Pencarian...

hari ni agak menarik sebenarnya. sungguh. pagi tadi,langit cantik. awannya terbentuk cukup indah. SUBHANALLAH.. warna alam cantik sekali waktu itu. malangnya,orang ni masih belum ada kamera,jadi tak dapat berkongsi pemandangan indah ciptaan ALLAH tersebut.

macam mana pun,esok kami sekeluarga akan beli c3 macam yang diceritakan dalam post terdahulu. hehehe.. ada sedikit perasaan teruja berdetik di hati. biasalah kan?? dah nak dapat hadiah,mestilah rasa gembira sikit. INSYAALLAH..lepas ni bolehlah berkongsi lebih banyak gambar di ruangan ni. orang ni agak berminat dalam seni fotografi ni. doa-doakanlah ye..

pencarian.. ya.. orang ni sedang melakukan sedikit pencarian. pencarian blog. orang ni sedang mencari satu blog yang sedikit berbeza dari yang lain.

bagi semua pemilik blog yang orang ni ikuti,anda adalah pilihan orang ni dan orang ni mengikuti perkembangan blog anda adalah kerana minat pada blog anda. tiada paksa atau sekadar meraih pengikut. orang ni minat pada blog kalian dan bagi orang ni,setiap blog yang orang ni follow adalah sangat menarik dengan cara yang tersendiri.

sekarang,orang ni sedang mencari satu blog yang menepati ciri-ciri di bawah :

  • ditulis oleh penulis muda,mungkin sebaya dengan orang ni
  • berbunyi melankolik tapi tidak terlalu kompleks
  • tidak terlalu peribadi 
  • terselit unsur-unsur rohaniah
  • templatenya agak simple
orang ni tak jumpa lagi satu blog yang macam ni. boleh tolong cadangkan. dah puas mencari,masih belum berjumpa.

may ALLAH bless us..

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

8 Responses to Pencarian...

gadisBunga said...

kalau jumpa nanti kite taruk link ye...

h4ni3 said...

kalau saya jumpa nanti saya bgtau
dulu rajin la bloghopping sana sini.. tp sekarang tak sempat la yang

ಠ_ಠ said...

yg 20-han la best, mimi :P
tpi blog dia ni best, sangat muda, sangat matang dan agak sangat hebat. haha http://islami98.blogspot.com/

MJ said...

GADISBUNGA..ok..

DRHANIE..sibuk sgt ek??

ಠ_ಠ..jap nak pg usha..

MJ said...

ಠ_ಠ..eh.. itu iffah nabiha!! thnks.. ana dok cari jugak blog dia ni.. hari tu dh jumpa tp x sempat nak follow.. thnx3... may ALLAH bless u..

noname said...

http://syaiza189.blogspot.com/2011/01/jejaritakruncing.html
try ni tgk. bes jugak.

mohammad said...

melankolik tu apa..

MJ said...

Noname...ok.. Nnt org ni try.. Thnx ya..

Mohammad...nk bg senang fham..ayt jiwang la.. Lbh krang la tu..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.