My Girl...

cerita korea. my favourite hero,lee dong wook. cerita ni dah lama dah tapi orang ni baru tengok. ada ulang tayang di channel 393,one hd. memang tersentuh sangat hati ni bila tengok si hero dengan heroin tu. cerita dia sangatlah sweet dan jalan cerita dia pun menarik. tangisan hero dengan heroin dia yang tak boleh tahan tu. menyentuh hati. tambahan pulak,pelakon dia best. terasa macam real pun ada. hehehe..

cerita mengenai yoo rin yang sangat miskin kemudian menyamar menjadi adik kepada gong chan yang sedang mencari adiknya. yoo rin menyamar sebagai adik gon chan di atas arahan gong chan sendiri kerana bagi gong chan,perkara tersebut dapat membantu datuknya yang sedang sakit tenat di hospital. setelah yoo rin dibawa berjumpa dengan datuknya,datuknya kembali pulih namun pada masa yang sama,gong chan telah jatuh cinta pada yoo rin. begitu juga dengan sepupunya,LJK. penipuan gong chan dan yoo rin akan tamat sebaik sahaja adik sebenar gong chan ditemui namun semuanya bertambah aneh apabila ada berita mengatakan bahawa adik gong chan sudah meninggal sementara ayah angkat yoo rin pula muncul,mengaku bahawa yoo rin adalah adik kandung gong chan yang dianggap telah mati.

masih belum tahu kesudahan cerita ni tapi tadi dah tengok sedikit sedutan untuk esok. nampaknya,datuk mereka dah tahu pasal rahsia yoo rin dan gong chan. nampak macam terseksa ja mereka berdua tu sebab ada babak mereka menangis. yang gong chan tu sampai melutut. betul ke yoo rin tu adik kandung dia?? atau ayah yoo rin tu tipu je sebab nakkan harta?? heh..

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.