Sakinah #5 : Hari Pertama

#5 : Hari Pertama

mummy dan daddy hantar aku ke sini sebelum mereka ke KLIA. awal-awal pagi lagi sudah bersiap-siap. aku dihantar ke rumah mak long tanpa sempat bersarapan. nasib baik mak long seorang yang rajin memasak. sampai sahaja aku di rumah mak long,terus FATIMAH dan kakaknya,FAREHAH menyambutku. mereka mengajak aku breakfast bersama mereka. aku pun tak tunggu lama memandangkan perut aku dah berkeroncong semacam aje. aku pun terus duduk dan makan tak tengok kiri kanan mujurlah pak long tak ada sebab ke tempat kerja.

FATIMAH dan KAK FAREHAH hanya tertawa melihat tingkahku. padahal,aku lagi nak tertawa tengok mereka makan dengan lemah lembut dan lembab. bila aku tanya kenapa makan lambat sangat,KAK FAREHAH kata,

"bukan lambatlah namanya ni. kami kunyah banyak sikit aje. ikut sunnah."

KAK FAREHAH senyum ketika menjawab. KAK FAREHAH memang begitu. dia sangatlah lemah lembut dan suka tersenyum. tiba-tiba di sebelahku pula,FATIMAH menambah,

"KEEN tau,sebenarnya kan makan macam KAK FAREHAH ni boleh mengurangkan berat badan. ada kajian hari tu. kat tv kot. lagi satu kalau makan kunyah banyak-banyak ni,perut kita nanti senang hadam so tak adalah sakit perut."

sekali lagi aku tengok KAK FAREHAH. dia senyum lagi. aku pun balaslah. dalam hati,aku tertanya-tanya,betu ke macam tu??

lepas makan,terus kami lepak-lepak kat bilik KAK FAREHAH,sembang-sembang. aku suka sembang dengan KAK FAREHAH. dia pandai cakap dan suka bagi panduan macam mana nak hadapi dunia remaja ni. aku suka dia walaupun kadang-kadang aku rasa pelik tengok dia. dia lagi dahsyat dari FATIMAH. asyik bertudung labuh siap dengan jubah sekali. kalau tak pun baju kurung. hm.. paling kurang pun,dia pakai baju besar dia yang labuh sampai lutut tu dengan seluar slack. dahlah baju dia semua warna tak menarik. tak fashionable kan??


Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Sakinah #5 : Hari Pertama

gadisBunga said...

nice. rupanya ada lagi org begini?

MJ said...

gadisbunga..org cm na 2.. bnyk org la dlm ni.. hehehe..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.