah. GB tahu tak?? hehehe..

sekarang,sudah perlu belajar berbahasa sedikit. Q tu dah kena buang. E pulak kena banyakkan practice. jadi,bagi kawan-kawan baru di SHAMS maafkan je la orang ni kalau orang ni silap cakap dengan kalian ye..

Posted in | 2 Comments

Dah Sekolah....

andai kata aku tersalah bicara,izinkan dirimu menegur akan kesalahanku kerana aku ingin mendengar seribu bicara manusia di luar sana mengenai diriku.

sejak kebelakangan ni,orang ni memang selalu busy sikit memandangkan orang ni dah start sekolah. ALHAMDULILLAH.. dah seminggu orang ni sekolah setelah sebulan bercuti di rumah.

masih terkapai-kapai kat sekolah tu. maklumlah,budak baru tetapi INSYAALLAH...orang ni akan cuba untuk menyesuaikan diri sengan keadaan sekeliling nanti.

kerja sekolah memang banyak jadi memang tak ada masa sangat nak blogwalking blog-blog lain. sejak kebelakangan ni,diari ni agak sepi. bukan kerana orang ni sudah tak berminat,tapi kerana faktor masa dan mood.

balik sekolah agak lewat. lepas tu,kerja sekolah dah menimbun. memang banyak sangat-sangat. jadi kesimpulannya,orang ni memang kesuntukan masa. bila dah ada masa,mood menulis pulak yang tak datang berkunjung.

Posted in | Leave a comment

Bahasa Arab...

Adik kata dia tak nak ambil bahasa arab dah. Orang ni pun tak tau dah nak cakap apa.

Bahasa arab tu sangat penting buat kami sebenarnya. Tak naklah adik drop subject tu. Hm...

Buat masa sekarang,kami cuba untuk memulihkan semangat adik untuk terus belajar bahasa arab.

Leave a comment

Kawan-kawan dan Cikgu-cikgu Baru

Ni nak ulas satu persatu. Hehehe.. Takut melepas pulak kenangan ni nanti.

Cikgu Lailawati..pengetua cemerlang. Nampak cool dan cantik. Relax je. Yang paling penting,dia punya berucap tak panjang sangat. Hehehe.. Jahat kan??

Cikgu Azmah..kaunselor best. Memang lucu. Pandai bergurau dan memang suka bergurau. I like her very much. Peramah sangat-sangat. Antara dialognya dengan seorang pelajar.

Cikgu Azmah: eh.. Awak datang dengan sape?


Pelajar: dengan mak ayah,cikgu.


Cikgu Azmah: balik??


Pelajar: (maaf..tak dengarlah pulak jawapan dia..hehehe..)


Cikgu Azmah: nak tumpang kereta saya??


Pelajar: tak perlulah,cikgu. Terima kasih.


Cikgu Azmah: tak nak tumpang?? Betul ni?? ALHAMDULILLAH..syukur..

Hehehe.. Kami semua gelak bila dengar cikgu azmah cakap macam tu. Anyway,dia bergurau je.

Ustaz Hafiz..rasanyalah. Hehehe.. Guru disiplin yang sporting. Nampak cool aje. Tapi dia mengajar dua subjek yang secara fizikalnya tak ada kena mengena. Hehehe.. Dia ajar sukan dengan pendidikan quran dan sunnah. Hehehe.. Sungguh berlawanan kan?? Ustaz ni muda lagi and kalau tengok secara luaran pun tak nampak macam ustaz. Hehehe.. But..memang bestla ustaz ni. Boleh bergurau kira ok la tu. Hehehe.. Antara kisah dia...

"saya pernah mengajar satu kelas. Waktu tu lepas waktu sukan,para pelajar masuk ke dalam kelas dengan rasa yang panas. Diorang pun duduklah rehat-rehat atas meja guru. Naa.. Mulanya dua orang je. Kecik je. Masuk yang satu lagi,yang ketiga,badan besar sikit,runtuh terus meja guru tu."


hebat kan?? Meja guru boleh roboh.. Hehehe.. Kalau dekat ISLAH dulu,memang kerja meja guru tu asyik roboh je. Hehehe..

Intan..memang kelakar budak ni. Selamber je. Antara dialognya...

Intan: cikgu, maaf. Saya lambat. Boleh saya duduk sekarang??


Cikgu Azmah: kalau saya kata tak boleh??


Intan: (muka seposen..) tak pela cikgu.


Cikgu Azmah: awak kenapa?? (sebab Intan tengah buat muka pelik..)


Intan: panas cikgu panas.


Cikgu Azmah: saya pun panas. Nah! Amik kertas ni kipas saya.


Intan: ok.. (dia pun ambik kertas tu,kipas Cikgu Azmah.)

kami semua tergelak tengok cikgu azmah dan intan. Memang kelakar! Hehehe.. So slamber..

Nurin..tak pastilah nak eja nama dia sebab baru tau nama pendek. Memang peramah and boleh tahan jugaklah.

Ustaz Hafiz: STAR kat mane ek?? Student saya ada pergi situ.


Orang Ni: (sambil berbisik...) STAR kat langit la. (just nak cari punca menyembang je tu.. Hehehe..)


Nurin: kurang ajar kau. (kami berdua ketawa.)


dia ni memang best. Boleh gurau kasar. Hehehe.. Orang ni tak mudah terasa kalau ada orang bergurau kasar dengan orang ni sebab dah biasa. Hehehe..

Yang lain-lain tu tak sempatlah nak cerita. Nanti je la ek?? Hehehe.. Bagi mereka yang terlibat dalam alkisah kecil ni,maaflah ye sebab meletakkan nama anda di sini. Kalau ada yang orang ni tersilap,beritahulah ye..agar boleh diperbetulkan.

May ALLAH bless all of you.

Posted in | 3 Comments

Hari Pertama di SHAMS..

Wa... So best la SHAMS tu. Hari ni pendafaran. Pukul 9 pagi,orang ni dengan ma dah bertolak pergi SHAMS.
SHAMS tu besar sangat-sangat. Tak larat nak berjalan. SHAMS tu cantik. Ada kolam ikan yang sangat besar. Asrama yang bersih. Kantin pun bersih. Pokok-pokok pun banyak. Huh.. Kesimpulannya,SHAMS memang perfect! Hehehe..
Padanlah.. Sekolah SHAMS tu sebenarnya sekolah kluster. SMKA terbaik di negeri sembilan. Wa.. ALHAMDULILLAH.. Dapat jugak merasa sekolah yang bagus. Memang sekolah dia bagus. Dapat banyak anugerah. Pelajar pun baik-baik.
Tiba-tiba rasa 'kecik' pulak. Yela.. Mereka kat SHAMS tu semuanya bagus-bagus,pandai-pandai dan baik-baik belaka. Pelajar dia semuanya straight As je. Adus! Memang terasa diri ini 'kecik'.
Macam mana pun,cikgu-cikgu SHAMS memang kelakar and open. Tadi,kaunselor SHAMS tu memang lucu. Cakap nogori. Huh.. Nasib baik la orang ni cepat faham bahasa nogori tu. Kalau tak,mesti ternganga je dengar. Hehehe..
ALHAMDULILLAH.. Rasa gemuruh tu dah hilang. Rasa teruja pula yang mengganti. Hehehe.. Tak sabar nak pergi sekolah esok.

Posted in | 2 Comments

Kena Tipu..

Huhuhu.. Sob2.. :(

semalam,ada nombor hantar suruh update message content kat phone ni. Dia tulis registration free. Orang ni pun,buatlah. Nah.. Registaration memanglah free tapi mulai sekarang dia akan hantar mesej. Tiap-tiap mesej dia tu,tolak prepaid orang ni RM4. Huhuhu..

Ada orang boleh tolong tak??

3 Comments

Nervous...

Esok dah start sekolah.. Ala.. Rasa nervous la pulak.. Huhuhu.. Dah lama sangat cuti so otak dah jadi macam blur sikit.. Heee...

Leave a comment

Khushi...

macam yang semua orang tau. mimi jazman memang minat bollywood. hehehe.. semalam tengok kushi dengan baba. best. lakonan kareena kapoor dan fardeen khan,my favorite hero. hehehe..



KHUSHI dan KARAN saling menyintai namun ego di antara mereka telah memisahkan mereka. KHUSHI tidak pernah mahu mengaku perasaannya kepada KARAN dan KARAN pula sengaja ingin membalas perbuatan KHUSHI dengan menafikan perasaannya.

pergaduhan mereka berlarutan walaupun mereka perlu menyatukan sahabat mereka yang sedang bercinta namun terhalang. selesai sahaja mereka mengahwinkan kedua-dua sahabat mereka tersebut,KHUSHI dan KARAN berpisah walaupun dengan hati yang keberatan. kedua-duanya masih ego untuk mengakui perasaan masing-masing.

namun,akhirnya,KARAN ke rumah KHUSHI setelah membaca surat cinta dari KHUSHI.

[+] ayat tunggang langgang! hehehe..

Posted in | 2 Comments

Hak Bersuara...

semua orang berhak bersuara,orang ni tahu tu. tiada orang boleh membantah hak seorang manusia untuk bercakap. tapi,berpada-padalah nak bercakap pun. ini tahu main lepas je. geram tau. tengok kiri kanan sama masa nak cakap tu! hish!

dahlah cakap main lepas,siap ada kata-kata makian lagi. baguslah sangat tu mencarut sana sini.

tadi dalam kereta,orang ni cakap,"artikel tu memang tak boleh blah."

terus,kena attack dengan baba. "baguslah tu cakap macam samseng."

hehehe.. ok.. orang ni mengaku orang ni salah. sepatutnya,benda macam tu tak sepatutnya terjadi. dari kecik,baba dah larang kami satu keluarga dari bercakap bahasa yang tak berapa sopan dan tak berapa sedap nak didengar. baba cukup pantang orang cakap macam samseng. tapi,kalau cakap kasar style orang kedah,ok je. itu pun kalau sesama kami la.

ha!! bagi mereka-mereka yang selalu cakap lepas di luar sana,orang ni tau orang ni budak kecik tapi tetap nak cakap sebab orang ni ada hak bersuara. selalu je tau baca kat blog pak cik-pak cik,tulis kata-kata mencarut. tak baik ooo... kalau dekat budak-budak,pandai je marah kami. pak cik-pak cik pun kena berubah jugak tau. ini untuk kesejahteraan semua.

hehehe.. may ALLAH bless you guys..

Posted in | 2 Comments

Port Dickson...

well.. ini aktiviti cuti raya cina kami.. hehehe.. bersama keluarga mak long ke port dickson.. enjoy the pictures!! bukan orang ni yang snap gambar-gambar di bawah ye..

adus!! ni kerja adik. see.. ada bayang-bayang kamera dekat gambar tu..

ini gambar sebelum pergi piknik di port dickson tu. yang tengah bancuh air tu kak ngah.

i have no idea about this picture.. apa ude tengah buat tu?? 
dari kiri : faiz,ilah,ude

siapa tak kenal gambar ni? 
dari kiri : mama,baba,adik

sempena CYN,kami semua makan buah oren.. sedap.. i like it!

ini gambar kami sekeluarga.. so funny.. mama sedang pegang dslr ude.. 
not ours.. hehehe.. 


cuaca memang cukup baik...

ikan goreng.. ni antara hidangan piknik kami.. malangnya,yang lain-lain
tak sempat nak snpa dah habis.. hehehe..

pendapat anda??

cantik tak?? orang ni ambik pakai digital camera aje..

yang ni pulak?? tapi,ni bukan orang ni yang snap.. baba punya kerja.. 
kenal tak budak dalam gambar tu??

yang ni pulak??

Posted in , | 10 Comments

Budak Tu...

Me'aH......

Well..budak tu bukan sesiapa.. Menyibuk je.. Orang ada blog,dia pun ada blog.. Orang buat cerita..dia pun nak buat cerita..

That Me'aH..is my adik..

Ni blognya..

http://mydayasalittlergirl.blogspot.com/

menyibuk tau budak tu! :p

6 Comments

Boleh Beri Komen??

orang ni tak pandai sangatlah dalam snap-snap ni. jadi,komen anda mungkin boleh membantu. silalah beri komennya.. hehehe.. may ALLAH bless you guys..




Posted in | 9 Comments

Check Mata...

Tadi singgah kedai spect,check mata.. Hm..
Keputusannya..sebelah kanan rabun jauh sikit.. Sebelah kiri..silau sikit.. Sikit sangat power so tak payah pakai spect..
Tp......
Kalau sakit kepala selalu sangat,makan ubat pun tak berkesan,lebih baik pakai spect..
Tapi baba buat tak tau je.. Dia kata tak perlu.. Ok.. Tapi,sakit kepala tu memang selalu sangatlah.. Hehehe.. Malas makan ubat..sebab..kalau makan ubat pun tak reduce jugak sakit kepala tu..so..malas nak makan..
Sekarang..kalau keluar..orang ni pakai spect hitam tu.. Hehehe.. Bukan nak berlagak ye.. Just tak tahan silau tu.. Cocok mata tu!! Huh..
Apapun..i love my eyes.. Sebab..kalau tak ada mata ni..orang ni tak boleh melihat dari dulu lagi.. Hehehe.. ALHAMDULILLAH..

Posted in | 4 Comments

Baju Sekolah

ALHAMDULILLAH.. Tadi jalan-jalan kat pekan seremban.. Cuaca elok je.. Memang teringin betul nak snap-snap gambar pekan seremban tadi.. Cantik betul seremban ni.. Sungguh.. Pekan dia meriah.. Lampu jalan pun cantik.. Hehehe..
Tadi,singgah banyak supermarket cari baju sekolah orang ni,malangnya tak ada.. Lepas tu,pergi dekat kedai area nak masuk rumah kami ni. Ha! Jalan punyalah jauh padahal dekat area rumah pun ada jual baju sekolah.. Huhuhu..
Xpela.. Benda dah jadi.. Mungkin ada hikmah.. Kita manusia manalah tahu kan??

Posted in | Leave a comment

Tiada Mood??

mimi jazman tak ada mood?? hahaha.. macam lawak je.. ade ke macam tu?? er.. sebenarnya memang pun.. entahlah.. tak tau nak tulis apa walaupun banyak benda berlaku.. hari tu,orang ni cakap nak ke SMKDSA kan?? ya.. itu sekolah adik.. tapi,tiba-tiba dapat pulak surat tawaran ke SHAMS balik.. so semalam,orang ni dah pergi ke SHAMS dan lepas cuti raya cina terus boleh sekolah.. well.......setelah sebulan bercuti baru boleh pergi sekolah.. huh.. orang lain dah belajar sampai ke dunia mana,orang ni belum start lagi.. takutlah pulak nak pergi sekolah nanti.. takut ketinggalan.. dah lah budak-budak sekolah SHAMS tu pandai-pandai belaka.. huhuhu..

Posted in | Leave a comment

Matahari Muncul Lagi

Setelah beberapa lama seremban dihujan rintik-rintik sejuk dingin,kini matahari telah kembalu muncul.

Dan..saat menulis di sini,orang ni sedang duduk di kerusi di luar rumah sambil menikmati hangat matahari.

Dah lama sejuk kat sini macam kat Glasgow pulak rasanya. Hehehe..

Dapat nikmat hangat matahari ni cukup best. ALHAMDULILLAH..

4 Comments

Keputusan Sekolah...

Setelah sebulan bercuti free,akhirnya orang ni akan kembali ke sekolah selepas cuti raya cina. Tempoh hari orang ni ada mengatakan bahawa orang ni akan ke SHAMS bukan??

Malangnya,orang ni tak ditawarkan ke SHAMS,sebaliknya ditawarkan ke PEDAS,sebuah sekolah asrama penuh yang agak jauh dari rumah.

Memang dari awal orang ni tak memilih ke asrama.

Jadi,setelah sebulan menanti,orang ni akan ke sekolah yang sama dengan adik.

Doakan yang terbaik buat orang ni ya??

Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.