Shopping Lagi di Nilai...

semalam,diari ini kosong tidak bercatat memandangkan orang ni terlalu sibuk meluangkan masa bersama keluarga. awal pagi,kami sekeluarga sudah keluar untuk ke sekolah adik bagi mendaftarkannya di sekolah baru. sekolah adik bukanlah terdiri daripada bangunan-bangunan baru yang cantik malahan cara pembinaannya sederhana sekali. tangganya kecil dan terjarak sedikit dari bangunan. pernah kalian lihat tangga sebegitu? tangga yang terpisah dari lantai. aneh kan?

selepas selesai membuat bayaran,kami pulang semula ke rumah untuk bersarapan. sebelumnya,kami keluar terlalu awal sehingga tidak sempat untuk bersarapan. kami kemudiannya bergerak ke rumah pak sheikh. dari situ,kami terus ke nilai untuk membeli beberapa barang keperluan. tempoh hari,barang-barang yang bersaiz besar tidak dapat dibeli kerana terdapat lapan orang menaiki kereta kami.

kami membeli 3 cermin. setiap satu untuk satu bilik. bilik orang ni,bilik adik dan bilik mama dan baba. setiap keping cermin tersebut bernilai rm30 dari asalnya rm50. kemudian,kami beli pula sebuah meja untuk letak tv memandangkan tv di bilik mama dan baba hanya diletakkan di lantai.

sebelum pulang ke rumah,kami sempat singgah ke ice room yang diceritakan oleh ಠ_ಠ dalam komennya tempoh hari. menarik tempatnya. kedainya berwarna hijau dan mempunyai aura putih. lampunya sahaja sebenarnya yang berwarna putih. kedainya sama seperti yang diceritakan oleh (credit for you,dear)

ಠ_ಠ. orang ni pesan sup cendawan. walaupun harganya rm5.90 namun keenakkannya menjadikannya sangat berbaloi untuk dipesan. 

pada sebelah malamnya pula kami ke giant senawang untuk ke kedai gambar bagi mengambil gambar adik sebagai memenuhi permintaan pihak sekolahnya. puas kami melilau di seremban namun semua kedai gambar yang ada di pekan itu tutup. walaupun,kedai gambar yang kami pergi agak daif namun akhirnya kami temukan juga sebuah kedai gambar. 


perjalanan kami seharian menjadikan kami letih untuk banyak bicara. orang ni terus ke bilik sebaik sahaja kami sampai di rumah. 


ALHAMDULILLAH..

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Shopping Lagi di Nilai...

ಠ_ಠ said...

npe org tu tak pesan icecream dia? tinggi + sedap laah! haha xD

MJ said...

mama dengan adik dah pesan.. hehehe..

ಠ_ಠ said...

sedap kan kan? dia rsa cam homemade punya? o uo

MJ said...

homemade?? hehehe.. x tau la.. x pernah buat..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.