Night of Terror...

 semalam,orang ni tidur agak lewat tengok cerita ni. best...

bermulanya kisah ini apabila JILL,seorang wanita berkerjaya tahu akan perbuatan curang suaminya (SUAMI). perbuatan curang tersebut diketahuinya melalui seorang lelaki (PEMINAT).

PEMINAT memberitahu JILL mengenai perbuatan curang SUAMI dengan niat dapat memilik JILL.

akhirnya,JILL berlaku curang dengan PEMINATnya.

SUAMI telah mengakui salahnya dan meminta maaf pada JILL dengan sungguh-sungguh. SUAMI telah berjanji dengan hati yang penuh rasa bersalah,dia ingin memperbaiki keadaan.

pada hujung minggu,JILL,SUAMI dan anak mereka,OLIVIA keluar berkhemah di sebuah tempat yang sangat jauh dari orang ramai dan di situ,JILL mengaku bahawa dia juga mempunyai hubungan sulit di luar bersama PEMINAT.

tanpa mereka sedari,sebenarnya PEMINAT telah mengikut JILL dan keluarganya. PEMINAT merancang untuk membunuh SUAMI namun rancangannya gagal apabila teman lelaki OLIVIA iaitu ZACK datang menyertai mereka di tapak perkhemahan tersebut.

ZACK telah menyebabkan rancangan PEMINAT gagal lantas ZACK dibunuh oleh PEMINAT semasa ZACK hendak keluar dari kawasan itu untuk meminta pertolongan.

pergelutan demi pergelutan di antara mereka sehinggalah akhirnya JILL membunuh PEMINAT dengan tembakan cahaya bunga api kecemasan yang ada padanya.

[+] cerita barat memang agak aneh. selalu cerita tentang masalah keluarga dan susah sikitlah nak jumpa cerita di mana anak-anak barat ni menghormati dan menyayangi ibu bapa mereka. macam mana pun,plot cerita ni agak menarik jadi orang ni pun tengok je la walaupun ada part-part rasa macam nak marah je si OLIVIA tu tengking-tengking mak dia. huh..

moga orang ni menjadi anak yang baik buat mama dan baba. AMIN.....

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.