Tertanya Sendiri...

menjadi pelajar pertukaran dari utara ke selatan,memanglah agak membosankan. orang ni masih tak dapat nak masuk ke sekolah lagi seperti kawan-kawan yang lain. cemburu betul mendengar kisah kawan-kawan untuk hari pertama mereka di sekolah. ramai juga yang bertanya kisah orang ni di sekolah baru. mana ada kisah lagi.. sekolah pun belum. baju sekolah pun tak beli lagi. daftar pun tak tahu lagi bila. tengah tunggu panggilan dari SHAMS. kata baba,15 hari bulan ni baru masuk sekolah. huh.. lambat lagi tu. penantian yang penuh dengan penyeksaan.

tambahan pulak,rasanya sekarang ni,ramai orang tak ada mood berblogging agaknya. sejak kebelakangan ni,update blog-blog lain dah tak banyak seperti selalu. drhanie pun seolah-olah dilanda kesibukan yang teramat. ada hati yang kesunyian di sini. tak dapat pergi ke sekolah dan tidak dapat mencari blog terbaik untuk dibuat tatapan. atau adakah mood orang ni telah bertukar?? entahlah. rasa hendak menulis sahaja dan malas hendak membuat blog walking. er.. macam tak patut je. mengharapkan orang baca blog kita sedangkan kita tak baca pun blog orang lain.

tertanya sendiri,ke mana semua orang pergi?? masih sibukkah??

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.