Mimpi...

mimpi itu masih menghantui. belum pergi meninggalkan aku walaupun aku telah bangun darinya. walaupun aku telah menamatkannya sebentar tadi. hati masih terasa berat ingin  melepaskannya pergi. mimpi itu bukanlah seindah mimpi-mimpi lain. latar belakangnya gelap namun aku suka. lebih senang berada di dalamnya walaupun kerap kali aku terluka dalam mimpi itu. ianya selingan mimpi ngeri dan mimpi indah. ianya begitu mencengkam. kekuatan mimpi itu masih membekas dalam jiwa.

mimpi itu bukan mimpi biasa,aku yakin itu. dulu,lama dahulu,aku pernah mengalaminya. jauh lebih dahsyat,tamparan yang lebih kuat dalam diari manusiaku. ianya mimpi yang mengikutiku walaupun dalam keadaan aku terjaga dan sedar. begitu juga kali ini. namun,ia mungkin tak sekuat dulu. kali ini tak mungkin sehebat mimpiku yang dulu. entah berapa lama aku ambil masa untuk menyedari bahawa mimpi ini tiada. aku sendiri tak pasti. cukup lama masa yang aku ambil untuk sembuh dari mimpiku yang dulu. aku tak pasti bagaimana kali ini. aku berharap,ia cepat berakhir sebelum aku bertambah parah dan bertambah sukar untuk melupakannya.

mimpi itu berwarna-warni walaupun latar belakangnya hanya putih,hitam dan kelabu. tak cukup cerah buat manusia biasa namun begitu,aku begitu senang bermain di taman-tamannya kerana tetap ada keindahan luar biasa di situ. hanya dingin dan sejuk mencengkam yang aku rasakan dalam mimpi itu. ada ketikanya aku terlempar ke taman yang cukup hangat namun aku masih mengharapkan agar aku terus bermain dalam kesejukan dan kedinginan. ngerinya cukup menakutkanku. manisnya cukup mendamaikanku. pedihnya cukup menarik air mataku. bayangan itu sungguh menusuk. suara bisikan mersiknya.. bau harumnya.. kedinginan kelilingnya.. susah untuk ditinggalkan begitu sahaja.

aku pernah terbaca sebuah blog DREAMS OF A DREAMER. aku kagum dengan mimpinya tapi seandainya dia melihat mimpiku yang jauh lebih memberi kesan,pasti dia akan terpana. siapa sangka aku adalah pemimpi yang aneh?? siapa sangka mimpiku itu di luar kewarasan?? aku waras,aku pasti itu. cuma kadang-kala,kesan mimpi cukup hebat buatku. ia mampu mengunci mulutku dan menutup mataku. ianya terlalu kuat buat ketika ini.

[+] ini hanyalah lambangan jiwa jadi jangan terkejut dengan apa sahaja yang ditulis di atas. mimpi yang dimaksudkan  memang tiada kena mengena dengan sesiapa. hanya orang ni yang terlibat. buat pengetahuan semua,orang ni punya fantasi yang cukup kuat,cukup kuat sehingga dibawa ke alam sedar. itu sahaja... beberapa entri selepas ini,mungkin basih bercerita tentang mimpi jadi maaflah ye...

 

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

10 Responses to Mimpi...

ಠ_ಠ said...

nak tau mimpi tuh D:
kiyah masih jahat xbgi bca blog dia ; A;

MJ said...

huh.. neva!! it might scares u..

ಠ_ಠ said...

insyAllah i won't.. what's there to be afraid of? D:

MJ said...

vampire?? hahaha.. i sure you wouldnt like 2 know about it..

[+] dah ada klu??

ಠ_ಠ said...

hoho, biar btoil. pelik punya mimpi seyh xD

MJ said...

ಠ_ಠ..i told ya.. u didnt really wanna know,dear.. its all about vampires and werewolves.. nothing relevant,rite??

humaira' said...

relevant jee..boleh diterima masuk.yup :p (hehe saja menyebok)

MJ said...

humaira'..ana memang suke mengarut kan?? hehehe.. dulu pun sama.. anti pun tahu kan cerita dulu tu.. hehehe..

humaira' said...

:) still ingat la..hihihi s_ _ _ _ _ azam...ha3..tiada yg seindah pengalamn yg menarik selain berkwn ngan anti.. :))

MJ said...

Humaira'...sudah2 la menyakat ana.. Ana kn mmg budak pelik..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.